04 September, 2013

Flash mob Kenaikan Harga Minyak @ Dataran Merdeka.

4 ulasan

Assalamualaikum...


Petang semalam lebih kurang jam 6.30.. Idah balik keje seperti biasa.. 

Tiba-tiba dari jauh di persimpangan Jalan Raja di tepi Dataran Merdeka tu.. nampak ramai orang berkumpul..

Oooo... rupanya-rupanya.. ada segelintir Rakyat Malaysia yang ingin menzahirkan ketidak puashatiannya kepada kerajaan atas isu Kenaikan Harga Minyak Petrol & Diesel sebanyak 20 sen baru-baru ini..!

Flash mob Kenaikan Harga Minyak @ Dataran Merdeka
"Rakyat Bantah Kenaikan Harga Minyak"

Flash mob Kenaikan Harga Minyak @ Dataran Merdeka
"Petrol Should Be Reduced Not Raised"

Flash mob Kenaikan Harga Minyak @ Dataran Merdeka

Flash mob Kenaikan Harga Minyak @ Dataran Merdeka


Kalau tanya Idah.. Idah pun TIDAK bersetuju dengan kenaikan ini walau dengan apa alasan sekalipun.. pembangunan?? or wut everr... 

Mungkin yang berpendapatan sederhana ke atas kurang mengalami impaknya.. tapi bagaimana yang berpendapatan rendah.. bila harga petrol naik.. tidak mustahil harga-harga barangan lain juga akan naik.. Bas sekolah, public transport, tarif letrik dan banyak lagi kenaikan yang membebankan golongan berpendapatan rendah. 

Bapak-bapak menteri mungkin tak rasa impaknya.. sebab petrol mereka dibayar oleh 'Wang Rakyat' bukan wang dari poket mereka sendiri..

BRIM?? :D Adakah BRIM akan diberikan setiap tahun? dan golongan berpendapatan sederhana yang tidak layak menerima BRIM pula bagaimana? dah la dibebani dengan pelbagai jenis CUKAI.. agak-agaknya minyak naik.. golongan berpendapatan rendah dapat BRIM.. golongan berpendapatan sederhana ke atas dapat apa pula yee?? :D

Ekhh.. ekhh.. panjang lebar plak ngomel isu minyak nie.. hehehe.. 
Jangan Naik Minyak sudahh... :D



Bila Ibu takde..! anak-anak...?

3 ulasan

Masa check out dari homestay tu hari Idah masih bz kat rumah pakcik.. so En. Babah dengan budak-budak jer yang balik homestay.. mandi manda.. kemas beg.. dan check out.. Ada cousin dorang jugak yang ikut..


Bila di rumah.. Idah nak tengok la hasil 'tangkapan' masa kat melaka tu.. tengokkk punya tengok.. skali.. aikkk!!!.. Amboiiiii... ! Wah.. wah.. wahh.....!


Perigi Hang Tuah, Melaka
Berposing sakan korang yerrr!!! 


Perigi Hang Tuah, Melaka
Errmm.. yang makcik(pembantu - baju pink) nyer pun samerr jerr!! kaki posingg jugakk!


Perigi Hang Tuah, Melaka
Peacee yerr..!


Perigi Hang Tuah, Melaka
Momoii (anak buah).. yo..yoo.. oooo..!


Perigi Hang Tuah, Melaka
Wahh.. En. Babah sempat bercanda ditepian perigi lagi..!


Perigi Hang Tuah, Melaka
OOoo.. siap soping skali yerr! Padan la orang menunggu berjam-jam.. @&*$)%


Perigi Hang Tuah, Melaka
Ini bukan perigi buta.. ini perigi ada air punya.. ikan pun aderr.. hehe.. Perigi ini dipercayai di gali sendiri oleh Laksamana Hang Tuah. Airnya tidak pernah kering.. walaupun pada musim kemarau yang berpanjangan. Ada juga yang percaya airnya boleh dibuat ubat.. itu Allahualam..


Buat pengetahuan sahabat sekelian.. gambar-gambar nie diambil di kawasan Perigi Hang Tuah.. dan sangat berdekatan dengan Homestay yang kami menginap tu...

Gambar yang macam ala-ala istana melaka tu.. itu pun dikawasan yang sama juga.. binaan seperti itu ada tidak kurang dari 3 buah.. Luas kawasannya.. Dikhabarkan disitu akan dibangunkan Muzium Hang Tuah, auditorium, balai adat, rumah tradisional, pentas kebudayaan dan pentas silat pun ada..

Tapi belum dibuka kepada pengunjung lagi.. hampir siap....! Tungguu.. ;D Kita sama-sama la tunggu perasmiannya nanti yer..!

**Mana Adelia?? 


02 September, 2013

Wedding : Majlis Resepsi Nurul Farhana & Azleey Tasleem DAN Mohamad Hafiz & Siti Normala.

Tiada ulasan

Majlis Resepsi ini diadakan pada 31hb Ogos 2013 (merdekaaaa!!!) adalah untuk meraikan dua pasang pengantin iaitu Nurul Farhana & Azleey Tasleem dan Mohamad Hafiz & Siti Normala yang berlangsung di Bukit Duyong, Melaka. 



Mohamad Hafiz adalah abang kepada Nurul Farhana. 


Sebelum kita tengok gambar, Kak Idah nak mohon maaf kat Hafiz & Mala sebab gambar korang takder.. sob..sob..sob.. sebabnya.. masa korang tengah sanding tu orang datang ramai gler.. tak cukup tangan rasanya nak lap meja.. angkat pinggan.. dll laa..! so bila dah nak hujung-hujung tu.. hafiz plak takder.. tu yang sikit jer gambar dapat tu.. huhuhu.. sorry naaa..!


Untuk pengetahuan teman-teman.. majlis nie Pakcik sengaja takmo guna khidmat katering.. masak semua sendiri gotong royong tujuannya adalah untuk merapatkan lagi silaturrahim sesama keluarga. Penat sikit tapi seronok!


Masa nie juga Idah ambil kesempatan train si Nuqman tu buat keja.. angkat pinggan & cawan kotor.. replace kendi air basuh tangan.. ambil cawan bersih.. refill jug air.. dan apa je laa.. hehehe.. bukan senang nak dapat pengalaman camnie kan.. kita kat KL datang kenduri pastu duduk makan jerr.. balik!


Pengantin berarak lebih kurang jam 1 petang dengan diiringi oleh paluan kompang.


Time berarak takder gambar.. hehehe..


Yang ada hanya gambar dah hujung..hujung majlis.. :D

Raja Sehari

Raja Sehari

Raja Sehari

Raja Sehari Bersama Keluarga

Raja Sehari Bersama Keluarga

Raja Sehari Bersama Keluarga

Wedding : Majlis Resepsi

Wedding : Majlis Resepsi

:D Happy Ending.. 

Idah & kakak-kakak 3 kereta balik ke KL petang tu juga.. tapi sebelum tu sempat plak pegi beraya rumah mak sedara dulu.. hehehe.. Sampai rumah dalam jam 9.00 malam. Keletihan nul lazii!! :D 



Wedding: Majlis Pernikahan Nurul Fahana & Azleey Tasleem

2 ulasan

Jumaat 30hb Ogos 2013, lebih kurang jam 5.00 petang lepas solat asar.. di Masjid Jamek, Laksamana Hang Tuah, Duyong, Melaka.. maka berlangsung lah Majlis Pernikahan diantara Nurul Fahana & Azleey Tasleem dengan diwali dan dinikahkan oleh Bapa Nurul sendiri.. dan dengan disaksikan oleh saudara dari kedua-dua belah pihak.

Kita tengok gambar jer la yer.. :D

Canteknyaaa.. sepupu akak nie..! 



Muka nampak kewl jerr.. dalam hati.. ya ALLAH.. tuhan je yang tau!!.. hehehe..



Jangan nangis lagiii.. blom start lagi nie..! :D



Tok kadi minta kebenaran kepada pengantin perempuan untuk dinikahkan. Baju putih tu bapa pengantin perempuan @ pakcik ku. :D



Sain sanaa.. sain sini.. fuhh.. berdebar time nie! hehehe.. akak plak yang suspen.. :D



Alhamdulillah.. dah selesai akad nikah.. Dah jadi isteri orang dah Nurul ye.. so sweett! :)



Acara membatal air sembahyang dengan memakaikan rantai tangan & rantai leher oleh pengantin lelaki.



Okay.. bergambar dengan family seround..!



Hehehe.. nak jugaakk!.. Tengok tu akak sempoi jer kan.. dengan baju tak bersalin nyer.. konon-konon takmo pegi masjid sebab keja kat rumah pengantin tu banyak.. nak potong tu.. kopek niee.. siang itu.. racik ini.. aleh-aleh.. mak ajak gak pegiii.. so pegi jer la dengan muka yang berminyak-minyak dan pakai jeans jerr.. :D sempoiii!!!

Selesai acara nikah, pihak lelaki dihidangkan dengan sedikit jamuan di rumah pengantin perempuan.

Akak? hehehe.. ada urusan HARTAnah skitt!! :D