20 September, 2013

Pencarian Berakhir..

3 ulasan

Salam ceria dipagi jumaat.. :D



Huhuhu.. tajuk cam bagus je kan.. hehe.. pencarian apa yang berakhirnya??.. hmm.. pencarian pembantu rumah baruu.. :D 



Makcik Epah (pembantu sekarang) nak balik.. sebabnyaaa... dia dah banyak duittt.. hehehe.. tak laa.. actually dia nak balik since puasa tu hari lagi.. nak balik sebab ayah dia sakit dan ada masalah skit dengan anak dia.. hampir 3 tahun dah dia keje dengan Idah..




Idah mintak tolong dia stay sehingga dapat pembantu baru.. dia pun ok.. sanggup tunggu walaupun kadang² tu potpet jugak.. :D


Insyaallah.. jika urusan imigresen selesai cepat.. minggu depan kot Makcik Epah balik ke Medan..


3 bulan dah dok mencari-cari pembantu ganti nie.. tu hari ada la sorang tu.. Idah suruh dia try sehari dua dulu.. kalau ok.. boleh teruskan.. al-maklum laa.. akak ni anaknya ramai.. huhu.. ermm.. sehari je tahan.. pastu esok malamnya kata takmo keje laa.. 'RINDU' .... aduhhh... datang Malaysia mau kerja atau mau mencari cowok.. aduhh.. gawat nie..


Yang baru nie pun Idah buat yang sama juga.. trial  2 hari.. alhamdulillah.. dia nak keje dan anak² Idah pun nampak sesuai dan manja je dengan dia.. yang penting anak².. yang lain tu boleh kautim laa..


Harap-harap panas lah hingga ke petang.. :D


19 September, 2013

Perarakan Raksasa ATM @ Dataran Merdeka

Tiada ulasan


Assalamualaikum..



Perarakan Raksasa ATM @ Dataran Merdeka



Sempena Hari Angkatan Tentera Ke-80, pihak ATM menjemput semua rakyat Malaysia untuk sama-sama meraikannya.. macam-macam adaa.. :D




Idah dah tengok rehearsal sikit pagi tadi.. hmm.. best woo.. kepada yang minat dengan apa saja yang berkaitan dengan ketenteraan ni boleh la pergi ye.. datang ramai-ramai.. dengarnya perarakan kali ni adalah antara yang terbesar pernah diadakan (melibatkan 8000 anggota)..


Perarakan : 21 September 2013 (8.00am-10.30am)


Pameran : 21 September 2013 (10.00am-10.00pm)

                 22 September 2013 (10.00am-5.00pm)

Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur




Kepada yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai ATM, pendaftaran sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD juga dibuka pada hari tersebut..


Perarakan akan bermula jam 8.00 pagi so jangan lewat ye.. kalau boleh gunakan pengangkutan awam.. :D



Perarakan Raksasa ATM @ Dataran Merdeka


Teringat tahun dulu kami sekeluarga pegi.. kepala Nabihan benjol besar macam telorr.. sebabnya.. dia langgar senapang sorang brader askar tu.. hehe..


**kat pusat bandar KL nie dah macam darurat.. banyak askar dan kenderaan tentera lalu lalang.. :)


18 September, 2013

Promosi Airasia 1 Million Free Seat

7 ulasan


Assalamualaikum..



Promosi Airasia 1 Million Free Seat



Promosi Airasia datang lagi.. 1 million free seat.. destinasi dalam dan luar negara.. siapa bertuah dan rajin cari boleh jumpa tambang percuma.. kalau dalam negara serendah RM26/sehala je.. luar negara pun banyak tempat yang murah-murah.. 


1 Million Free Seats
Booking Period : 17 September 2013 - 22 September 2013
Travel Period : 7 January 2014 - 5 August 2014



Kepada sahabat sekelian yang dalam perancangan untuk jalan-jalan tahun depan.. boleh intai-intai Airasia bermula semalam hingga ahad nie.. cepat-cepat.. nanti tinggal serdak je.. hehehe..


Selamat merancang percutian.. :D


17 September, 2013

Layan anak-anak berendam..

3 ulasan


Assalamualaikum.. 



    Semalam.. awal-awal pagi kazen budak-budak nie dah call ajak Atikah dan Nuqman pegi swimming.. kat pool awam Kompleks Renang, Bandar Tun Razak tu.. hmm.. Idah okay aje.. lagipun hari ni takde plan apa pun.. 



Pukul 4pm jer Idah dah suruh Atikah & Nuqman siapkan swimming gear dorang masing2.. hmm.. dah besarkan so boleh uruskan barang2 sendiri je..


Pool buka jam 6.00pm, so keluar dari rumah jam 5.00pm pastu singgah rumah mak dulu kat Bandar Tun Razak.. mak buat kuih abuk-abuk.. ermm.. chedap nyerr.. bertahun rasanya tak makan kuih ni.. 


Lepas makan-makan.. Idah, Atikah dan Nuqman gerak ke kolam renang.. rumah mak dengan kolam tu dekat je.. yang lain tinggal rumah mak.. En.Babah pun tak pegi.. kaki dia yang kena gout tu masih sakit lagi.. 


Sesampai kat kompleks.. tengok orang beratur kat kaunter bayaran.. panjang nyerr.. kalau time cuti kat kolam nie memang memanjang ramai orang.. kompleks renang nie dia buka 2 sesi je setiap hari.. sesi petang & sesi malam.. sebab waktu lain ada swimming class.. hujung minggu je dia jadi 3 sesi.. ada sesi pagi..   


Tempat : Kompleks Renang Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.
              (Berdekatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM))
Waktu : Sesi Petang (2pm - 5pm), Sesi Malam (6pm - 9pm)
Bayaran : Weekdays (Dewasa - RM2, Kanak-kanak - RM1),
                Weekends (Dewasa - RM3, Kanak-kanak - RM1)



Masa gambar-gambar nie diambil, kazen dorang tak sampai lagi.. dapat snap sikit je gambar.. pastu bateri kamera pun kiok.. tu sebab takde gambar dorang.. huhu.. sebelum dorang masuk air.. dah warn siap-siap sejam je.. pukul 7pm naik.. :D



Berenang di Kompleks Renang Bandar Tun Razak
Nuqman aka si Jaws sedang bersiap sedia.. kami sekeluarga gelar dia Jaws sebab dulu dia ada 2 batang gigi tajam kat depan.. pastu Nuqman ni kalau dalam air.. dia lajuu... aktif.. tapi ce kat darat.. ermm.. lemauu jerr..


Berenang di Kompleks Renang Bandar Tun Razak
Baju renang dah siap pakai kat dalam dari rumah.. so kat situ tinggal tanggalkan baju luar je.. so tak perlu ke tandas bagai kan..



Swimming@Kompleks Renang Bandar Tun Razak
Lama sungguh dorang tak berenang.. bukan ape.. ibunya malas nak bawak hehehe..


Backstroke
Backstroke.. together.. gather..


Kids Enjoy Swimming
Syok plak tengok dorang berendam.. :D


Acikidah@Kompleks Renang Bandar Tun Razak
Huhu.. anak-anak berendam.. mak nye berposing.. bukan ape.. mengisi masa lapang.. hehehe..


Tengok budak-budak tu mandi.. ermm.. best nyerr.. rasa cam nak terjun sama je.. tapii.. ermm.. kat sini Idah pernah mandi sekali je dulu.. tak suka la.. terlalu ramai orang.. tangan dah la panjang.. sekali kuak kena orang kiri.. dua kali kuak kena orang kanan.. eee.. tak best langsung.. huhuhu.. dan lagi.. pool nie dalamm gilerr.. huhuhuhu...