07 November, 2013

Trip Ke Medan 2013 - Pra

56 ulasan

Assalamualaikum...




Pada 01 November 2013 hingga 05 November 2013 baru nie Idah pergi bercuti.. destinasi ini Idah pilih kerana memandangkan bibik Idah (Epah) baru jer sebulan pulang ke Medan... so boleh la Idah mengambil kesempatan ini untuk melawat dia dan keluarganya disamping bercuti melihat tempat yang belum pernah Idah jejaki lagi... 



Percutian kali nie Idah yang arrange kesemuanya... hubby ikutkan ajer.. kami pergi bertiga je.. Idah, hubby dan Nuqman (anak no 2).. yang lain kena tinggal di rumah dengan mak dan bibik... kesian jugak.. ikutkan hati nak bawak kesemuanya sekali.. tapi memandangkan kami pergi berdua saja.. so tak boleh handle ramai² tu... especially Nabihan.. dan pula kopak laa ibu & babah :D Cuti skolah dah nak dekat.. nanti Ibu arrange trip lain untuk kita semua yerr.. :D Insyaallah.. Ok.. back to the topic..


Mula² yang Idah lakukan adalah beli flight ticket... Air Asia jer.. untuk 3 orang Idah dapat harga RM778.00.. mahal juga laa.. sebab Idah tempah pun dah lewat.. kalau tempah awal dah tentu boleh dapat harga yang lebih rendah kan...


Invoice Air Asia


Kemudian Idah google mencari agen pelancongan yang pernah orang lain gunakan... dan  jumpa laa beberapa syarikat yang agak² boleh dipercayai... Idah hantar email kepada syarikat² nie mohon sebut harga beserta dengan kriteria yang Idah kehendaki.. antara kriteria Idah tu ialah.. trip adalah untuk 5 hari, hari ke 4 & 5 makan tengahari dan malam adalah atas biaya kami sendiri, trip untuk hari ke 4 dan 5 adalah mengikut jadual kami sendiri kerana kami ingin melawat ahli keluarga (cik Epah laa)... dan akhirnya yang reply hanya 2 syarikat... 1 syarikat tu dia reply with standard pakej yang dia ada jer.. dan 1 lagi syarikat reply sebut harga beserta dengan proposed itinerary untuk 5 hari.. 


Ermm.. dan akhirnya Idah pilih syarikat yang ke 2 nie.. sebabnya cara mereka berkomunikasi lebih professional.. sebut harga yang diberikan adalah beserta itinerary dengan memasukkan kriteria² yang Idah inginkan.... Idah survey di google dan facebook banyak agen pelancongan dari Malaysia yang berkolaborasi dengan syarikat nie untuk percutian ke Medan... nama syarikatnya adalah Narasindo Tour & Travel..


Bagi percutian ke Medan nie.. Idah gunakan khidmat agen pelancongan kerana ini adalah pertama kali kami sampai ke bumi Sumatera Utara... kalau dah pernah pergi tu lain la kan... kalau lepas nie kami nak pergi lagi... rasanya tak perlu kot agen pelancongan dah.. :D boleh jer redah sendiri.. sebab dah tau selok belok dan pantang larang tempat tu... lagi pula lebih murah dan jimat kalau pegi sendiri... :D


Sebut Harga


Jumlah yang Idah keluarkan untuk flight ticket & agen pelancongan adalah seperti berikut :

Tiket Kapal Terbang : RM778.00
Agen Pelancongan : RM2070.00
Tip pemandu pelancong : RM7 x 2 (orang dewasa) x 5 (hari) = RM70 (Tapi Idah bagi tu hari RM80 kat driver cum tourist guide tu)
Jumlah : RM2928.00


Pesanan lain... ermm.. kalau ada converter/travel plug tu.. silalah bawa yer.. senang nak cas henpon atau camera... tapi kalau terlupa kat sana pun banyak jer yang jual... bawa baju sejuk sebab kat Brastagi dan Samosir tu sejuk... tukar la duit siap² kat Msia nie.. sebab kat sana tukaran matawang kita rugi skit... kalau boleh nak pergi tu carilah tarikh yang Medan ada cuti contohnya hari Ahad dorang tak keje.. atau ada cuti am sebabnya.. kalau hari kerja.. mak aii.. jam nya tak bleh nak cakap... 


Ermm.. rasanya tu jer kot yang Idah perlu kongsi dengan uols tentang persediaan percutian ke Medan nie... kalau ada yang nak tanya lebih terperinci boleh jer letak kat ruangan komen tu yer.. Insyaallah Idah cuba jawab semampu yang boleh... :D okay.. bersambung di n3 seterusnya yer.. ;)

06 November, 2013

Giveaway Nov Bersama Hunyeda.

11 ulasan


Jom support segmen yang dianjurkan oleh blogger Hunyeda nie... :D

Member yang ditag adalah : Sylarius YusofPha Is dan Azlan Strider 




Giveaway Nov Bersama Hunyeda.

 Syarat-syaratnya :
  1. Copy banner 
  2. Buat Entry bertajuk "Giveaway Nov bersama Hunyeda"
  3. Tag 2 rakan..pastikan diorang tahu
  4. Paling penting jgn lupa follow blog ini
  5. Pemenang melalui Random.org dan cabutan bertuah
  6. Letakkan URL entry korang kat ruang komen ja
  7. Sponsor boleh join juga
  8. Tamat 16 Nov 201
✿◕ ‿ ◕✿

5 Hari Menghilang.

9 ulasan

Assalamualaikum...



5 Hari Menghilang.



Apa khabar uols? lama Idah menghilang ek... lama ke? 5 hari jer.. :D tapi rasa cam 5 bulan dah... rindu kat anak-anak... kat rumah.. kat katil.. dan tak luper juger blog Idah nie dan juga pengunjung setianya... :D




Actually Idah baru balik dari bercuti... baru sampai KL malam tadi... tapi hari nie dah kena start keje dah.. penat pun tak hilang lagi nie... uhuk uhuk uhuk... 



Okay la.. Idah nak kena selesaikan kerja² yang bertimbun kat ofis nie dulu... pastu Idah datang melawat blog korang ye.. dah rindu nak merendek kat blog korang.. hehehe.. oh yer.. lupa lak nak bagitau Idah bercuti dimana yer.. hik3x.. ala.. dekat jer.. 45 minit jer naik pesawat.. Idah bercuti ke Medan, Indonesia.. 5 hari 4 malam.. nanti Idah story yer.. :D




Dikesempatan ini juga Idah nak mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijriah kepada semua rakan-rakan blogger, sahabat handai dan tak lupa juga pengunjung setia blog ini... semuga tahun ini kita semua lebih sukses dalam apa jua yang kita lakukan dan juga senantiasa di dalam rahmatNYA.. :D


31 Oktober, 2013

Good Bye Hasan.

11 ulasan

Assalamualaikum...


Lunch hour semalam Idah kena pegi shopping.. hehe.. kenaaa okay.. :D .. alaa.. bukan untuk diri sendiri.. tapi shopping untuk mencari hadiah untuk officemate kami .. Hasanuddin.. yang nak meninggalkan kami.... :( uhuk3x..


Dia dah dapat kerja baru kat Kuala Terengganu... selama nie dia keluarga jarak jauh.. so skarang ni dah dapat keja kat KT tu kira seronok sangat la dia tu dapat bersama² dengan anak dan isteri.. tak perlu berjauhan lagi..


Sebagai untuk menghargai jasa dia dan juga sebagai kenang-kenangan.. kami berkongsi duit untuk beli hadiah dan juga buat jamuan kecil-kecilan untuknya.. beli hadiah tu bukan la bermakna kami suka pula dia berhenti kerja tu kan.. tapi hanya sebagai tanda kenang-kenangan dari sahabat buat sahabat.. :D


Oleh itu.. akak ditugaskan untuk shopping hadiah tu la.. hehe.. bab shopping nie memang akak cergass jerr.. :D 


Necktie / Tali Leher

Mula-mula survey tali leher.. dah ada yang berkenan dah.. cantek tie tu.. kaler kelabu belang hitam.. tapi takde kotak pulak.. adushh fail betul la.. so jalan lagi.. cari punya cari... pastu ternampak set untuk lelaki nie.. :D



Set Untuk Lelaki Pelbagai Jenama

Ermm.. banyak pilihan.. yang murah ada.. yang mahal pun banyakk.. :D Oh yea.. nie soping nie kat SOGO la mana lagi kan.. SOGO tengah SALE skarang ye.. :D sempat iklan plak... hehe..



Shopping time


Okay.. belek punya belek.. cari punya cari... akhirnya jumpa juga apa yang dicari.. bersesuaian dengan pemiliknya dan juga budget yang diperuntukkan.. :D


Sales Girl membalut hadiah
Sales Girl membalut hadiah


Dah jumpa tue.. tapi plastik pembalut tu koyak sikit plak.. so suruh adik tu balut semula.. ralit tengok adik nie balut hadiah tu... lemah lembut jer dan dengan penuh kesabaran adik tu membalut.. :D

Set Untuk Lelaki Jenama Swiss Polo

So inilah hadiah yang dibelikan... ada wallet, tali pinggang, tali leher dan klip duit (money clip) semua jenama Swiss Polo.. riben tu siap request nak kaler purple... hehe.. semuga Hasan suka.. :D



Hasanudin pada hari terakhir bekerja.
Gambar curik.. :D sorryyy!!..


Buat Hasanuddin, Kak Idah nak ucapkan terima kasih atas segala kerjasama dan tunjuk ajar yang pernah diberikan... disini juga Kak Idah nak mohon ampun dan maaf andai hati pernah terguris atas kekasaran bahasa dan keterlanjuran bicara samaada yang sengaja atau tidak sengaja selama kita bekerja bersama.. semuga kita masih dapat berhubung dan berjumpa lagi selepas pada hari ini... Good Luck and All d Best To You Hasan...!