26 Oktober, 2013

Sarapan Hari Ini : Roti John Mini ala Chef Acikidah.

8 ulasan

Assalamualaikum dan salam ceria...


Cantik cuaca pagi nie.. tak panas.. sejuk jer.. macam mendung.. tapi masih ada matahari.. alhamdulillah.. :)


Hari nie ada request dari anak² suruh buat breakfast Roti John.. :D .. ermm.. tengok barang² cukup.. so boleh laa... Idah nie jarang masak.. kalau masak pun hujung minggu atau hari cuti jer.. hari lain bibik yang masak... so bila hari² cuti macam nie.. ada saja la order dari anak².. :D 



Okay.. hari nie sambil masak Idah kongsi resepi skali ye.. ala.. Roti John sempoii jerr.. ikut apa barang yang ada.. campak jer.. hehehe..


Bahan-bahannya :

Sarapan Hari Ini : Roti John Mini ala Chef Acikidah.
Daging Ayam/Lembu Kisar.. Idah gunakan cap Ramli.. kalau takder.. daging burger pun boleh.. hancur²kan..


Sarapan Hari Ini : Roti John Mini ala Chef Acikidah.
Sebutir bawang besar & 4 ulas bawang putih di kisar sampai halus...


Sarapan Hari Ini : Roti John Mini ala Chef Acikidah.
Rempah Kari


Sarapan Hari Ini : Roti John Mini ala Chef Acikidah.
Pakai Roti Gardenia jerr.. bahan lain lagi telur dan timun atau salad ikut suka..

Cara-caranya :

Mula-mula panaskan minyak masak.. Idah guna minyak zaitun.. baik untuk kesihatan.. :D pastu masukkan bawang yang dikisar tadi.. tumis sehingga naik bau dan kekuningan sikit.. masukkan sedikit garam..

Masukkan sesudu makan rempah kari.. ikut suka nak letak lebih pun boleh.. takde yang marah pun.. :D tumis sehingga rempah tu garing atau warna dia gelap..

Masukkan daging kisar dan kacau sambil hancur²kan dia sampai masak... pastikan daging tu masak yee.. dah siap.. tutup api.. dan ketepikan..


Sarapan Hari Ini : Roti John Mini ala Chef Acikidah.

Pastu dalam mangkuk lain.. pecahkan telur.. pukul.. dan masukkan sedikit daging kisar yang dimasak tadi.. kacau rata²..


Sarapan Hari Ini : Roti John Mini ala Chef Acikidah.

Panaskan kuali tidak melekat (Non Stick)... pastu masukkan sedikit planta/mentega.. tunggu dia mencair...

Sarapan Hari Ini : Roti John Mini ala Chef Acikidah.

Ambil roti dan lekatkan pada mangkuk yang berisi telur tadi.. ambil sedikit daging kisar tu dan letakkan rata² pada roti.. kemudian celepupp dalam kuali.. tunggu hingga masak/garing skit dan terbalikkan.. ikut suka la kalau suka garing so masak la lama skit ye...

Sarapan Hari Ini : Roti John Mini ala Chef Acikidah.

Haa.. pastu dah angkat tu letak la salad ke.. timun ke.. mayonis ke.. dan cili sos.. ikut sesedap rasa.. dah letak semua tu.. lipat dua..

Sarapan Hari Ini : Roti John Mini ala Chef Acikidah.


Haa.. taranggg.. siapp dah.. pastu apa lagi ngap laa panas² tu .. sedappp.. hehe.. sempoi jer kan.. daging tu sebaiknya tidak dimasukkan kesemua sekali dengan telur.. masukkan sikit² so kalau tak habis daging tu boleh simpan dalam peti ais untuk makan petang ker.. malam ker.. bila² laa.. 


Cubalah ye.. shedapp..!! :D okay.. nak kena beransur.. nak mula plan untuk nak masak apa untuk tengahari plak.. babaii.. :-)



25 Oktober, 2013

Renungan Jumaat #2 : Syiling Dari Langit.

12 ulasan

Assalamualaikum dan Salam Pagi Jumaat...




Syiling
Sumber : Google



Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .

Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .

Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita. "

Sumber : Facebook Heliza Helmi

24 Oktober, 2013

Genap 3 Bulan.

19 ulasan

Assalamualaikum dan Salam Mesra...


Hari Ini 24/10/2013.. genap 3 bulan...


Apa yang 3 bulan..??


:-D Hari nie genap 3 bulan blog ini diwujudkan dan sekaligus genap 3 bulan juga Idah bergelar Blogger.. huhuhu.. blogger ker?? hehehe.. tak kisah laa.. blogger ker.. syok sendiri ker.. asalkan tak menyusahkan orang lain yer dakkk..!


Selama 3 bulan nie.. apa yang Idah dah buat dan pencapaian Idah yer?? meh kita tengok..  :D

1.  Visitor - pada mulanya hanya suka².. tapi tak sangka ada seramai ini yang sudi membaca entry² sengal ambo.. hehehe.. 

Blog Visitor



2.  Entry - selama 3 bulan ini.. dengan rajin-rajin malas Idah nie.. dapat jugak 67 posts.. hehe.. 


Blog Archive



3.  Follower - 45 orang jerrrrr.... :D hehe.. jerr?? syukurr.. untuk Idah banyak tu... tak sangka ada juga yang sudi nak jadi kawan walaupun hanya di alam maya... terima kasih semuaa... :-D


Follower



4.  Wajah/Background - huhu.. yang nie paling akak sukee.. :D selama 3 bulan nie.. 3 wajah dah tukar.. hehehe.. alaa.. bukan apa.. mula² memang macam tu kan.. excited terlebih.. rajin la tukar itu ini.. sok dah lama.. takder nyer dah.. :)

1st
2nd
Terkini



 5.  Nuffnang - nuffnang?? ape tu?? :D dari tak tau ape menatang nuffnang tu.. jadi dah tau.. dari RM0 (telor ayam) ... dah jadi RM4.75.. syukurr... bab duit nie ermm.. masih dalam pemikiran kemanakah akan ku salurkan... alaa ciput jer.. so later² la pikir.. :D






Itu jer??? 5 jerr?? ermm.. boleh la tue.. esok-esok tambah lagi yer dakk.. :D kita kena hargai apa yang kita ada dan berusaha untuk mendapat yang lebih baik lagi.. 



Harapan... dimasa akan datang... Idah berazam untuk membuat entry² yang lebih informatif dan bermanfaat kepada para pengunjung yang dikasihi... setidaknya setiap kali mereka meninggalkan blog ini.. ada sesuatu ilmu/manafaat yang dapat dibawa bersama :) ... 



Huhhh... cakap memang aa senang kan.. hehehe.. nak buatnya pecah kepala.. :D apa pun.. itu kan azam.. Idah percaya setiap niat yang baik Insyaallah dipermudahkan jalan.. dan dengan izinNYA.. semuga diriku ini istiqomah dengan azam ini.. ;)

(。◕‿◕。)


22 Oktober, 2013

Hari Busy..

10 ulasan


Assalamualaikum...




Busy Day




Hari nie adalah hari yang sangat busy dan renyah untuk Idah... banyak benda yang perlu disetelkan.. tapi nak update blog jugakk.. huhu.. 


So hari ini rasanya tak sempat untuk nak blogwalking atau balas kunjungan mesra uols.. kepada sahabat-sahabat yang datang berkunjung ke sini.. terima kasih diucapkan buat semua.. ;)


Harap Maklum.. 


Semuga esok hari akan kembali seperti sedia kala... :-D


❤ Acikidah ❤