21 Julai, 2014

Mencari Baju Raya @ Butik Sireh Pinang, Busana Mara

14 ulasan

Assalamualaikum...


Mencari Baju Raya @ Butik Sireh Pinang, Busana Mara



Tengahari tadi keluar sekejap pergi Busana Mara... mencari baju raya... dah recce minggu lepas lagi satu baju kurung tu kat Butik Sireh Pinang... so tadi plan datang nak try dan terus beli jer... uhuk3x... baju tu tak ada saiz pulakkk.... dah habiss... huhuhu... shedih tau... so terpaksa cari baju lain... baju yang idah pakai (gambar) nie la... baju jer yer... kain tu skirt akak punyer... warna hijau... suka cutting dia.. cantik terletak jer... tapi yang idah try nie saiz S... boleh jer pakai cuma nanti dah lepas raya ke-2 dan seterusnya tak boleh pakai lagi dah laaaa... sendat mendat... huhuhu....


#freemarketPandanPrihatin Di Dagang Avenue Food Court, Ampang

9 ulasan

Assalamualaikum...



Pada Sabtu 2 minggu lepas telah diadakan #freemarketPandanPrihatin yang bertempat di Dagang Avenue Food Court, Ampang... yang mana telah dianjurkan oleh team #PandanPrihatin bermula jam 10 malam hingga 12 pagi...




#freemarketPandanPrihatin Di Dagang Avenue Food Court, Ampang

18 Julai, 2014

Renungan Jumaat #13 : Pesanan Buat Sahabat

16 ulasan

Assalamualaikum...




Renungan Jumaat #13 : Pesanan Buat Sahabat
Sumber : www.kaskus.co.id


Pesanan Buat Sahabat...


Imam Al Syafi'ie berpesan:

Jika engkau punyai sahabat yang selalu membantu mu dalam rangka ketaatan kepada Allah; maka peganglah dia erat-erat; dan jangan sesekali kau lepaskannya. Kerana mencari teman baik itu susah. Tetapi melepaskannya sangat mudah sekali



Terkini : Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 Terhempas Di Ukraine

14 ulasan

Assalamualaikum...



Terkini : Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah terhempas di Ukraine dan dipercayai telah ditembak oleh pihak yang masih belum diketahui. Pesawat MH17 tersebut telah membawa 280 orang penumpang dan 15 anak kapal yang membuat penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. 



Penerbangan MH17 beroperasi pada Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12:15 (waktu tempatan Amsterdam) dan dianggarkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di 06:10 (waktu tempatan Malaysia) pada hari berikutnya. Ia ditembak jatuh kira-kira empat jam selepas ia berlepas.




Pihak kerajaan Ukraine mengesahkan yang pesawat MH17 milik Malaysia tersebut memang ditembak jatuh, namun begitu belum dapat memastikan pihak yang terlibat.