09 Oktober, 2013

Penguatkuasa Berbasikal.

6 ulasan

Assalamualaikum & selamat petang.. :)


Penguatkuasa berbasikal DBKL
Sumber : Harian Metro


Padi tadi masa nak datang kerja.. Idah ternampak ada majlis di dataran bersebelahan dengan bangunan Menara 1 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) .. ramai penguatkuasa yang menaiki basikal berbaris.. ada lelaki dan ada wanita.. rupa²nya ada Majlis Tamat Latihan Kursus Penguatkuasaan Berbasikal..



Dikhabarkan bermula sabtu ini penduduk lembah klang akan mula dapat melihat penguatkuasa DBKL yang menggunakan kenderaan basikal nie di lima taman rekreasi di sekitar ibu kota iaitu Taman Botani, Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Permaisuri, Taman Metropolitan Kepong dan Taman Metropolitan Batu.


Ermm.. satu lagi antara tarikan pelancong di negara kita kan.. dan selain dari tu ianya adalah langkah awal untuk menjadikan Kuala Lumpur Bandaraya Bebas Asap Kenderaan Bermotor.. harap² usaha murni ini berterusan.. :D


08 Oktober, 2013

My 1st Nuffnang CPC & CPUV.. Hooraayyy!

13 ulasan
Assalamualaikum..


1st Nuffnang CPC & CPUV


Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.. Syukur atas rezeki dan nikmat mu ya Allah.....


Gembira sangat nie.. hihihi... terkejut tadi bila bukak dashboard Nuffnang tiba² tengok ada item kat kolum yang sebelum² nie kosong jer.. hehehehe... alhamdulillah.. itu jer yang Idah mampu ucapkan.. 


Sebenarnya bukanlah RM yang membuatkan Idah gembira sangat.. amaunnya cuma 54 sen SAHAJA.. tapi yang buatkan Idah gembira ialah Idah telah berjaya mendapatkan CPUV & CPC tu.. seakan 1 tangga kejayaan yang Idah dapat capai sebagai blogger.. hihi..


Seriously.. tak pernah Idah rasa cemburu dengan rakan² blogger yang dapat CPUV atau CPC nie.. malah pada mulanya Idah pun tak tau apa itu nuffnang.. apa itu CPUV.. apa itu CPC.. cuma ikut² jer.. orang ada.. kita pun nak ada juga.. :)


Alhamdulillah.. setelah 2 bulan 13 hari menjadi blogger.. Idah dapat CPUV & CPC pertama dari Nuffnang.. Thank You Very Much Nuffnang.. I Luv You Soooo Much.... hihi..


Terima kasih Idah nak ucapkan kepada rakan² Idah yang tidak henti² memberi semangat, nasihat dan tujuk ajar selama Idah berblogging nie.. especially sahabat Idah sorang nie blogger Ummisara .. terima kasih juga kepada adik² Idah di opis nie yang senantiasa menjadi pengkritik dan pembakar semangat.. to Adila & Arpah tqvm.. :) tidak lupa juga kepada rakan² blogger spt nohas, Aiza, Cik Itah, dll yang sudi slalu datang menjenguk dan menjadi pengomen yang setia di blog akak nie.. kepada silent reader yang datang dan pergi.. terima kasih juga atas sokongan anda selama inie.. Luv u all very much.. muashh..muashh..muashh.. :D


Okay.. nak tinggalkan pantun 2 kerat untuk korang... 

Jalan di pekan mencari ragi..
Jika sudi tolonglah klik² iklan akak lagi.. 

Hehehe..


Wassalam.. 


07 Oktober, 2013

Beriadah Lepas Kerja...

5 ulasan

Assalamualaikum & salam ceria...


Hari nie hari isnin... pagi nie jam 3.30am dah bangun.. ada urusan yang perlu diselesaikan.. so nie kat opis kepala cam weng jer nie tak cukup tido... tapi tak per laa nak menyembang jugak nie.. hihi...


Jumaat lepas balik keje Idah and my colleagues main badminton.. ermm.. rindunya main badminton.. badan pun dah semakin mengembang sebab dah lama takde exercise... tahun lepas selalu juga main badminton nie.. boleh dikatakan almost every week.. tapi nie dah lebih setahun tak main.. berenti hari tu masa ramadhan tahun lepas.. lepas tu terus tak main² dah.. :D



Badminton Lepas Kerja @ Komplek Sukan DBKL Desa Tasik
Ada ramai lagi nie yang tak dapat datang malam tu.. Nuqman seronok laa tu dikelilingi oleh anak² dara.. :-D




En.Babah dengan aksi yo..yoo.. ooo.. :D




Sko.. style dah ada.. cuma kena kurangkan gelak jerr.. hehe..




Adelia malam tu baik sangat.. tak gerak² dari kerusi tu.. layan makan jagung jer.. sponsored by Kak Adila :)



  
Boleh plak dah penat.. bersila kat dalam gelanggang.. iskhh.. Nuqman... Nuqman..




Bergu trio... hehehe.. tak pernah dibuat orang... :D




Kami main 2 jam.. dari jam 8pm hingga 10pm.. tempah 2 court.. main la gilir² kejap single.. kejap bergu campuran.. kejap trio campuran.. hehehe.. ikut selagi terdaya laa...


Oh ya.. kami main nie di Komplek Sukan DBKL Desa Tasik.. sejam RM8/court.. kalau nak tempah boleh call no nie.. 03-90587294.. 


So guys when our next games..? :D


05 Oktober, 2013

" Segmen Follow April hingga Disember 2013 by cik akak omei "

2 ulasan

Ini adalah segmen ke 3 yang Idah join.. segmen nie dianjurkan oleh Cik Akak.. segmen nie lama tau.. hingga Disember 2013.. jom join segmen nie.. syarat²nya pun sangat mudah..

" Segmen Follow April hingga Disember 2013 by cik akak omei "

Syarat-syarat penyertaan
  • Mempunyai Belog (Wajib)
  • Follow Belog cik akak (yang dah follow boleh abaikan)
  • Soal entri tak wajib....ikot suka hati u all nak buat cam mane...yang penting u all suka
  • Copy banner comel cik akak tu dan tempek kat entri u all
  • Letak Tajuk "Segmen Follow April hingga Disember 2013 by cik akak omei"... Kalau tajuk lain cik akak memang tak layan...hihi
  • Akhir sekali u all boleh tinggalkan link dalam kotak komen cik akak...perlu diingatkan tempat lain selain kotak komen memang cik akak tak layan 100%
  • Terbuka kepada semua " Belog Malaysia" sahaja

Segmen bermula 02.04.2013 dan Tamat 31.12.2013