13 Ogos, 2014

Dijemput Kembali Yang Maha Esa

23 ulasan
Assalamualaikum...


Dijemput Kembali Yang Maha Esa

Pada awal tahun ini idah dan rakan² ada melawat dan memberikan sedikit bantuan kepada sebuah keluarga yang isterinya mengalami pelbagai penyakit termasuk strok... yang berbaju kuning itu adalah suaminya En. Mustapa... anak²nya ramai juga dan semuanya masih bersekolah termasuk seorang yang sedang belajar di luar negara...




12 Ogos, 2014

Rumah Terbuka Aidilfitri Acikidah

15 ulasan
Assalamualaikum...



Rumah Terbuka Aidilfitri merupakan suatu konsep dimana tuan rumah akan memanggil dan menjemput tetamu untuk hadir ke rumah mereka dan sedikit juadah raya akan disediakan... rumah terbuka ini amat popular terutama kepada komuniti di bandar²... memandangkan ramai yang suami isteri bekerja jadi untuk memudahkan kaum keluarga dan sahabat handai mengunjungi... maka konsep ini sangat praktikal... tidak ketinggalan acikidah juga telah mengadakannya pada sabtu lepas... :)



Hanya kaum keluarga, sahabat handai dan jiran yang terdekat saja idah jemput... memandangkan kawan² idah dan en.suami yang ramai... kalau nak jemput semua rasa²nya perlu la idah pasang khemah macam orang kenduri kahwin tu... hehehe... jadi kepada rakan² yang tidak dijemput pada sabtu lalu tu jangan kecil hati yer... boleh jer uols serang rumah akak... tapi kena buat appointment dulu sebab takut tuan rumah tiada dirumah pula... dan kalau tak jawabnya makan biskut kering jer laaa... :D





Rumah Terbuka Aidilfitri Acikidah

11 Ogos, 2014

Menu Rumah Terbuka Acikidah

23 ulasan
Assalamualaikum...


Alhamdulillah... dah selesai dah majlis kecil rumah terbuka acikidah pada sabtu lalu... entry pertama hari ini nak cerita pasal Menu Rumah Terbuka Acikidah dulu laa... :)




Kesemua menu pada hari itu adalah dimasak sendiri oleh idah dan pembantu² idah yang 2 orang itu... :) alaa menu simple² jerr...!



Menu Rumah Terbuka Acikidah

Sajian utamanya adalah Soto Ayam... dimakan bersama begedil, telur rebus, bawang goreng, suun dan juga ayam yang dicarik...





08 Ogos, 2014

Pembantu Rumah Ku Selamat Mendarat

20 ulasan

Pembantu Rumah Ku Selamat Mendarat
Sumber : www.vectors4all.net



Alhamdulillah... pembantu rumah ku dah selamat mendarat di Malaysia ini tengahari tadi... :D hooraayyy!!!




Pembantu rumah yang datang nie adalah merupakan pembantu lama idah... sebelum ini dia pernah bekerja dengan idah selama 3 tahun ... dan pulang selepas raya tahun lepas atas beberapa perkara... dari Medan, Indonesia... selama 3 tahun dia bekerja dengan idah memang idah puas hati... bukan la perfect sangat... tapi stakat sikit² tu kita boleh jer tolak ansur kan...