Chagee @ Pavilion KL
2 jam yang lalu
Kitorang jalan kaki jerr.... lagi pun cuaca sejuk so tak la rasa penat....
Kebun bunga... bunga apa nie ek? hik3x.. entah laa... :D
Jagung pun banyak.. kat tepi² jalan jer dorang tanam....
Jalan lagii... macam dah biasa kan... padahal main agak² jer.. hehehehe...
Haa... uols tau tak nie pokok ape?.. hehehe.. untuk yang tak berapa tahu macam akak nie.. hehehe.. inilah pokok lobak merah (carrot)... haa.. sekarang dah tau kan... :D
Sepanjang jalan tu... banyak jer orang cuci lobak merah yang baru dipetik macam nie... dorang basuh dengan air dulu.. pastu dorang packing dalam plastik besar²....
Ekhhh... ada kuda laa... nak naik boleh jerr... tapi kitorang tak naik pun... hehehe.. takut nanti baju bau kuda.. hehehehe....
Dah rasa kaki macam pedih² skit.. pastu hehehe... kitorang naik Angkut... angkut nie kira kenderaan awam la kat sana... nasib baik tak ada yang bawak naik ayam hidup time nie.. hehe..
5 minit pun tak sampai naik angkut tu... tup² dah sampai dah kat Pasar Buah... :D huhu.. hati² banyak taik kuda besepah²... hehehehe...
Sempoi adik nie meniaga strawberry atas lori...
Ada Kereta Kuda untuk para pelancong nak merasa naik pusing² bandar...
Nie laa dia Pasar Buah di Berastagi... kat pasar nie bukan saja jual buah... pakaian, beg, barangan cenderamata, sayur²an dan macam² lagi laa... tapi rasanya kat sini harga barangannya mahal skit dari masa kat Samosir tu hari...
Pelbagai pokok dan bunga pun banyak dijual disini...
Macam² buah ada... ada yang tak pernah lihat pun ada... nama pelik² pun ada... dan yang terkenal kat sini ialah Buah Markisa... haa tu yang tergantung belah kiri kaler kuning tu...
Kat tengah² bandar Berastagi tu... ada binaan nie.. ianya adalah Tugu Perjuangan... ermm.. mesti ada kisah disebaliknya kan...
Lepas dah window shopping kat Pasar Buah tu... kami pun jalan² di tengah bandar tu... banyak gerai² makan baru nak dibuka... mungkin dorang meniaga hingga larut malam... dan dalam banyak² gerai tu... yang menarik perhatian idah ialah nieee dia.. Martabak Terang Bulan...
Dia siram² dengan minyak panas tu... pastu mertabak tu jadi kembung...
Kalau datang ke medan jangan lupa rasa Martabak Terang Bulan nie... sedapp.. dalamnya ada ayam dan sayur²an... ada sos disertakan.. tapi makan gitu jer pun sodapp... harganya.. 13,000 Rupiah (<> RM3.70).. idah beli nie untuk nak makan malam² nanti sambil tengok tv...
Puas dah jalan² di tengah bandar Berastagi... kami pun pulang ke hotel... dan malamnya seperti biasa lepas maghrib jam 8.00 malam waktu untuk makan malam di coffee house hotel...
Inilah makan malam kami pada malam tu... ada ayam lada hitam hot plate... ikan masak taucu... sup sayur... sayur goreng dan sayur lemak... ermm.. ayam lada hitam tu sedap.. yang lain² tu ok..ok..jerr...
Itu jer laa sepanjang hari ke 2 kami di Medan... n3 seterusnya idah hari ke 3 pulak ye.. :D huhu...
Disepanjang perjalanan... kami menikmati pemandangan yang sukar dilihat dinegara kita nie... hijau saujana mata memandang... :D ... pelbagai tanaman ditanam sehingga ke depan pintu rumah.... ini pokok pisang kaki...
Inilah dia Air Terjun Sipiso-piso... air terjun nie adalah diantara yang tertinggi di indonesia dengan ketinggian 120 meter... air terjun ini terhasil dari sungai dibawah tanah yang mengalir dari sebuah gua... pendek cerita air nie keluar dari dalam batu laa.. camtu.. :D Subhanallah.. indahnya ciptaan tuhan kan...
Ada jalan bertangga yang disediakan untuk turun ke bawah.. boleh lihat pemandangan dari bawah air terjun sipiso-piso... tapi tinggi oiiii... sapa yang larat boleh la turun dan naik semula dengan jayanya.. huhuhu... akak?? hehehe.. dari atas je cukup laaa.. :D
Tu hari aksi Kuch-kuch hota hai... haa yang nie aksi apa plak ek..? ermm.. ooo.. aksi ultraman mengecas kuasa kot.. wakakakaka...
Di kawasan air terjun nie ada juga kedai² yang menjual barangan cenderamata, pakaian, shawl, dan macam² lagi laa...
Haa.. unik tak nie? kalau kat negara kita mungkin unik laa.. tapi kalau kat sana.. itu biasaa... :D
Selesai kami menikmati permandangan cantek di Air Terjun Sipiso-piso... kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Brastagi...
Brastagi adalah tempat yang wajib pagi pelancong yang datang ke Sumatera Utara nie... cuacanya sejuk... dan pemandangannya cantik... kiranya Brastagi nie lebih kurang macam Cameron Highlands laa... :D di Brastagi nie ada banyak masjid... tak macam kat Pulau Samosir...
Sesampai di Brastagi... mulanya ucuk nak bawa kami ke Pasar Buah.. tapi memandangkan petang tu hujan rintik² so dia terus bawa kami ke hotel dulu... dan perancangannya esok pagi baru dia bawa kami ke Pasar Buah...
Hotel kami pada hari itu ialah Danau Toba International Cottage... hotel nie hotel lama... tapi boleh la.. selesa.. bilik kami betul² mengadap ke reception area... nak makan pun dekat jer dengan coffee house... bilik kami no 1502.. :D
Interior bilik kami... hotel disini tak ada aircond yerr... udara sejuknya adalah semulajadi.. :D biliknya selesa.. besar... ada ruang tamu dibahagian depan.. dan dibahagian belakang juga ada disediakan kerusi untuk berehat sambil menikmati pemandangan dua gunung berapi...
Pemandangan dari pintu belakang bilik kami... Gunung Sibayak... berkabuss.. :D
Disinilah tempat kami makan malam dan breakfast... yang tak sedapnya... kat tepi tu ada bar.. :(
Lepas kami check-in tu... kitorang berehat sekejap... dan tengok jam masih awal petang lagi... hujan yang rintik² tadi pun dah berhenti... :D pastu kami sambung jalan lagi.. this time kami jalan sendiri.. tak gunakan khidmat ucuk... ok yang jalan nie idah sambung kat n3 seterusnya ye... :D
Disepanjang perjalanan... di kiri kanan banyak kami dapat lihat tanaman seperti kobis, jagung, tomato dan macam² lagi sayuran... sejuk jer mata memandang...
Anak bujang idah layan radio channel indon.. hehehe..
Selamat Datang Ke Taman Wisata Rumah Bolon... Bolon bermaksud besar... Rumah Bolon bermaksud rumah pembesar/raja... Purba pula bukan la bermaksud zaman purbakala... tapi Purba adalah nama salah satu dari marga atau suku bagi kaum batak...
Dahulu kala inilah satu²nya jalan untuk masuk dan keluar ke kawasan Rumah Bolon... ini adalah untuk menyusahkan musuh untuk memasuki kawasan diraja... lorongnya gelap... tapi sekarang dah ada jalan alternatif dibuat...
Kawasan nie adalah umpama komplek kerajaan... ini adalah rumah para panglima...
Yang nie pula adalah tempat untuk para gadis dari pelusuk kampung menumbuk padi... raja akan melihat gadis² tu.. dan kalau dia berkenan.. dia akan memperisterikannya... :D
Di dalam kawasan Wisata Rumah Bolon nie... binaan ini adalah yang paling besar.. ianya adalah merupakan istana / rumah Raja Purba... yang menarik tentang rumah nie ialah ianya dibina terdiri dari bongkahan kayu² yang besar.. dan juga ianya tidak menggunakan sebarang paku...
Ini dalam rumah bolon / istana raja purba...
Kami difahamkan yang Raja Purba yang terakhir meninggal pada tahun 2005...
Pintu untuk masuk ke kawasan bilik para isteri Raja Purba... kecik jer pintunya..
Ini kawasan bilik para isteri Raja Purba... setiap isteri ada dapur, tempat menyimpan makanan dan tempat tidurnya sendiri... setiap dapur adalah mewakili berapa banyak bilangan isteri-isteri Raja Purba nie.. :D kami difahamkan yang raja nie mempunya 12 orang isteri... kalau nak tau lebih terperinci tentang kisah Raja Purba nie kena la datang ke sini... ahaks...
Nak turun atau naik rumah bolon nie payah juga sebab tangganya tinggi dan curam... dah la pintunya kecik... nasib ada kayu pemegang tu... :D
Didalam kawasan nie ada pelbagai binaan lain lagi.. antaranya ada rumah untuk puteri²nya... ada balai adat... ada rumah pengawal... ada rumah tetamu dan lain-lain... dan yang nie adalah tugu peringatan bagi salah seorang dari Raja Purba...
Yang nie adalah kawasan makam sebahagian dari Raja Purba dan kerabatnya...
Haha... nak keluar dah :D...
Dipertengahan lorong keluar tu ada binaan kecil patung salah seorang dari Raja Purba nie... lorong tu gelap gelita ... so tak nampak patung tu... dah ambik gambar baru boleh nampak rupa patung tu kat kamera... :D
Di kawasan Rumah Bolon nie yang paling menarik perhatian idah ialah tulisan yang ada pada binaan nie... :D
"Demi Rakyat Dan Untuk Rakyat"...
© Dunia Sementara Acikidah 2015 . Powered by Blogger . Blogger Templates |Distributed By Blogger Templates20 . Crictime