TAKWIM CUTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2025/2026
15 jam yang lalu
Cuti sempena Wesak baru² nie... idah dan beberapa orang geng Al-Waasi telah pergi menziarahi beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar Cheras... tujuan utama lawatan ini adalah untuk mengenalpasti kesusahan yang mereka alami dan juga jenis bantuan yang mereka perlukan...
Seawal jam 10 pagi kami berkumpul di suatu lokasi pertemuan dan kemudian hanya menggunakan 1 kenderaan sahaja... 3 keluarga telah dipilih untuk ziarah kali ini...
Rumah pertama adalah milik Puan Adawiyah... merupakan seorang ibu tunggal beranak 1... beliau menghidap ulser usus dan telah di potong sebahagian besar ususnya... berikutan dari itu dia tidak boleh makan sembarangan makanan melainkan susu khas yang perlu dibeli di farmasi dengan harga yang agak mahal... selain dari itu beberapa ubat-ubatan lain yang perlu di makannnya setiap hari yang harganya juga agak mahal... rumah yang didudukinya adalah berstatus sewa dengan DBKL... sewa rumah juga telah beberapa kali tertunggak... sudah beberapa kali memohon bantuan Baitulmal tetapi di tolak kerana beliau masih bekerja walaupun gajinya sering kali dipotong memandangkan cuti sakitnya yang telah melebihi had... pihak Al-Waasi akan cuba untuk membuat permohonan semula ke pihak Baitulmal beserta surat sokongan...
Sejak kebelakangan ini di Kuala Lumpur hujan sering turun... dan turunnya kadang² menakutkan... kerana disertakan dengan angin yang kuat... petang nie pun hujan lebat juga... harap² tiada la sebarang perkara yang tidak diingini berlaku...
Petang isnin baru nie... hujan ribut... ya rabbi... sungguh mengerikan sekali... angin kuat sungguh... beberapa tempat terkena banjir kilat dan banyak juga kereta² tersekat kerana tidak dapat meneruskan perjalanan sebab air dah naik... menutupi hampir keseluruhan jalan raya...
Di Cheras... rasanya paling teruk kot mengalami kerosakan... idah sempat mengunjungi beberapa rumah yang mengalami kerosakan teruk... macam YB melawat kawasan plak idah nie kan... hehehe...
Bumbung parkir motor tercabut lalu terbang menghempap kereta² yang diletakkan bersebelahan dengan parkir motor tersebut..
Harap-harap belum terlambat untuk idah menyertai segmen yang julung kalinya diadakan oleh The Liebster Award ini... dalam segmen ini idah telah di tag oleh 2 orang rakan blogger fofularr iaitu Khir Khalid dan Cik Itah... Terima kasih kerana sudi tagging me... ;D
© Dunia Sementara Acikidah 2015 . Powered by Blogger . Blogger Templates |Distributed By Blogger Templates20 . Crictime