18 Julai, 2014

Renungan Jumaat #13 : Pesanan Buat Sahabat

16 ulasan

Assalamualaikum...




Renungan Jumaat #13 : Pesanan Buat Sahabat
Sumber : www.kaskus.co.id


Pesanan Buat Sahabat...


Imam Al Syafi'ie berpesan:

Jika engkau punyai sahabat yang selalu membantu mu dalam rangka ketaatan kepada Allah; maka peganglah dia erat-erat; dan jangan sesekali kau lepaskannya. Kerana mencari teman baik itu susah. Tetapi melepaskannya sangat mudah sekali



Terkini : Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 Terhempas Di Ukraine

14 ulasan

Assalamualaikum...



Terkini : Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah terhempas di Ukraine dan dipercayai telah ditembak oleh pihak yang masih belum diketahui. Pesawat MH17 tersebut telah membawa 280 orang penumpang dan 15 anak kapal yang membuat penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. 



Penerbangan MH17 beroperasi pada Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12:15 (waktu tempatan Amsterdam) dan dianggarkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di 06:10 (waktu tempatan Malaysia) pada hari berikutnya. Ia ditembak jatuh kira-kira empat jam selepas ia berlepas.




Pihak kerajaan Ukraine mengesahkan yang pesawat MH17 milik Malaysia tersebut memang ditembak jatuh, namun begitu belum dapat memastikan pihak yang terlibat.



17 Julai, 2014

Happy Birthday Ke-2 Nur Ayesha

20 ulasan

Assalamualaikum...

Happy Birthday Ke-2 Nur Ayesha


Ayesha dah 2 tahun... yeeyyy!!... :D Happy Birthday Ayesha....! patut la beberapa hari ni dia nampak bijak terlebih dari biasa... tanya mana getah rambut Esya... dia jawab "hilangg" ekhh... pandai pulak sebut hilang... sebut ibu tak pandai² plak kan... :D


Selfie Dipagi Hari

18 ulasan

Assalamualaikum...


Layan Selfie Dipagi Hari


Selamat pagi semuaa... :D uols ceria tak pagi nie? huh?? tak cukup tido... ermmm tak perr... tengahari nanti sebelum zohor boleh ambik nap sekejap kay... :)