19 Ogos, 2013

Chocolate Chip Lepas Raya..

Tiada ulasan

Assalam & Selamat Petang..!


Bz nyer hari nie.. petang baru dapat nak nyembang.. hik3x..




Banyak criter nak dikongsi nie.. membuak-buak rasanya nak menulis.. hehehe..
tak pe.. tak sempat hari nie esok masih ada kan...!



Jumaat lepas, sebelum balik keje dah call si kakak suruh keluarkan butter dan telur dari fridge..
Perasaan nak buat choc cip membuak-buak.. kena lak stock kuih raya dah semakin menyusut.. hehehe..



So malam tu buat la Chocolate Chip second batch..:D .. Buat sengsorang jer tauu.. maid sibuk tengok tv.. :(Ermmm.. anak-anak dan maid kata yang 2nd batch nie lagi sedap dari yg 1st batch..

Mungkin sebab yang 2nd batch nie Idah tak kurangkan sukatan gula dia kot.. so manis lebih skit la dari yg sebelum tu..
Idah & husband tak suka biskut manis-manis sangat..



Seperti yang dijanjikan nie gambar-gambarnya.. Rupa tak cantek sangat tapi rasa dia sedap tauuu! :-D



Chocolate Chip

Chocolate Chip

Resepi nya boleh lihat disini..

16 Ogos, 2013

Main Masak-Masak @ DBKL

8 ulasan

Assalam & Selamat Pagiii...

Cantek cuaca pagi jumaat nie.. sejukkk je..! Semuga apa saja yang kita lakukan hari ini mendapat keberkatan dariNYA.. :D


Hehehe... main masak-masak yee..! Seronok kan dah tua-tua nie dapat main masak-masak.. teringat zaman kecik-kecik dulu.. apa saja pokok yang ada dilaman semuanya jadi bahan/rencah masakan.. abis pokok bunga mak jadi mangsa.. hik3x..



Actually.. gambar nie adalah masa team kami buat pot-luck sempena menyambut kedatangan Ramadhan yang lalu. Macam-macam makanan yang ada semua dah siap masak dari rumahhh.. hehehe.. yang nie eksyen jerr.. panaskan kuah dalca tu dan tambah rencah sayur jer.. :D



Peacee yoo!!.. :D nie Kak Ieta.. geng main masak-masak hehe.. Cabaran nak main masak-masak nie ialah nak mencari lokasi.. hik3x.. almaklum laa nie dalam bangunan.. smoke detecter bersepah-sepah.. puas gak kami mencari lokasi yang sesuai.. Akhirnya dengan bantuan, kebenaran dan pengawasan brader-brader musician orchestra DBKL dapat gak la kami lokasi yang sesuai.. fuhh.. rezeki :-D




Main Masak-Masak @ DBKL

Kak Dini.. nie tokey empunya Kuah Dalca tu.. hik3x.. yang lain tu dok menempel & tukang sibuk jerr..! 



Main Masak-Masak @ DBKL

Hik3x.. muka terkejut.. :D  Errmm.. lenkali nak ambik gambau.. kasi la hint dulu.. so bleh la posing siap..! Aperrr???... akak?? ooo.. time nie akak bawak Kuah Kacang jerr...! :) .. Errmm.. licinnn...!


Posts ini akan bersambung di next episode... hik3x.. Pot-Luck Raya  plak.. tungguu..!! 


Sekian. Wassalam.


15 Ogos, 2013

Please Pray For Egypt..!

Tiada ulasan

As Salam..

Dalam kita disini keriangan menyambut syawal...

Disana mereka bermandikan darah.. mayat bergelimpangan.. anak-anak kecil tidak berdosa tidak terkecuali..

Akibat pemerintah haram yang gila kuasa.. membunuh, membakar dan menyiksa rakyatnya sendiri..

Tak sanggup melihat saudara-saudara kita disiksa sebegitu rupa..

Marilah kita mengambil sedikit waktu untuk mendoakan mereka.
Semuga ALLAH TAALA memberi kekuatan, ketabahan hati dan keamanan semula di bumi Mesir.

Bismillah...
" Ya Allah! Ya Qahhar ! Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami Dr Morsi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat.

Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.

Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.

Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuhMu.

Ya Allah! tepatkanlah bidikan Senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.

Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.

Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.

Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang terzhalimi di Mesir dan semua tempat.

Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.

Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan Zionis Israel+ Syiah dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka.

Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.

Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.

Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.

Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka Ya Allah!

Kasihanilah saudara-saudara kami Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami...

Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin.. "


Pray For Egypt


14 Ogos, 2013

Chocolate Chips Rating Tertinggi..!

Tiada ulasan

As Salam & Hai semuaaa..!



Chocolate Chips Rating Tertinggi..!



Raya ni Idah sempat buat 6 jenis biskut raya je iaitu Tart Jem Strawberry, Biskut Cornflakes, Popiah Simpul, Cornflakes Chocolate, Chocolate chip & Semperit Susu.. Dan nampaknya biskut yang mendapat sambutan tertinggi tahun ini adalah Chocolate Chips.. :D Kehulu hilir balang tu dibawa.. Isi jer.. licinn...hik3x.. Kebanyakan yang makan akan bertanyakan resepinya. :D



Actually.. resepinya Idah ambik dari blog jer.. repair skit.. dan.. ermm.. meme sedapp laa.. kalah Famous Amos :D. Resepi biskut Chocolate chips sedap ni Idah ambik dari blog Hanida Moss.



Ok salin yerr..


Bahan-bahan :

2½  cawan tepung gandum
2 cawan gula perang
250gm Butter
½ cawan serbuk koko
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 cawan chocolate chips


Cara-cara : 

  1. Ayakkan tepung gandum & serbuk koko. Masukkan dalam 1 bekas bersama baking powder, soda bikarbonat dan gaul rata. Letak tepi.
  2. Pukul butter & gula perang sampai kembang.
  3. Masukkan telur & esen vanilla. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
  4. Masukkan campuran tepung & koko tadi sedikit demi sedikit hingga habis.
  5. Masukkan chocolate chips dan gaul hingga rata. (Idah tambahkan badam cincang yang disangai)
  6. Adunannya lembik sedikit. Simpan/rehatkan doh didalam peti ais sekejap sebelum dibakar.
  7. Bakar dalam suhu 170°C  selama 11 @ 12 minit. (Jangan lupa pre-heat oven terlebih dahulu ye dan suhu adalah bergantung kepada berapa banyak doh yg diletakkan.. dan saiz biskut yg akan dihasilkan macam Idah prefer kecik-kecik.. skali ngap jer.. :D)

Selamat mencubaa ye..! Insyaallah jadi tu.. :D Kalau buat-buat tak jadi jugak.. ala.. order jer la kat akak nie.. ahaks...!


p/s : Gambar akan diupload kemudian.. nak buat second batch nie Insyaallahh.. :D

p/s : Gambar boleh dilihat disini.. (dah buat 2nd batch) :D