25 Oktober, 2013

Renungan Jumaat #2 : Syiling Dari Langit.

12 ulasan

Assalamualaikum dan Salam Pagi Jumaat...




Syiling
Sumber : Google



Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .

Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .

Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita. "

Sumber : Facebook Heliza Helmi

24 Oktober, 2013

Genap 3 Bulan.

19 ulasan

Assalamualaikum dan Salam Mesra...


Hari Ini 24/10/2013.. genap 3 bulan...


Apa yang 3 bulan..??


:-D Hari nie genap 3 bulan blog ini diwujudkan dan sekaligus genap 3 bulan juga Idah bergelar Blogger.. huhuhu.. blogger ker?? hehehe.. tak kisah laa.. blogger ker.. syok sendiri ker.. asalkan tak menyusahkan orang lain yer dakkk..!


Selama 3 bulan nie.. apa yang Idah dah buat dan pencapaian Idah yer?? meh kita tengok..  :D

1.  Visitor - pada mulanya hanya suka².. tapi tak sangka ada seramai ini yang sudi membaca entry² sengal ambo.. hehehe.. 

Blog Visitor



2.  Entry - selama 3 bulan ini.. dengan rajin-rajin malas Idah nie.. dapat jugak 67 posts.. hehe.. 


Blog Archive



3.  Follower - 45 orang jerrrrr.... :D hehe.. jerr?? syukurr.. untuk Idah banyak tu... tak sangka ada juga yang sudi nak jadi kawan walaupun hanya di alam maya... terima kasih semuaa... :-D


Follower



4.  Wajah/Background - huhu.. yang nie paling akak sukee.. :D selama 3 bulan nie.. 3 wajah dah tukar.. hehehe.. alaa.. bukan apa.. mula² memang macam tu kan.. excited terlebih.. rajin la tukar itu ini.. sok dah lama.. takder nyer dah.. :)

1st
2nd
Terkini



 5.  Nuffnang - nuffnang?? ape tu?? :D dari tak tau ape menatang nuffnang tu.. jadi dah tau.. dari RM0 (telor ayam) ... dah jadi RM4.75.. syukurr... bab duit nie ermm.. masih dalam pemikiran kemanakah akan ku salurkan... alaa ciput jer.. so later² la pikir.. :D






Itu jer??? 5 jerr?? ermm.. boleh la tue.. esok-esok tambah lagi yer dakk.. :D kita kena hargai apa yang kita ada dan berusaha untuk mendapat yang lebih baik lagi.. 



Harapan... dimasa akan datang... Idah berazam untuk membuat entry² yang lebih informatif dan bermanfaat kepada para pengunjung yang dikasihi... setidaknya setiap kali mereka meninggalkan blog ini.. ada sesuatu ilmu/manafaat yang dapat dibawa bersama :) ... 



Huhhh... cakap memang aa senang kan.. hehehe.. nak buatnya pecah kepala.. :D apa pun.. itu kan azam.. Idah percaya setiap niat yang baik Insyaallah dipermudahkan jalan.. dan dengan izinNYA.. semuga diriku ini istiqomah dengan azam ini.. ;)

(。◕‿◕。)


22 Oktober, 2013

Hari Busy..

9 ulasan


Assalamualaikum...




Busy Day




Hari nie adalah hari yang sangat busy dan renyah untuk Idah... banyak benda yang perlu disetelkan.. tapi nak update blog jugakk.. huhu.. 


So hari ini rasanya tak sempat untuk nak blogwalking atau balas kunjungan mesra uols.. kepada sahabat-sahabat yang datang berkunjung ke sini.. terima kasih diucapkan buat semua.. ;)


Harap Maklum.. 


Semuga esok hari akan kembali seperti sedia kala... :-D


❤ Acikidah ❤


21 Oktober, 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com

18 ulasan

Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 21 Oktober 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...