Assalamualaikum Dan Heyy! 😀✋
Hari ni nak cerita tentang gadget baru acikidah... 😃 Android/Mini TV Box ... aper tu?? 😉 rasanya ramai yang dah tau kan... tapi bagi yang belum tau lagi tu, alat ini kecil² cili api tapi power tau... ringkasnya dia boleh menukarkan tv yang biasa tu menjadi Smart TV you!... janji TV tu ada HDMI port. Kita boleh menonton pelbagai filem dan drama tempatan mahupun antarabangsa dengan percuma... sekarang tak perlu beli DVD dan melanggan Channel Tv berbayar (yang selalu tak ada coverage bila hari hujan tu) lagi... hehehe...
Haa...inilah rupa Android/Mini TV Box idah tu... saiznya
hanya sebesar tapak tangan sahaja... kecil kan? tidak sepadan dengan keupayaannya... idah diperkenalkan dengan device
ini oleh rakan² sekerja yang juga memiliki Android Box ini cuma model kami saja
yang berbeza. Cuti panjang Tahun Baru
Cina baru² ini idah sekeluarga layan movie jer satu persatu... dari movie yang baru
keluar di pawagam sehinggalah movie yang dah berzaman lamanya.. koleksi cerita²
P.Ramlee pun banyak.. 😀
Android/Mini TV Box ini idah beli di lazada.com dengan harga
RM157.70 sahaja. murah kan? di pasaran macam² brand, model dan keupayaan ada...
dari yang semahal²nya sehinggalah yang semurah² nya. Idah beli yang murah² saja
cukup laa... jenama tidak penting pun... yang penting fungsinya dapat dimanfaatkan sepenuhnya... saiznya kecil jadi mudah untuk kita bawa
kemana² saja asalkan ada internet dan tv. Remote control ada disediakan namun
begitu boleh juga menggunakan handphone menggantikan remote, cuma perlu install sahaja applikasinya.
Spesifikasi Mini TV Box Model T95N
OS Android5.1
KODI 16.0
WIFI 2.4G /2GB DDR3
CPU:S905 quad-core cortex-A53
GPU:Mali-450,5-Core GPU
FLASH 8GB emmc ;SDRAM 2GB DDR
Power Supply DC 5V/2A
Power Indicator (LED)
Video compression : 4K, H.265 HEVC, HD2.0
Port : 2 USB , 1 LAN/Ethernet, 1 HDMI, 1 SD Card, 1 AV
Saiz : 92mm
Android/Mini TV Box ini telah dilengkapi dengan aplikasi Kodi, tapi jika tiada pun tak per boleh download jer cuma kena install sendiri jer la.. 😀 applikasi kodi ini juga boleh digunakan di pelbagai device termasuk laptop... tidak terhad kepada android sahaja malah OS seperti windows, Linux, OSX, Xbox, Mac OS X dan sebagainya... oh ya... aplikasi kodi ini adalah berfungsi untuk menjalankan hampir semua format audio dan video yang ada di pasaran pada ketika ini.
Dengan Android/Mini TV Box ini, kita boleh menonton movie, tutorial, melayari internet, youtube, main game, muzik, haaaa... blogging dan blogwalking pun boleh tau pada tv... hehehe... ada berjuta movie yang kita boleh tonton... melangkaui negara, bahasa, tema, kiranya macam² ada laa... kualiti movienya juga pelbagai... ada HD, bluray dan sebagainya... drama pun ada... Korea, Siam, Indonesia, haa sebut jerr semua ada... ada subtitle juga... nak bahasa apa pun majoriti ada jer... Pelbagai channel seperti sukan, masak, dokumentari, makanan, berita dan banyak lagi la... yang paling penting adalah semuanya PERCUMA... kalau nak yang berbayar seperti netflix atau iflix pun boleh juga.
Dalam dunia ni setiap yang baik itu pasti ada buruknya
kan... jadi pandai² la kita menyeimbangkannya...
Kelemahannya
- Perlu ada akses internet. Kalau nak play yang offline dari thumb drive atau external harddisk pun boleh jer cuma terhad la kan.
- Kadang² bila dah tekan sana sini dia jadi hang la pulak.
- Aplikasinya sedikit perlahan tidak macam channel tv sekali tekan terus keluar. Kena banyak bersabar.
- Agak sukar untuk nak buat penambahan add-ons atau tambah repository. Nak set subtitle masa mula² tu pun agak payah. Banyak sangat step. Kena rajin google.
Kebaikan
- Menjimatkan wang, sebab nak tonton tu percuma jer. Hanya beli device sekali sahaja. Tak perlu dah channel tv berbayar bulanan yang mahal dan selalu 'Service currently not available' bila time hujan tu.
- Menjimatkan ruang penyimpanan. Kalau dulu kita siap ada almari, rak atau kotak khas untuk nak simpan koleksi² CD dan DVD kita tu kan, sekarang tak payah dah boleh simpan semua tu dalam kotak dan letak kat bilik stor jer... hehehe... koleksi movie seluruh dunia kita dah boleh ada sekarang.
- Pemasangan juga mudah. Tidak ada kerja² hack dinding, wayar berjela², kuali atas bumbung rumah dan sebagainya.
- Bagi yang tiada smart tv di rumah tu pasti ini berita gembira buat anda kerana tv lama tu boleh di transform menjadi tv pintar dengan modal yang kecil sahaja.
Perghh rasa macam dah panjang berjela entry acikidah kali ini... hehehe... tetiba jer teruja plak kan... menaip tak hingat... dah macam sales woman plak
kekdahnya... hehehe... no no no... idah cuma berkongsi idea dan keterujaan diri ini sahaja taw... haaaa satu lagi nak cakap... nanti pasti akan ada yang berkata alat ini pembunuh industri perfileman kita, menutup periuk nasi artis² kita, menjahanamkan pengusaha² channel berbayar dan yang sewaktu dengannya... bagi idah, come on laa... hidup mesti diteruskan... persaingan, teknologi, perubahan zaman mesti diambil kira oleh para pengusaha bagi kelangsungan bisnes mereka. Ini juga merupakan satu dari risiko perniagaan yang perlu mereka hadapi dengan professional kan... hahaha... mohon #JanganKecamSaya... k bai selamat berhujung mingguuu 😉.