03 September, 2014
Layan Mak Shopping
Assalamualaikum...

Sebelum mula acara BBQ Merdeka kami kelmarin... idah sempat Layan Mak Shopping... dia nak beli baju baru... nak ke Konvo cucunya dan juga banyak kenduri katanya... :)
Layankan ajer laa... idah malas nak ke Pusat Bandaraya KL sebab jalan banyak tutup sempena hari kemerdekaan kan... so idah bawa dia ke bandar Kajang saja... tujuan? Metro Kajang... :)

02 September, 2014
BBQ Merdeka Halaman Belakang
Assalamualaikum...
Hari ini dah mula kerja semulaa... setelah 3 hari cuti sempena Merdeka... mesti ramai yang pergi bercuti kan... samada bersama keluarga atau rakan² :)
Idah tak kemana² pun cuti panjang nie... al-maklum dak Kakak Atikah nak exam lagi beberapa hari jer lagi... jadi dia pun tak nak kemana²... banyak kerja sekolah katanya... jadi untuk mengisi masa terluang yang ada bersama anak²... idah buat BBQ Merdeka Halaman Belakang... hehehe...
Sebenarnya... tak plan pun... ahad tu dah pukul 11 pun masing² dok mengadap tv jer... tengok Perbarisan Hari Kebangsaan... bosan juga kan... tiba² idah dapat idea nak buat BBQ nie... dan tanya en.suami... huhuhu... dia kata Okayy!!... :D terus dia bangun dan pergi Jusco cari bahan² yang diperlukan... (y)
Langgan:
Catatan
(
Atom
)