LAILA MAJNUN
7 jam yang lalu
Disepanjang perjalanan... di kiri kanan banyak kami dapat lihat tanaman seperti kobis, jagung, tomato dan macam² lagi sayuran... sejuk jer mata memandang...
Anak bujang idah layan radio channel indon.. hehehe..
Selamat Datang Ke Taman Wisata Rumah Bolon... Bolon bermaksud besar... Rumah Bolon bermaksud rumah pembesar/raja... Purba pula bukan la bermaksud zaman purbakala... tapi Purba adalah nama salah satu dari marga atau suku bagi kaum batak...
Dahulu kala inilah satu²nya jalan untuk masuk dan keluar ke kawasan Rumah Bolon... ini adalah untuk menyusahkan musuh untuk memasuki kawasan diraja... lorongnya gelap... tapi sekarang dah ada jalan alternatif dibuat...
Kawasan nie adalah umpama komplek kerajaan... ini adalah rumah para panglima...
Yang nie pula adalah tempat untuk para gadis dari pelusuk kampung menumbuk padi... raja akan melihat gadis² tu.. dan kalau dia berkenan.. dia akan memperisterikannya... :D
Di dalam kawasan Wisata Rumah Bolon nie... binaan ini adalah yang paling besar.. ianya adalah merupakan istana / rumah Raja Purba... yang menarik tentang rumah nie ialah ianya dibina terdiri dari bongkahan kayu² yang besar.. dan juga ianya tidak menggunakan sebarang paku...
Ini dalam rumah bolon / istana raja purba...
Kami difahamkan yang Raja Purba yang terakhir meninggal pada tahun 2005...
Pintu untuk masuk ke kawasan bilik para isteri Raja Purba... kecik jer pintunya..
Ini kawasan bilik para isteri Raja Purba... setiap isteri ada dapur, tempat menyimpan makanan dan tempat tidurnya sendiri... setiap dapur adalah mewakili berapa banyak bilangan isteri-isteri Raja Purba nie.. :D kami difahamkan yang raja nie mempunya 12 orang isteri... kalau nak tau lebih terperinci tentang kisah Raja Purba nie kena la datang ke sini... ahaks...
Nak turun atau naik rumah bolon nie payah juga sebab tangganya tinggi dan curam... dah la pintunya kecik... nasib ada kayu pemegang tu... :D
Didalam kawasan nie ada pelbagai binaan lain lagi.. antaranya ada rumah untuk puteri²nya... ada balai adat... ada rumah pengawal... ada rumah tetamu dan lain-lain... dan yang nie adalah tugu peringatan bagi salah seorang dari Raja Purba...
Yang nie adalah kawasan makam sebahagian dari Raja Purba dan kerabatnya...
Haha... nak keluar dah :D...
Dipertengahan lorong keluar tu ada binaan kecil patung salah seorang dari Raja Purba nie... lorong tu gelap gelita ... so tak nampak patung tu... dah ambik gambar baru boleh nampak rupa patung tu kat kamera... :D
Di kawasan Rumah Bolon nie yang paling menarik perhatian idah ialah tulisan yang ada pada binaan nie... :D
"Demi Rakyat Dan Untuk Rakyat"...
Di coffe house.. minum pagi sambil menikmati pemandangan dan udara segar pagi...
Haa.. di sini tiada buffet.. tapi diberikan pilihan samada nak nasi goreng, bihun goreng atau roti bakar... rasanya boleh tahan la... tapi nasi dia tu macam melekit skit...
Lepas breakfast tu.. kami pun check-out.. sebelum ke jetty untuk balik ke parapat... Ucuk bawa kami pusing² di pulau...
Macam rumah minang kan?... tapi itu lah senibina rumah orang batak... :D
Ermm.. ingat lagi tak kat n3 yang sebelum nie idah ada sebut tentang patung sigale-gale yang besar tu.. haa... inilah dia.. patung tu terapung di atas air dan tingginya lebih kurang 16 meter... di situ selalu diakan pelbagai pesta...
Horass... perasan tak kat pintu gerbang tu ada lambang cicak... cicak sangat sinonim dengan suku batak... dimana-mana kita mudah untuk melihat lambang cicak... :D
Dah sampai di tomok... sementara tunggu ferry datang tu.. kami jalan² di sekitar kawasan tu... dan nampak kedai makan minang nie... kedai nie betul² berdepan dengan pintu masuk ke jetty...
Hehe.. taknak ketinggalan... nak juga rasa satay minang pulau samosir kan.. :D
Mula² nak try ambik 1 piring jer... sebab masih kenyang lagi kan baru breakfast... ermm.. skali sedap tuu.. tak tipu... memang sedap.. malah lebih sedap dari satay minang di tempat aslinya di Bukit Tinggi, Sumatera Barat... :D order 1 lagi...
Ini kenalan baru idah :D... kami berkenalan semasa di parapat dan samosir... orang Shah Alam, Selangor... dia pergi bercuti dengan keluarganya.. belakang tu tudung biru tu mak dia.. :D
Sampai di Parapat... kami dibawa makan dulu sebab memandangkan waktu pun dah tengahari... Restoran Istana Minang...
Ada gulai ikan talapia, gulai daging, ikan pora-pora goreng, sayur goreng, terung goreng, ayam goreng, sambal hijau, sambal merah dan sambal tempe... untuk kami bertiga selesaikan.. :D Gulai ikan talapia tu sedap... sambal dia kurengg..!
Lepas makan... perjalanan pun diteruskan... dipertengahan jalan... ucuk tunjukkan kami nie ikan gergasi nie.. ikan nie lebih besar dari rumah double storey :D... sebenarnya dipermulaan binaan ikan nie adalah dibina untuk dibuat restoran... tapi tak tau la kenapa tak jadi... dan sekarang dalam tu dibuat tempat ternakan ikan...
Dibelakang kami yang tajam tu adalah penghujung Pulau Samosir...
Ini adalah pokok dan biji kopi jenis arabika... di perjalanan... kiri kanan kami banyak ditanam pelbagai jenis pokok kopi... yang merah tu biji kopi dah masak...
Selepas dalam lebih kurang sejam lebih perjalanan... kami pun sampai di suatu tempat bernama Simarjarunjung... disini kami berhenti untuk berehat seketika atau pun boleh menikmati kopi panas beserta pisang goreng...
Nuqman layan goreng pisang panas... goreng pisang dia sedap... manis... oleh kerana kami masih kenyang... so kitorang order 1 jer.. saja la nak try.. rugi plak rasa dah sampai situ tak cuba kopinya kan... :D ini tak termasuk dalam pakej... kena bayar sendiri...
Secawan kopi dan sepiring goreng pisang tu harganya 16,000 rupiah (<> RM4.50) kopinyaa... betul² kaw... pekat banget :D
Di kawasan nie udaranya sejuk dan pemandangnya pun cantik...
Haa.. pertama kali dalam hidup idah tengok pokok nie... tak tau apa namanya... yang bulat² berbulu tu adalah bunga.. bukan buah yee.. besar macam buah epal... unik kan.. :D uols tau pokok ape nie?
Okay bersambung di entry seterusnya ye... masih lagi Day 2 huhu.... ;D
© Dunia Sementara Acikidah 2015 . Powered by Blogger . Blogger Templates |Distributed By Blogger Templates20 . Crictime