Memaparkan catatan dengan label DBKL. Papar semua catatan

07 April, 2014

Jamuan Pengumuman Perkahwinan.

13 ulasan

Assalamualaikum...


Alhamdulillah.... seorang lagi rakan sekerja idah bakal mendirikan masjid... giliran kali ini adalah Project Admin kami Cik Adila... :) 




Sempena mengumumkan masjlis perkahwinannya... beliau telah mengadakan sedikit jamuan minum pagi untuk kami satu office... 





Juadah Minum Pagi

Ada pulut kuning, rendang daging, nasi lemak dan lain-lain.... beserta air kopi (akak buat tau)... :D

04 April, 2014

Selalu Memaafkan Orang...

28 ulasan

Assalamualaikum...



Ini criter semalam... pagi² seperti biasa bersiap fizikal dan mental untuk ke tempat kerja...




Selalu Memaafkan Orang...

Hehehe... nak pergi kerja pun sempat selfie lagi... :D ... aper penyakit ko dah kena nie acikidah oii... :D nie semua gara² instagram laa nie... ;(

20 Mac, 2014

Majlis Harijadi Jan-Mac 2014 DBKL Team

15 ulasan
...السلام عليكم


Petang semalam di ofis idah nie diadakan majlis sambutan hari jadi tergempar... :D tergempar sebabnya buat majlis tak plan.. last minute buat collection, beli kek, buat teh tarik, beli goreng pisang skit... siappp... :D



Majlis Harijadi Jan-Mac 2014 DBKL Team

Pada mulanya majlis tu dibuat khas untuk boss kami yang tudung coklat tu... tapi akhirnya boss suruh celebrate untuk semua yang birthdaynya jatuh pada Jan hingga Mac 2014... :D ... so tu la yang dok berderet² tu... :D


04 Mac, 2014

Mencari Nama Di Tapak Tangan.

20 ulasan
...السلام عليكم



     Meriah pagi nie di office idah nie... bilamana Cik Project Admin kami datang dan menunjukkan sample t-shirt yang akan majikan berikan kepada kami... sample tu untuk pilih saiz jer... :D



Mencari Nama Di Tapak Tangan.

Inilah rupa t-shirt yang bakal diberikan kepada kami... nama setiap staf ada tertulis disitu... nampak tak nama akak??? :D besar tue.. hehehe... sorry ditengah² tu adalah nama syarikat yang terpaksa di sensed... harap faham kayy...! :D


18 Februari, 2014

I'm Back.

10 ulasan
...السلام عليكم



I'm Back


Ahha... hampir seminggu juga blog ini di tinggalkan oleh tuannya... hampir bersawang juga laaa... hehehe... ermm... boss janji dipinjamkan sampai jumaat lepas jer... rupa²nya terlajak sampai ke isnin... apa pun tak per la... kerja² pun dah selesai... so i'm back to my own station now... :D





08 Februari, 2014

Diskaun Saman Trafik DBKL.

21 ulasan
...السلام عليكم


Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2014 baru² ini,Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memberikan diskaun kompaun kadar rata RM30 bagi semua kesalahan trafik.




Pemberian diskaun ini bermula dari 
01 Feb 2014 hingga 08 Mac 2014.




18 Disember, 2013

Tanpa Bicara #6 : Himpunan Bantah Kenaikan Cukai Pintu DBKL (16/12/2013).

32 ulasan
...السلام عليكم





Himpunan Bantah Kenaikan Cukai Pintu DBKL



30 November, 2013

Farewell, Yogesh.

12 ulasan


...السلام عليكم



Lepas seorang... seorang... team member project nie berhenti... hari tu Hasanudin... kali nie giliran Yogesh pula meninggalkan kami... sob..sob.. ;( ... semalam 29 November 2013 adalah hari terakhir Yogesh disini....





Ermm... sudah memang adat kan... patah tumbuh hilang berganti... sedih tu memang la rasa sedih... sebab kami bekerja dah macam sebuah keluargakan... so bila sorang dari kami yang pergi... memanglah akan amat dirasai akan kehilangannya... huhuhu... 
*** bila la turn akak pulak iyerr... wakakakaka...





Acikidah @ Sheaffer Counter, Sogo.

Kali nie idah lagi yang kena pergi shopping... :D ... asal ada yang nak berhenti jer... akak soping... hehehe... i likee...!

26 November, 2013

Bas Awam PERCUMA Di Selangor.

16 ulasan

...السلام عليكم


Dalam Sidang DUN Selangor baru-baru ini... Exco Kerajaan Tempatan ada menyatakan yang Kerajaan Selangor akan melaksanakan perkhidmatan bas awam PERCUMA di seluruh negeri Selangor secara berperingkat-peringkat...



Selangor Perkenal Bas Awam Percuma




Sejak kebelakangan ini kita dihujani dan diserabuti dengan isu pelbagai kenaikan... mula² petrol.. lepas tu gula... GST... tarif elektrik... astro... harga makanan... cukai pintu... dan macam-macam lagi laa yang berlumba-lumba dinaikkan...


23 November, 2013

Kerja Di Hujung Minggu.

16 ulasan


....السلام عليكم



Working
Gambar Hiasan : Google



Hari nie idah kena kerja... kenaaa kay.... sedang kerja niiee... tak ramai pun hari nie.. ada 5 orang jer... 


Errrmmm.... percaya tak rakan² kalau idah katakan yang idah datang kerja hari nie bukanlah kerana bebanan kerja yang melambak-lambak atau tak habis-habis... tapii.... ermm... hanya kerana disuruh bos... ;( 


Oleh kerana dah janji dengan boss... so idah terpaksalah mengotakannya... bila pikir balik macam kelakar... macam bodoh pun ada.. tapi nak buat macam mana.. dah dia boss kan... ermm....


21 November, 2013

Kenaikan Cukai Pintu 100% hingga 1000%.

12 ulasan

Assalamualaikum...



Kenaikan Cukai Pintu 100% hingga 1000%
Sumber : Google




Pemilik rumah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur baru-baru ini dikejutkan dengan kenaikan 100 peratus hingga 1000 peratus nilai Cukai Taksiran / Cukai Pintu yang dikenakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) .



Sehubungan dengan itu, jika pemilik rumah tidak bersetuju dengan nilaian yang telah dibuat oleh DBKL tersebut, perlulah membuat bantahan secara bertulis kepada DBKL selewat-lewatnya 17 Disember 2013.



Menurut sumber dalaman daripada pihak DBKL, pemilik yang tidak menghantar surat bantahan rasmi adalah dianggap BERSETUJU dengan penilaian semula yang telah dibuat oleh pihaknya. Semakan semula atau pengurangan hanya akan diberikan kepada akaun pemilik yang membuat bantahan rasmi SAHAJA.


Dibawah adalah contoh surat bantahan yang boleh digunapakai. Pemilik hanya perlu mengisi di bahagian atas surat, tandatangan dan menyerahkannya kepada Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Tingkat 5, Menara TH Perdana (Sebelah maju Junction)



Nama :..............................................................
No. MyKad : ...............................................................
Alamat : ………...........................................................
………………………………………………………..
……………………………………………………......

Nombor Fail : ………………………………………..
Nombor Akaun : ……………………………………..
Nombor Lot : ………………………………………...
Sek/Mukim : …………………………………………

Tarikh : ………………………………………………
______________________________________________________________________________

Puan KAMARIAH BINTI IBRAHIM
Pengarah Penilaian
Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tingkat 5, Bangunan TH Perdana,
1001, Jalan Sultan Ismail,
50250, Kuala Lumpur

Puan,

BANTAHAN RASMI NILAI HARTA TERKINI TERHADAP CADANGAN PENYEMAKKAN DAN PENILAIAN SEMULA NILAI TAHUNAN HARTA

1.                   Surat notis dari Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertarikh 18.11.2013 dan bertajuk NOTIS MENYEMAK SEMULA SENARAI NILAIAN adalah dirujuk.

2.                   Saya selaku pemilik kepada harta seperti alamat diatas MEMBANTAH secara rasmi terhadap cadangan penilaian semula harta yang dikemukakan oleh pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berdasarkan kepada asas yang berikut;

  1. Lonjakan kenaikan nilai tahunan harta didalam cadangan terkini penilaian semula harta milik saya adalah terlalu tinggi dan secara langsung telah menaikkan nilai Cukai Pintu yang wajib saya jelaskan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam tempoh setiap 6 bulan.

  1. Saya arif bahawa kadar Cukai Pintu iaitu sebanyak 6% masih kekal akan tetapi kenaikan kadar tahunan Cukai Pintu harta milik saya melonjak terlalu tinggi akibat daripada aktiviti penilaian semula harta ini yang dilaksanakan secara drastik adalah amat tidak rasional.

  1. Saya memerlukan pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memberikan justifikasi berkenaan lonjakan kenaikan nilai harta tersebut.

  1. Pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur perlu menjelaskan kepada saya selaku pemilik harta berkenaan kaedah yang diguna pakai dalam proses menilai semula harta milik saya tersebut.

  1. Saya memerlukan pengesahan pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkenaan siapakah dan bilakah aktiviti proses penilaian ini dilaksanakan. Ini kerana sepanjang pengetahuan saya tiada sesiapa dari pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang hadir ke premis harta saya untuk melaksanakan proses penilaian semula.

  1. Pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur perlu menjelaskan kepada saya rasional mengapa aktiviti penilaian semula ini dilaksanakan pada tahun ini setelah ianya tidak pernah dilaksanakan pada berberapa tahun yang sebelumnya.

3.                   Oleh yang sedemikian saya memohon keprihatinan pihak Puan agar dapat memberikan penjelasan balas untuk semua persoalan diatas secara bertulis kepada saya sebelum tarikh 17.12.13. Semoga dengan penjelasan daripada pihak Puan kelak akan dapat memberikan saya lebih maklumat dan informasi berkenaan isu penyemakan semula nilai tahunan harta ini.

4.                   Untuk itu saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih kerana keprihatinan yang pihak Puan diberikan.



Yang benar,



..............................................................



S.k.        

YBhg. DATUK SERI HJ. AHMAD PHESAL BIN HJ. TALIB
Datuk Bandar Kuala Lumpur
Pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur,
Tingkat 27, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut, 50350, Kuala Lumpur

YBhg. DATUK HJ. SALLEH BIN YUSUP
Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Pejabat Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
Tingkat 28, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut, 50350, Kuala Lumpur



Sila highlight menggunakan kursor atau mouse dan tekan kekunci Ctrl-C untuk menyalin. Semasa paste kan jangan lupa tukarkan warna font pada microsoft word anda kepada warna hitam kerana font pada blog saya ini menggunakan warna putih.


Harap dapat maklumkan kepada saudara-mara, jiran tetangga dan rakan-rakan ye... sama-sama kita tolong menolong.. :D



09 Oktober, 2013

Penguatkuasa Berbasikal.

6 ulasan

Assalamualaikum & selamat petang.. :)


Penguatkuasa berbasikal DBKL
Sumber : Harian Metro


Padi tadi masa nak datang kerja.. Idah ternampak ada majlis di dataran bersebelahan dengan bangunan Menara 1 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) .. ramai penguatkuasa yang menaiki basikal berbaris.. ada lelaki dan ada wanita.. rupa²nya ada Majlis Tamat Latihan Kursus Penguatkuasaan Berbasikal..



Dikhabarkan bermula sabtu ini penduduk lembah klang akan mula dapat melihat penguatkuasa DBKL yang menggunakan kenderaan basikal nie di lima taman rekreasi di sekitar ibu kota iaitu Taman Botani, Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Permaisuri, Taman Metropolitan Kepong dan Taman Metropolitan Batu.


Ermm.. satu lagi antara tarikan pelancong di negara kita kan.. dan selain dari tu ianya adalah langkah awal untuk menjadikan Kuala Lumpur Bandaraya Bebas Asap Kenderaan Bermotor.. harap² usaha murni ini berterusan.. :D


29 Ogos, 2013

Development Server Down...

2 ulasan

Salam & selamat petang..

Development Server Down...

Ermm.. dah hampir seminggu development server kat opis nie down.. tiba-tiba jer source code semua hilang.. saje merengek nak mintak belai la tu..!



So orang-orang yang terlibat untuk memulihkan server tu masih bekerja keras untuk menyelamatkan source code Idah dan kawan-kawan yang lain.. Aper jer la penyakit server tu kann! 


Oleh itu hampir seminggu jugak la kami-kami developer nie nga-nga.. takder keje.. surfing.. blogwalking.. surveying.. jangan cakap laa.. sampaikan dah tak tau aper nak survey dah.. kritikal kan?? :D


Nasib la ada blog nie.. hehehe.. ader la jugak keje akak nak buat.. tu yang banyak jer post lately ek.. :D  cuma bahan nak tulis tu jer yang tak tau ape.. yer la.. saya kan budak baru belajarr.. belum pandai nak create bahan celotehan :')


Yang kelakar nyer kan... semua orang kat opis ni senyap dan kusyuk jer dok mandang skrin laptop masing-masing.. hik..hik..hik.. macammm banyak keje.. padahal semua orang dok kusyuk membaca blog/website.. haa.. ada gak yang nampak bukak mudah.com.. :D survey aper tu.. hehehe..


Esok Idah cuti.. nak pegi Melaka.. esok kita cerita melaka plak ekkk.. tu pun kalau sempat update..! hik3x..


Harap-harap Isnin Idah datang keje.. server nie dah pulih la hendaknya... :)


28 Ogos, 2013

Biskut Raya Puan Rohaya.

1 ulasan

Hehehe.. salam guys..



Short entry je nie... bukan ape nak tunjuk kuih raya jee ni.. hehehe.. tak abis lagi mood raya kat opis nie walau pun syawal dah nak dekat penghujung dah..


Tadi Pn. Rohaya (our Asst. Project Manager) bawak kuih raya dia.. actually dari semalam lagi dia nak bawak tapi dia kata dah siap masuk bekas tapi tertinggal la pulak.. So semalam siap letak reminder lagi kat handphone dia supaya tak tertinggal lagi.. so sweett! :D



Tiba-tiba Arpah datang bawak bekas berisi kuih raya.. eeeee.. cantek nyer bekas dia..siap ada separator skali tu... kuih dia lagi kiut miut.. macam-macam adaaa.. hik3x..

Biskut Raya


Semua kuih nak rasa.. hik3x.. buruk perangai.. dah la sikit.. kawan-kawan lain pun nak jugak kan.. tapi sebab kiut punya pasal tak kira nak rasa semua jugakk.. :D


Not bad.. sedap-sedap juga biskut raya Pn Rohaya nie.. Buat ke Puan??? :D Terima Kasihhh.. nanti bawak lagi yerr!!


Ok laa.. short entry jer kan.. nak keluar nie.. nak ke S O G O.. SoooGooooo (ala-ala lagu tema sogo laaa.. hehehe) nak pegi cari hadiah untuk sepupu-sepupu ku yang nak kawin this weekend. :D


Babai...

27 Ogos, 2013

Tour Raya 2013.

6 ulasan

Assalamualaikum...


Apa khabar semua?? :D harap semua dalam keadaan yang happy sokmo.. hehehe..


Seperti yang idah janjikan semalam nak upload gambar Tour Raya Team & ex-Team DBKL kan.. hehehe.. tu sure ada yang dah tak sabar-sabar tu.. rileksss.. takkan gambar tu lari dikejarr.. :D 


Idah tak upload semua gambar.. kalau upload semua nanti cepat lah penuh kuota blog akak nie.. Saper nak gambar roger-roger akak kay.. WhatsApp tak bolehh.. besar nie size dia..


Okay.. senyum...senyumm..!


Tour Raya 2013
Amboii.. senyum meleret sorang-sorang..


Tour Raya 2013
Post-post menarik.. :-D Anak-anak daro kat atas nu amboii senyum melerett!


Tour Raya 2013
Para isteri team kami dan jiran akak pun ada.. :D


Tour Raya 2013
Ini yang terbaek.. walaupun tak semua yang ada dalam gambar nie sebab ada yang datang lambatt.. :( Kalau ada semua kan best..!


Begitulah alkisah Tour Raya 2013 kami.. Harap-harap tahun depan boleh buat lagi dan kalau boleh nak pegi umah lain plak.. :D


Kepada rakan-rakan yang sudi menjadi hosts kali nie..  Idah dan semua rakan-rakan lain mengucapkan jutaan terima kasih semuga ALLAH memurahkan lagi rezeki kalian sekeluarga dan mohon maaf jika ada yang tidak menyenangkan sepanjang acara ini.. :D


Luv ya.. muaahhss..!


26 Ogos, 2013

Tour Raya 2013 Team & ex-Team DBKL.

Tiada ulasan

Assalamualaikum...


Masih dalam suasana raya.. :D 
Tahun nie.. idah dan officemates telah sebulat suara bersetuju untuk meneruskan Tour Raya seperti yang pernah kami buat raya sebelum nie..


Setelah perbincangan yang panjaangg berjela-jela.. akhirnya 7 orang sedia untuk menjadi hosts untuk kali nie.. Termasuk laa akakk.. hik3x.. Yang lain tu jadi tukang makan dan memeriahkan suasana.. especially yang bujang-bujang laaa.. :D


Jangan tak percaya.. Tour Raya kali nie 2 hari okaayyy!! terpaksa buat 2 hari atas banyak sebab diantaranya ada host yang not available on certain days.. pastu this time ramai plak yang nak jadi host dan jarak rumah tu jauh-jauh juga.. tu yang terpaksa buat 2 hari.. fuhh!


Nie dia Route Raya kali nie..

Tour Raya
Day 1
Rumah Akak (Bandar Mahkota Cheras) --> Arfah (Desa Serdang) --> Kak Dini (Sg Buloh)

Tour Raya
Day 2
Hasnol (Bangi) --> Hamdan (Pinggiran Putra) --> Kak Ieta (Puncak Jalil) --> Mokta (Sg. Buloh)


Gambar-gambar akan diupload next entry yerr..! Tungguuu...! Hik3x.. sabar yerr.. :D


Wassalam.


16 Ogos, 2013

Main Masak-Masak @ DBKL

8 ulasan

Assalam & Selamat Pagiii...

Cantek cuaca pagi jumaat nie.. sejukkk je..! Semuga apa saja yang kita lakukan hari ini mendapat keberkatan dariNYA.. :D


Hehehe... main masak-masak yee..! Seronok kan dah tua-tua nie dapat main masak-masak.. teringat zaman kecik-kecik dulu.. apa saja pokok yang ada dilaman semuanya jadi bahan/rencah masakan.. abis pokok bunga mak jadi mangsa.. hik3x..



Actually.. gambar nie adalah masa team kami buat pot-luck sempena menyambut kedatangan Ramadhan yang lalu. Macam-macam makanan yang ada semua dah siap masak dari rumahhh.. hehehe.. yang nie eksyen jerr.. panaskan kuah dalca tu dan tambah rencah sayur jer.. :D



Peacee yoo!!.. :D nie Kak Ieta.. geng main masak-masak hehe.. Cabaran nak main masak-masak nie ialah nak mencari lokasi.. hik3x.. almaklum laa nie dalam bangunan.. smoke detecter bersepah-sepah.. puas gak kami mencari lokasi yang sesuai.. Akhirnya dengan bantuan, kebenaran dan pengawasan brader-brader musician orchestra DBKL dapat gak la kami lokasi yang sesuai.. fuhh.. rezeki :-D




Main Masak-Masak @ DBKL

Kak Dini.. nie tokey empunya Kuah Dalca tu.. hik3x.. yang lain tu dok menempel & tukang sibuk jerr..! 



Main Masak-Masak @ DBKL

Hik3x.. muka terkejut.. :D  Errmm.. lenkali nak ambik gambau.. kasi la hint dulu.. so bleh la posing siap..! Aperrr???... akak?? ooo.. time nie akak bawak Kuah Kacang jerr...! :) .. Errmm.. licinnn...!


Posts ini akan bersambung di next episode... hik3x.. Pot-Luck Raya  plak.. tungguu..!! 


Sekian. Wassalam.


31 Julai, 2013

KERAStangan Ramadhan Gift.

6 ulasan

Salam & Selamat Tengahari,



Tengah buat aper tu?? makan kee?? hik3x.. ooo.. tak posa yeee..! Kepada yang tak boleh puasa tu.. orang fahamm awak tak boleh posa.. tapi jangan la makan tanpa rasa segan silu ye.. :) Kepada yang sengaja tak posa.. Ermm.. hidup ini hanya sementara.. :)

Kepada yang memang tak posa (Non Muslim) .. :-D Kalau makan tu ingat-ingat la sama kat orang yg sedang berpuasa ye.. Bukan apa.. itu tanda kita menghormati dan menghargai rakan-rakan kita.

Off topic plak.. hehehe.. kay..! Tengahari semalam atas permintaan officemate, Idah diminta untuk menghias kotak-kotak kayu yang ingin diberikan kepada customer kami (DBKL) sempena ramadhan ini.


Hik3x.. akak pun apa lagi.. macam-macam style berlegar difikiran nak hias mendalah tu.. Tapi.. memandangkan allocation untuk hiasan tu adalah kecil.. so begini lah jadinya.. :D

Komen je jangan komplen ye..! :-D


Ada yang kecil dan ada yang besar..


Dekorasi Ramadhan Gift.

Didalamnya berisi kurma dan dodol.




Decoration Ramadhan Gift.
Inilah hasilnya dan harap-harap bos dan rakan-rakan puas hati.. :-D Malu plak rasa..! *blushing*


29 Julai, 2013

Jerebu Datang Lagi..

1 ulasan

Assalamualaikum.., Seperti biasa pagi hari isnin yang meletihkan pegi keje.. Sampai kat Dataran Merdeka.. woww.. macam kat genting laa.. kabuss.. hik3x..!! 


Jarak penglihatan agak terhad dan boleh dikatakan kuat juga jerebu pagi nie.. Dari mana pulak asal usul jerebu kali ini. 


Jerebu di Kuala Lumpur

Gambar diambil dari Bangunan DBKL Jalan Raja Laut.. Hmm.. Bangunan MARA pun tak berapa jelas kelihatan.

Harap jerebu lekas pergi dibawa angin lalu.. :)

25 Julai, 2013

Selamat Pagi.

7 ulasan

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...



Hari yang bz.. keje melambak nak kena siapkan.. tapi hati hanya ingat nak update blog je.. hik3x.. tanda-tanda baik tu.. semangat tu perlu.. :-D


Cakap soal kerja.. diwaktu ini saya tidak bekerja di HQ office.. saya kat customer site je.. Itu la keje saya di mana customer berada disitula saya akan dicampakkan.. hahaha.. Dah lebih 3 tahun kot saya kat DBKL (customer) nie.. lama kan.. haa tu la.. keje tak siap-siap.. hehehehe.. Dari  tingkat 11 menara 1 ke dbkl bandar wawasan (kg baru) pastu tingkat 6 menara 2.. kemudian tkt 10 menara 2 dan sekarang nie tkt 1 menara 2.. berapa kali pindah daaaaa.... 


Oh ye.. post nie bukan ape.. sebenarnya nak tunjukkan shawl baru.. huhuhuhu.. Semalam server kat dbkl nie down.. lama jugak.. officemate(arpah & idayu) nak pegi Jalan TAR nak beli baju kurung paplum untuk anak buah idayu katanya.. aper lagii.. akak pun NAAKKKK IKKKUUTTTT!!!... :-D hahaha.. skali terjebak daa.. beli shawl nie.. beli semalam 2 helai.. RM10 je sehelai.. hahaha.. cantek tak akak pakai shawl?? :p

Acikidah @ Office