Erkk... terkejut idah tengok keyword nie... "Brazil Banyak Orang Buka Baju Semua"... apa yang dia nak cari agaknya ek? dan... camna pula dia boleh melekat kat blog akak nie?... setahunya tak ada pun perkataan Brazil dalam belog ini... buka baju pun takder... :D
Masih lagi dalam mood #freemarketBTR... hehehe... ermm yer la... nak buat acara tu persiapannya mengambil masa berminggu²... meeting berkali²... dan juga melibatkan banyakkkk pihakk... hanya untuk acara yang mengambil masa 2 - 3 jam tu... so feel freemarket tu masih segar diingatan... :)
Hari ni idah nak kongsikan dan abadikan kenangan acikidah di freemarketBTR... ekceli idah bukanlah salah seorang committee untuk freemarketBTR ini... untuk program ini idah hanya sebagai penasihat sahaja... dan juga tukang komen dan komplen... hehehe...
Semalam adalah merupakan hari berlangsungnya #freemarketBTR di perkarangan Masjid Saidina Osman Al-Affan, Bandar Tun Razak, Kuala lumpur... Free Market atau Pasar Percuma dimana pengunjung boleh MENGAMBIL APA SAHAJA yang ditawarkan di event tersebut secara PERCUMA... makanan, minuman, pakaian, barangan rumah, kasut, beg, barangan elektrik dan macam² lagi... Ini adalah merupakan event freemarket yang pertama diadakan di Cheras, Kuala Lumpur...
Alhamdulillah dengan izinNya event ini telah berlangsung dengan jayanya yang seperti apa yang telah kami rancangkan... :) cuaca juga sungguh baik tidak hujan dan tidak juga terlalu panas...