19 Februari, 2014

Kelulusan Pendaftaran Persatuan Kebajikan Al-Waasi

21 ulasan
...السلام عليكم


Kelulusan Pendaftaran Persatuan Kebajikan Al-Waasi


Semalam merupakan hari yang sungguh bermakna bagi idah dan rakan² Al-Waasi apabila persatuan kebajikan yang kami daftarkan telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS)… horaaayyy!!... :D




Sijil Persatuan Kebajikan Al-Waasi


Hampir sebulan kami mengusahakan pendaftaran tersebut… permohonan pertama kami ditolak kerana nama yang dipilih tidak boleh didalam bahasa Inggeris dan juga setiausaha kami lupa untuk memasukkan visi persatuan… 


Jumaat lepas kami mohon sekali lagi dan… semalam pagi² lagi setiausaha kami telah memeriksa status permohonan dan ianya telah diluluskan… :D Alhamdulillah…


Selepas ini beberapa rancangan yang terpaksa kami tahan sebelum ini… sudah boleh dilaksanakan…. :D


Projek pertama kami setelah diHALALkan… adalah pada malam 21 Februari 2014 iaitu Program Makanan Untuk Gelandangan yang mana kami berkolaborasi dengan sebuah NGO lain iaitu Sahabat Jiwa Murni Kuala Lumpur… kami bukan sahaja menyumbangkan makanan kepada para gelandangan malah pakaian, selimut dan juga barangan yang dirasakan sesuai dan diperlukan oleh golongan ini…


Kami juga bakal mengadakan Jualan Amal Al-Waasi di tempat seperti berikut :
01 March 2014 di Pasar Pagi, Flat Sri Johor, Cheras 
dan 
02 March di Car Boot Sale, Taman Puncak Jalil..


Pra Jualan Amal Al-Waasi


Namun begitu kami telah melancarkan Pra Jualan Amal Al-Waasi kami di facebook yang mana sebagai permulaan... kami menjual barangan peribadi kami sendiri… harga bagi barangan yang dijual adalah ditentukan oleh pembeli sendiri… setiap pembeli yang berminat dengan satu barang yang ditawarkan akan meletakkan harga dan diakhir tempoh jualan… pembeli yang meletakkan harga tertinggi akan berjaya untuk memiliki barangan tersebut… :D Pra Jualan Amal Al-Waasi telah bermula pada 16/02/2014 dan akan berakhir pada 28/02/2014… 


Facebook Al-Waasi




Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau ingin bersama² kami atau ingin menyumbangkan sebarang bentuk sumbangan boleh email kepada Setiausaha Al-Waasi di alwaasikl@gmail.com atau Personal Message(PM) di facebook Al-Waasi… boleh juga berurusan dengan idah di acikidah@yahoo.com...


Akhir kata… idah mohon doa, sokongan dan juga kata semangat dari rakan² sekelian supaya kami istiqomah dan terus berbakti pada saudara² kita tanpa mengira bangsa mahu pun agama… dan juga mohon doakan akan kesihatan kami semua… 


TQVM… muashhh… salam sayang… idah… J


21 ulasan :

  1. alhamdulillah.....harap semuanya berjalan dengan lancar ye..

    BalasPadam
  2. Alkhamdulilah.. hasil yang memuaskan. Semoga lancar untuk kedepanya ya mba :)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. tahniah.. semoga segala usaha dilancarkan & dipermudahkan. Semoga membawa kebaikan kpd msykt seluruhnya... aamiin.. :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..tahniah acik idah & the gang..semoga semuanya berjalan lancar..nanti kita bantu sama-sama k...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... TQVM Sis...! :D
      Pahala perlu dikongsi bersama kan...

      Padam
  5. salam. hanya Allah yg dapat membalas kebaikan ahli2 pertubuhan ini nanti..kerja amal yg pahalanya dibawa ke ahirat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Abe Kie..! :)
      Insyaallah saham akhirat selagi nyawa dikandung badan...

      Padam
  6. alhamdulillah moga dpermudahkan semua urusan yer !

    BalasPadam
  7. alhamdulilah... jika niat baik maka Allah permudahkan urusan.. moga memberi kebaikan kepada masyarakat

    BalasPadam
  8. alhamdulillah.. tahniah kerana pendaftaran persatuan telah diluluskan.. semoga semua urusan dan perancangan berjalan lancar..

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah....semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga berjaya...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah...semoga dgn penubuhan ini akan lebih mudah segala urusan dan berkembang.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum... semoga segala urusan d permudahkn...

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah, sudah diluluskan...cantik dan kreatif logo persatuan..

    semoga istiqomah..

    BalasPadam
  13. tahniah.. bagus la kalau macam tu.. lepas ni mesti program dapat berjalan dengan lancar.. smoga dapat terus berbakti kepada masyarakat..

    BalasPadam
  14. Tahniah diatas kejayaan meneruskan niat murni dalam kerja amal yang mulia ini..

    BalasPadam
  15. Waaa... Tahniah Acik Idah... kerana berjaya tubuhkan satu persatuan kebajikan... :D
    Tahniah...

    BalasPadam
  16. Tahniah, moga lepas ni lebih aktif menjalankan kerja-kerja amal ni.

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D