18 Julai, 2014

Terkini : Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 Terhempas Di Ukraine

14 ulasan

Assalamualaikum...



Terkini : Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah terhempas di Ukraine dan dipercayai telah ditembak oleh pihak yang masih belum diketahui. Pesawat MH17 tersebut telah membawa 280 orang penumpang dan 15 anak kapal yang membuat penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. 



Penerbangan MH17 beroperasi pada Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12:15 (waktu tempatan Amsterdam) dan dianggarkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di 06:10 (waktu tempatan Malaysia) pada hari berikutnya. Ia ditembak jatuh kira-kira empat jam selepas ia berlepas.




Pihak kerajaan Ukraine mengesahkan yang pesawat MH17 milik Malaysia tersebut memang ditembak jatuh, namun begitu belum dapat memastikan pihak yang terlibat.



17 Julai, 2014

Happy Birthday Ke-2 Nur Ayesha

20 ulasan

Assalamualaikum...

Happy Birthday Ke-2 Nur Ayesha


Ayesha dah 2 tahun... yeeyyy!!... :D Happy Birthday Ayesha....! patut la beberapa hari ni dia nampak bijak terlebih dari biasa... tanya mana getah rambut Esya... dia jawab "hilangg" ekhh... pandai pulak sebut hilang... sebut ibu tak pandai² plak kan... :D


Selfie Dipagi Hari

18 ulasan

Assalamualaikum...


Layan Selfie Dipagi Hari


Selamat pagi semuaa... :D uols ceria tak pagi nie? huh?? tak cukup tido... ermmm tak perr... tengahari nanti sebelum zohor boleh ambik nap sekejap kay... :)

16 Julai, 2014

Kursus Motivasi Ibubapa Dan Murid Tahun 6

8 ulasan

Assalamualaikum...


Kursus Motivasi Ibubapa Dan Murid Tahun 6

Pagi tadi idah dan en. suami ke sekolah si kakak menghadiri Kursus Motivasi Ibubapa Dan Murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada bulan september nanti... kursus ini diadakan bagi tujuan untuk memberikan suntikan semangat kepada pelajar² agar menjadi murid² yang cemerlang dan juga cara bagaimana untuk menjadi cemerlang... :)