08 Januari, 2017

Tatacara Pemakaian Lencana Sekolah Yang Betul

14 ulasan
Assalamualaikum Dan Salam Sehati Sejiwa 💋...


Minggu ini merupakan minggu pertama persekolahan... rasanya masih ada lagi anak² atau parents yang baru nak jahit atau tampal lencana dan tanda nama kan 😉sedar atau tidak, selama ni ramai yang salah meletakkan lencana pada tempatnya... oleh itu difahamkan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui pihak sekolah telah mengeluarkan hebahan berkenaan Tatacara Pemakaian Lencana Sekolah dan Tanda Nama Yang Betul. Meh kita semak... 😊


Tatacara Pemakaian Lencana Sekolah Dan Tanda Nama Yang Betul


Tatacara yang betul adalah seperti berikut :
  • Lencana sekolah hendaklah dijahit di atas tanda nama.
  • Tanda nama perlu dilekatkan di bawah lencana.
  • Bahagian poket hendaklah dibiarkan kosong tanpa sebarang jahitan lencana atau tanda nama.
  • Kedudukan lencana dan tag nama mestilah berada di sebelah kiri dada.


Haa... faham tak? rasanya jelas kan? Jom kita lihat pula kesilapan² yang selalu dilakukan...


Kedudukan Lencana Yang Salah
Yang ini kurang betul kerana tag nama sepatutnya berada di sebelah kiri dada.


Kedudukan Lencana SekolahDan Tag Nama Yang Salah
Yang ini pun salah kerana lencana dan tag nama perlu berada di atas poket... hmm atau dalam bahasa inggerisnya above the pocket not on the pocket. 😬


Kedudukan Lencana Yang Salah
Yang ini pula salah kerana lencana perlu berada di atas tag nama.


Tatacara Pemakaian Lencana Sekolah Yang Betul
Haaa... yang ini baru betul... 👍😀



Walau bagaimana pun bagi baju lama yang telah ditampal salah tu pihak sekolah masih boleh bertoleransi... tidak perlu la cabut dan tampalkannya semula... tapi bagi anak² yang masuk tahun 1 dan tingkatan 1 pada tahun 2017 ini... adalah menjadi kewajipan untuk meletakkan Lencana dan tanda nama pada kedudukan yang betul... so parents take note yer... 😉



Okay la... selamat menjahit lencana bagi yang belum tu dan yang dah jahit tu semak² la semula yerr... hikhikhik... 😊




P/S : Mohon semak dengan pihak sekolah masing² dulu yer kerana difahamkan bukan semua sekolah yang menggunapakai tatacara yang baru ini. Harap Maklum.



14 ulasan :

  1. laa.. ye ke.. kita kemain konfiden ha tampal kat poket tu.. adoi.. thanx untuk info nih..

    BalasPadam
  2. Aduh akak kemain konfiden juga tampal lencana di poket dan tanda nama diatas poket tu.. :P

    Tq sharing Acik Idah..

    BalasPadam
  3. saya rasa ini ikut sekolah. KPM takde keluarkan kenyataan camtu
    macam sekolah anak saya, pemakaian lencana masih macam sebelum ni
    so tiada penukaran seperti dalam gambar
    anyway, nice sharing =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin ianya mengikut pihak sekolah yang ingin impose tatacara seperti berikut kot.. kalau lihat pada hebahan yg sekolah berikan tu sama dengan format beberapa sekolah lain juga malah tajuk pun sama... apa pun bergantung kepada sekolah2 samada ingin guna pakai tatacara tersebut atau tidak.

      Padam
  4. Ikuti cara idah menjahit lencana baju sekolah anaknya kemas sekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... sampai ke situ Kak PI telek yer... :D

      Padam
  5. Salam berblogging Acik Idah... susun letak lencana ni antara faktor pemakaian jadi nampak lebih kemas.. smart je :)

    BalasPadam
  6. teringat zaman sekolah dulu2...

    BalasPadam
  7. Cam pelik pula nama perlu lekat di bawah lencana.

    Anak2 akak sblm ni, nama di atas lencana, rupa2nya salah erkkk.

    BalasPadam
  8. Cam pelik pula nama perlu lekat di bawah lencana.

    Anak2 akak sblm ni, nama di atas lencana, rupa2nya salah erkkk.

    BalasPadam
  9. Zaman anak2 acik sekolah dulu memang salah la acik.buat ida..tapi lama dah

    BalasPadam
  10. Ha ah... sekolah anak saya pun dah maklumkan cara menjahit nama dan lencana sekolah..

    BalasPadam
  11. Rasanya pemakaian lencana nie tak standard untuk semua sekolah... apa-apa pun perlu rujuk semula pada pihak sekolah.... sekolah anak teman siap ada batch untuk tanda sesi pagi atau petang....🤗👌

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D