28 Februari, 2014
Makam Sultan Alauddin Riayat Shah Pagoh.
...السلام عليكم
Semasa idah ke Pagoh, Johor... dalam program Insan Prihatin Warga Emas tempohari... rupa²nya tidak jauh dari rumah yang kami tinggal itu adalah terletaknya Makam Sultan Alauddin Riayat Shah... makam ini terletak di Kampung Raja, Pagoh, Johor...
Terlanjur dah terlalu dekat tu... kami singgah juga walaupun hanya seketika...
Sultan Alauddin Riayat Shah adalah sultan Melaka yang ketujuh, memerintah dari tahun 1477 hingga 1488. Sultan Alauddin memerintah kerajaan Melaka selama kira-kira 11 tahun. Baginda merupakan sultan yang bijaksana dan tidak terlalu bergantung kepada Bendahara Tun Perak di dalam mentadbir negeri.
27 Februari, 2014
Ziarah Gelandangan Bersama Persatuan Sahabat Jiwa Murni.
...السلام عليكم
Apa saja yang kita ada... tidak baik lokek... itu pesan mak dulu... sedikit sama dirasa... banyak sama dikongsi... pengalaman yang kami timba dalam membantu golongan gelandangan... kami turut berkongsi dengan persatuan² dan sahabat² yang lain... kami ingin mereka juga merasakan apa yang telah kami rasa disaat menghulurkan sedikit bantuan kepada golongan ini... kami suka berkongsi pengalaman kami dengan sesiapa saja....
Alhamdulillah... pada jumaat lepas 21 Februari 2014... sebuah persatuan kebajikan yang lebih kepada kebajikan untuk ahli² dan penduduk sekitarnya yang menggelarkan pertubuhan mereka sebagai Persatuan Sahabat Jiwa Murni... telah melantik idah dan skuad Al-Waasi' sebagai perancang dan sekaligus mengetuai rombongan persatuan mereka untuk turut sama² membantu golongan gelandangan ini di sekitar kuala lumpur...
24 Februari, 2014
Tidak Semudah Yang Disangka
...السلام عليكم
Apa khabar rakan² sekelian?... ermm.. idah? alhamdulillah sihat seadanya... cuma semenjak dua menjak nie kesibukan ada sedikit melanda... :D sampaikan belog pun dah nak bersawang tak dikemaskini... hehehe....
Ini semua gara² Al-Waasi'... Semenjak pertubuhan Al-Waasi didaftarkan... rutin kehidupan dah jadi carca marba dah... masa rehat untuk diri sendiri pun kadang² terpaksa curi²... ku ingatkan selepas pendaftaran diluluskan... kerja akan menjadi lebih mudah... rupa²nya ianya tidak semudah yang disangka....
19 Februari, 2014
Langgan:
Catatan
(
Atom
)



