01 Mac, 2019
Bina Homestay Chalet Kontena
Sudah agak lama I memasang impian dan cita-cita untuk nak bina Homestay atau Chalet Kontena ni... memandangkan I ada sekangkang kera tanah yang diberi oleh mak dan sebahagian lagi yang I beli hanya selang 1 tuan jer dari tanah yang mak bagi tu dan lokasinya juga strategik iaitu di Melaka Bandaraya Bersejarah. Bila balik kampung pun tak ada tempat tinggal... asik la nak menompang kasih dan menyusahkan pakcik makcik jer.. hikhikhik.. 😊
27 Februari, 2019
Hello 2019, Hello Sahabat
Salam Petang 🌹
Ini adalah entry pertama I di tahun 2019 ini. Rasanya tak terlewat untuk I ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2019 buat semua pembaca blog ini, sahabat handai, para bloggers dan tetamu yang sudi hadir di halaman I ini. Semoga tahun ini kita semua di murahkan lagi rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dipenuhi segala impian-impian dan dipermudahkan apa jua yang kita lakukan. Ucapan yang so klise kan...😉 tapi itulah yang selalu kita ucap dan doakan walau dimana sekali pun, even dalam solat.
10 Februari, 2017
Android/Mini TV Box, Sekarang Tak Perlu Lagi DVD dan Channel TV Berbayar
Assalamualaikum Dan Heyy! 😀✋
Hari ni nak cerita tentang gadget baru acikidah... 😃 Android/Mini TV Box ... aper tu?? 😉 rasanya ramai yang dah tau kan... tapi bagi yang belum tau lagi tu, alat ini kecil² cili api tapi power tau... ringkasnya dia boleh menukarkan tv yang biasa tu menjadi Smart TV you!... janji TV tu ada HDMI port. Kita boleh menonton pelbagai filem dan drama tempatan mahupun antarabangsa dengan percuma... sekarang tak perlu beli DVD dan melanggan Channel Tv berbayar (yang selalu tak ada coverage bila hari hujan tu) lagi... hehehe...
Haa...inilah rupa Android/Mini TV Box idah tu... saiznya
hanya sebesar tapak tangan sahaja... kecil kan? tidak sepadan dengan keupayaannya... idah diperkenalkan dengan device
ini oleh rakan² sekerja yang juga memiliki Android Box ini cuma model kami saja
yang berbeza. Cuti panjang Tahun Baru
Cina baru² ini idah sekeluarga layan movie jer satu persatu... dari movie yang baru
keluar di pawagam sehinggalah movie yang dah berzaman lamanya.. koleksi cerita²
P.Ramlee pun banyak.. 😀
Android/Mini TV Box ini idah beli di lazada.com dengan harga
RM157.70 sahaja. murah kan? di pasaran macam² brand, model dan keupayaan ada...
dari yang semahal²nya sehinggalah yang semurah² nya. Idah beli yang murah² saja
cukup laa... jenama tidak penting pun... yang penting fungsinya dapat dimanfaatkan sepenuhnya... saiznya kecil jadi mudah untuk kita bawa
kemana² saja asalkan ada internet dan tv. Remote control ada disediakan namun
begitu boleh juga menggunakan handphone menggantikan remote, cuma perlu install sahaja applikasinya.
Spesifikasi Mini TV Box Model T95N
OS Android5.1
KODI 16.0
WIFI 2.4G /2GB DDR3
CPU:S905 quad-core cortex-A53
GPU:Mali-450,5-Core GPU
FLASH 8GB emmc ;SDRAM 2GB DDR
Power Supply DC 5V/2A
Power Indicator (LED)
Video compression : 4K, H.265 HEVC, HD2.0
Port : 2 USB , 1 LAN/Ethernet, 1 HDMI, 1 SD Card, 1 AV
Saiz : 92mm
Android/Mini TV Box ini telah dilengkapi dengan aplikasi Kodi, tapi jika tiada pun tak per boleh download jer cuma kena install sendiri jer la.. 😀 applikasi kodi ini juga boleh digunakan di pelbagai device termasuk laptop... tidak terhad kepada android sahaja malah OS seperti windows, Linux, OSX, Xbox, Mac OS X dan sebagainya... oh ya... aplikasi kodi ini adalah berfungsi untuk menjalankan hampir semua format audio dan video yang ada di pasaran pada ketika ini.
Dengan Android/Mini TV Box ini, kita boleh menonton movie, tutorial, melayari internet, youtube, main game, muzik, haaaa... blogging dan blogwalking pun boleh tau pada tv... hehehe... ada berjuta movie yang kita boleh tonton... melangkaui negara, bahasa, tema, kiranya macam² ada laa... kualiti movienya juga pelbagai... ada HD, bluray dan sebagainya... drama pun ada... Korea, Siam, Indonesia, haa sebut jerr semua ada... ada subtitle juga... nak bahasa apa pun majoriti ada jer... Pelbagai channel seperti sukan, masak, dokumentari, makanan, berita dan banyak lagi la... yang paling penting adalah semuanya PERCUMA... kalau nak yang berbayar seperti netflix atau iflix pun boleh juga.
Dalam dunia ni setiap yang baik itu pasti ada buruknya
kan... jadi pandai² la kita menyeimbangkannya...
Kelemahannya
- Perlu ada akses internet. Kalau nak play yang offline dari thumb drive atau external harddisk pun boleh jer cuma terhad la kan.
- Kadang² bila dah tekan sana sini dia jadi hang la pulak.
- Aplikasinya sedikit perlahan tidak macam channel tv sekali tekan terus keluar. Kena banyak bersabar.
- Agak sukar untuk nak buat penambahan add-ons atau tambah repository. Nak set subtitle masa mula² tu pun agak payah. Banyak sangat step. Kena rajin google.
Kebaikan
- Menjimatkan wang, sebab nak tonton tu percuma jer. Hanya beli device sekali sahaja. Tak perlu dah channel tv berbayar bulanan yang mahal dan selalu 'Service currently not available' bila time hujan tu.
- Menjimatkan ruang penyimpanan. Kalau dulu kita siap ada almari, rak atau kotak khas untuk nak simpan koleksi² CD dan DVD kita tu kan, sekarang tak payah dah boleh simpan semua tu dalam kotak dan letak kat bilik stor jer... hehehe... koleksi movie seluruh dunia kita dah boleh ada sekarang.
- Pemasangan juga mudah. Tidak ada kerja² hack dinding, wayar berjela², kuali atas bumbung rumah dan sebagainya.
- Bagi yang tiada smart tv di rumah tu pasti ini berita gembira buat anda kerana tv lama tu boleh di transform menjadi tv pintar dengan modal yang kecil sahaja.
Perghh rasa macam dah panjang berjela entry acikidah kali ini... hehehe... tetiba jer teruja plak kan... menaip tak hingat... dah macam sales woman plak
kekdahnya... hehehe... no no no... idah cuma berkongsi idea dan keterujaan diri ini sahaja taw... haaaa satu lagi nak cakap... nanti pasti akan ada yang berkata alat ini pembunuh industri perfileman kita, menutup periuk nasi artis² kita, menjahanamkan pengusaha² channel berbayar dan yang sewaktu dengannya... bagi idah, come on laa... hidup mesti diteruskan... persaingan, teknologi, perubahan zaman mesti diambil kira oleh para pengusaha bagi kelangsungan bisnes mereka. Ini juga merupakan satu dari risiko perniagaan yang perlu mereka hadapi dengan professional kan... hahaha... mohon #JanganKecamSaya... k bai selamat berhujung mingguuu 😉.
08 Februari, 2017
07 Februari, 2017
Wajah Baru Blog 2017
Assalamualaikum Dan Salam Mesra 🌹
Minggu lepas lawat blog rakan²... perghh..! cantik² blog masing² dengan pelbagai warna dan reka bentuk. Terasa kerdil sungguh diri ini 😔... tiba² terasa nak tukar wajah baru jugak laa... hikhikhik... wajah baru blog 2017 acikidah taraannngggg!! 😉👇
Masih mengekalkan latar belakang yang berwarna cerah dan juga font yang besar... mudah nak membaca kan... kalau dulu simple rasanya yang ini lebih simple lagi kot... 😀
Haaa... Ini pula wajah lama... Lebih 2 tahun juga idah gunakan template ini. Header tak pernah tukar dari mula berblogging... hahaha sadis betul...
Setelah bertahun² gunakan header lama tu... untuk tahun 2017 ni buat pertama kalinya kita tukar laa... 😁 gunakan header yang lebih simple lagi kankankan... sebenarnya bukan idah tak buat design header... tapi setelah beberapa design image dibuat pilih punya pilih akhirnya tak payah pakai header image langsung la... hahahaha... guna tulisan jerr... sempoii... latar header tu pun sebenarnya adalah gambar background jer..
Penukaran wajah baru ini idah buat sendiri sepenuhnya... tiada khidmat pakar digunakan.. idah hanya ambil jer template percuma yang ada di bloggertemplates20.com . Walaupun begitu... untuk nak buat pilihan pun susah juga tau.. dah pilih yang berkenan kena lihat pula sesuai ke tidak dengan template yang sedang kita gunakan. Kemudian template baru ini biasanya didatangkan sekali dengan widget² yang kadang² kita tidak perlukan, jadi kita kena edit la pula selepas itu.
Memandangkan skill web programming ku dah berkarat jadi idah mengambil masa 2 hari suntuk untuk membuat kerja² mengedit bagi mengikut citarasa serta buang dan tambah widget baru... sampai jam dah pukul 5.30 pagi pun tak perasan punyalah khusyuk... chia chia chia..
Idah suka template baru ini kerana dia responsif page iaitu dia akan outomatik mengubah saiznya mengikut peranti (tablet, handphone, dsb) yang pembaca gunakan dan juga jika pembaca mengubah saiz browsernya sekaligus page ini akan disesuaikan untuk kelihatan tersusun dan nampak kemas.. 😍
Wajah baru ini nak kata siap 100% tu tidak lagi... sebab biasalah kan... kalau dah kata programmer tu ada jer yang dia nak touch up tambah itu ini... boleh dikatakan sehingga hujung tahun nanti pun takkan capai 100% hahaha... haa ok la setakat ini saja nanti sembang punya sembang jadi cerpen pulak... hahaha... okay tata selamat malam... ✋💋
13 Januari, 2017
Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan Tahun 2017
Assalamualaikum Dan Salam Jumaat 🌷...
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan Tahun 2017 bagi sekolah² kerajaan dan sekolah² bantuan kerajaan. Oleh itu suka untuk idah share kat sini mana tau kalau² ada ibubapa atau anak² yang sedang mencari-cari info ini ke... bukan apa senang untuk sebarang perancangan hari depan kan.. 😇
10 Januari, 2017
Back To School Giveaway by Abam Kie
Assalamualaikum Dan Salam Ceria 💋...
Setelah bertahun² tidak menyertai mana² Giveaway mahu pun segmen... rindu pula... hehehe... tak join bukan sebab sombong taw... tapi sebab blog terabai... 😜hahahaha... okay... untuk mengambil mood kembali... ini GA pertama yang acikidah join untuk tahun 2017 ini... horeyyyy... jom kita join jom... Back To School Giveaway by Abam Kie ✌
08 Januari, 2017
Tatacara Pemakaian Lencana Sekolah Yang Betul
Assalamualaikum Dan Salam Sehati Sejiwa 💋...
Minggu ini merupakan minggu pertama persekolahan... rasanya masih ada lagi anak² atau parents yang baru nak jahit atau tampal lencana dan tanda nama kan 😉sedar atau tidak, selama ni ramai yang salah meletakkan lencana pada tempatnya... oleh itu difahamkan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui pihak sekolah telah mengeluarkan hebahan berkenaan Tatacara Pemakaian Lencana Sekolah dan Tanda Nama Yang Betul. Meh kita semak... 😊
06 Januari, 2017
08 Mac, 2016
25 Februari, 2016
Hati-hati Berurusan Dengan Samsung Repair Centre Lowyat.
Assalamualaikum Dan Salam Ceria...
Nie nak cerita pengalaman idah dengan Samsung Repair Centre di Lowyat... maaf la kalau criter panjang berjela yer...
Alkisah... sebulan yang lalu Tablet anak-anak tiba-tiba rosak... bukan rosak tak boleh on langsung... tapi dia kejap-kejap keluar popup "Unfortunately, system has stopped." ... every few seconds tu... so annoying...
31 Disember, 2015
Selamat Tahun Baru 2016
Selamat Tahun Baru 2016. Berada di penghujung 2015 yang bakal melabuhkan tirai, terasa perasaan bercampur baur. Pelbagai suka dan duka dialami sepanjang tahun ini. Tetapi yang paling terkesan di hati adalah apabila satu-satunya abang kandung yang Idah ada pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. :(
06 November, 2015
Buku Kisah Ahmad Ammar
Buku Kisah Ahmad Ammar... dibelikan buat anakanda... buat mengisi masa lapang di musim cuti sekolah yang bakal tiba nanti.
Assalamualaikum... dan salam petang Jumaat... hari Jumaat nie kebiasaannya bila orang lelaki pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat.... yang wanita² pula akan mengambil kesempatan untuk bershopping... kalau tidak, window shopping pun jadik laa... mungkin sebab hari Jumaat waktu rehatnya lebih panjang dari hari² yang lain... :)
Huhu... Idah pula jarang keluar bila time lunch nie... tapi hari ini ermm... kononnya nak temankan kawan cari Shawl di Jalan TAR... huhu.. memang temankan dia pun... syukur tak terjebak... belek² juga tadi... tapi tiada yang berkenan di hati... fuhhh... lega... selamat duit akak... :D
05 November, 2015
Terjaga Dari Lena Yang Panjang
Assalamualaikum... dan salam sejahtera buat semua teman-teman sekelian... awak-awak semua sihat :D ? Idah alhamdulillah... sihat-sihat jerr...
Hehehe.. kenapa tiba-tiba petang ini acikidah menjelma yer? hehe... tu la... kena seruuuu.... lama sangat menghilang kan... sampai kena seru dengan sahabat setia Dunia Sementara Acikidah nie... hehe...
Terima kasih la buat uols yang sudi singgah ke sini... dan siap buat wake up call lagi untuk kita... terharu dan memang betul2 rasa 'terjaga' laa... Terjaga Dari Lena Yang Panjang hehehe...
16 Julai, 2015
Utusan Aidilfitri 2015
Assalamualaikum...
Perutusan Aidilfitri 2015 dari Acikidah. Sempena kedatangan Syawal dan Aidilfitri yang disambut oleh seluruh umat islam dengan ini saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kepada ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan-rakan, jiran tetangga dan seluruh umat islam di atas kekhilafan dan kekurangan diri ini. Kita hanya insan biasa.
12 Mac, 2015
09 Mac, 2015
Selamat Hari Wanita Sedunia
Assalamualaikum...
Selamat Hari Wanita Sedunia diucapkan buat semua wanita-wanita hebat yang ku kenali, belum kenali dan akan kenali... :D
Selamat Hari Wanita Sedunia diucapkan buat semua wanita-wanita hebat yang ku kenali, belum kenali dan akan kenali... :D
Sesungguhnya WANITA adalah ciptaan Allah yg paling indah sekali di muka bumi ini oleh itu hargai diri kita yang diciptakan dengan pelbagai kebolehan ini.
Selamat Hari Wanita juga buat rakan-rakan blogger dan juga pengunjung blog ini. @};- <3<3
20 Januari, 2015
CPUV Nuffnang Ongoing...
Assalamualaikum...
CPUV Nuffnang Ongoing ~ Setelah 2 bulan blog ini di tinggalkan oleh tuannya... sejujurnya... hari ini barulah idah berkesempatan membaca komen² dan jejak² yang ditinggalkan oleh para pengunjung dan sahabat handai... :)
Teringat pula nak check Nuffnang... agak²nya dah tukar status Non Glitterati kott... dan sure dah tak der CPUV baru yang masuk... sebab lama tak aktif...kannn....
Perutusan Pembuka Tahun 2015 Dari Acikidah
Assalamualaikum...
Perutusan Pembuka Tahun 2015 Dari Acikidah ~ Sebagai memulakan entry buat tahun 2015 ini... saya Acikidah dengan ini walaupun agak terlambat... tapi nak ucap juga buat sahabat² blogger yang dikasihi sekalian... Selamat Tahun Baru 2015... <:-P semoga dalam Tahun 2015 ini kita akan menjadi insan yang lebih prihatin, penyayang dan bersikap saling bantu membantu antara satu dengan lain... :)
Langgan:
Catatan
(
Atom
)



















