Cuti sempena Hari Malaysia baru² ini telah berlangsungnya FreemarketPJ Yang Happening di Dataran Petaling Jaya... seperti hebahan idah sebelum ini... syukur... idah dan anak² juga berpeluang turut serta pagi itu... :)
Untuk yang tidak tau apa FreeMarket atau Pasar Percuma... ianya adalah merupakan suatu konsep kebajikan gaya moden... dimana sesiapa saja (NGO atau individu) boleh menjadi penyumbang dan juga penerima sumbangan dalam satu masa pada event tersebut... biasanya hanya berlangsung selama 2 ke 3 jam sahaja... Terbuka Kepada Semua tidak kira apa bangsa, agama, golongan semuanya boleh berbuat kebajikan :) ... barangan yang disumbangkan juga tidak diterhadkan... apa saja boleh disumbangkan... perkhidmatan, perabot, pakaian, makanan, peralatan elektrik, mainan dan macam² lagi... segala yang di tawarkan adalah PERCUMA kepada pengunjung... :D
Alhamdulillah... majlis berlangsung dengan meriah sekali... walaupun gerimis diawal pagi... namun pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat telah turun bersama².... dengan satu tujuan yakni berbuat Kebajikan... :)
Free Market atau Pasar Percuma datang lagi...!!! ahhaa jomm... tuan² dan puan² adalah dengan ini dijemput ke #FreeMarketPJ yang akan berlangsung di Dataran Petaling Jaya pada esok hari 16 September 2014 bermula jam 9:00 pagi sehingga jam 11:00 pagi...