11 Mac, 2014

Pulanglah MH370.

12 ulasan
...السلام عليكم


Seluruh dunia sedang menanti kepulangan mu wahai MH370... pulang lah...
Rungkaikanlah misteri ini Ya Allah...
Pulangkanlah mereka kepada kami Ya Allah...
Walau dengan apa keadaan sekalipun... kami Redha......



Pulanglah MH370.
Source : facebook



Kronologi Kehilangan MH370

Mac 08, 2014 12:41am
- MH370 berlepas dari KLIA menuju ke Beijing.


07 Mac, 2014

Nabihan Demam Kuat Tiba-Tiba.

18 ulasan
...السلام عليكم


Semalam... merupakan hari yang penuh dugaan buat idah sekeluarga... 



Tengahari dalam lebih kurang jam 12 tengahari... idah di pejabat dan dapat call dari hubby... katanya sekolah Nabihan call dia dan mengatakan yang Nabihan demam kuat sampai menggigil²... so idah suruh dia balik dulu tengok Nabihan... kalau dia ambil idah lagi lambat jadinya kan...




Ermm... malam tadi ok jerr... pagi² bangun pegi sekolah pun dia okay jerr... badan dia tak panas pun dan dia pun ceria seperti biasa jerrr... kenapa tiba² jer boleh demam sampai menggigil yerr... fikir idah...


Semasa on da way balik tu... hubby talipon sekolah lagi... suruh sekolah masukkan ubat bontot dulu... tapi cikgunya kata tak ada ubat kat sekolah... ;( ... pastu hubby suruh cikgunya ambil suhu Nabihan... cikgunya kata... tiada penyukat suhu di sekolah... uwarrghhh... sekolah punya la bayar mahalll... tapi tak ada emergency support... huhhh..! kemudian hubby suruh cikgunya hantar Nabihan ke klinik berdekatan... tapi cikgunya kata nak tunggu parents datang juga... noo... kena hantar dulu.. sementara menunggu kami sampai... segala perbelanjaan kami akan tanggung kata hubby... akhirnya cikgunya pun akur dan menghantar Nabihan ke klinik berdekatan...


Sesampai hubby di klinik... doktor kata semasa Nabihan datang suhunya 41 darjah... doktor dah beri Nabihan 2 dos ubat di bontot tapi sudah hampir sejam suhu turun terlalu perlahan... doktor arahkan hubby bawak Nabihan ke hospital yang berdekatan... hubby call idah... dan idah minta hubby bawa Nabihan ke PPUM... tapi doktor tak galakkan kerana katanya jauh dan takut semasa dalam perjalanan suhu akan meningkat naik lagi... so hubby pun buat keputusan bawa Nabihan ke KPJ Kajang...



Nabihan Demam Kuat Tiba-Tiba.

04 Mac, 2014

Mencari Nama Di Tapak Tangan.

20 ulasan
...السلام عليكم



     Meriah pagi nie di office idah nie... bilamana Cik Project Admin kami datang dan menunjukkan sample t-shirt yang akan majikan berikan kepada kami... sample tu untuk pilih saiz jer... :D



Mencari Nama Di Tapak Tangan.

Inilah rupa t-shirt yang bakal diberikan kepada kami... nama setiap staf ada tertulis disitu... nampak tak nama akak??? :D besar tue.. hehehe... sorry ditengah² tu adalah nama syarikat yang terpaksa di sensed... harap faham kayy...! :D


03 Mac, 2014

Jualan Amal Al-Waasi' @ Car Boot Sale Puncak Jalil.

17 ulasan
...السلام عليكم


Jualan Amal Al-Waasi' untuk pertama kalinya telah diadakan pada 23 Februari 2014 yang lalu... dimana kami memilih Car Boot Sale, Puncak Jalil sebagai lokasi percubaan kami... di sini tiada sebarang bayaran tapak dikenakan... percumaa... :D dan bermula dari seawal jam 7 pagi hingga 12 tengahari setiap hari ahad... hanya barangan terpakai sahaja yang dibenarkan diperniagakan di sini... makanan dan minuman tidak boleh dijual...



Awal² pagi lagi idah dan teman² dah sampai untuk memilih lokasi yang strategik untuk kami berniaga... ini pengalaman pertama dalam hidup idah berniaga secara serius dan membuat jualan amal... :D hehe.. terujaaa dan suspen bercampur baurr :D... 



Jualan Amal Al-Waasi' @ Car Boot Sale Puncak Jalil.

Kami mengambil 2 tapak dengan menggunakan 2 buah kereta...