14 Ogos, 2014

Selamat Tinggal Opah

14 ulasan
Assalamualaikum...


Selamat Tinggal Opah... kelmarin adalah merupakan malam terakhir Opah berkhidmat untuk idah sekeluarga setelah lebih 9 bulan...



Opah adalah merupakan pembantu rumah idah... anak² memanggilnya Opah memandangkan umurnya yang sudah lebih 50 tahun... orangnya lemah lembut dan berasal dari Medan, Indonesia... sebelum ini dia tinggal dengan anak buahnya yang telah berkahwin dengan seorang lelaki warganegara... 




Kenangan anak-anak bersama Opah

Selama dia bekerja dengan idah... memang banyak kenangan pahit manis... memandangkan umurnya yang telah lanjut... jadi idah lebih menghormatinya sebagai orang yang paling tua dalam rumah kami... segala kekurangannya idah terima... yang penting adalah anak²... asalkan anak² selesa... idah okay...! yang paling rapat dengan opah adalah Nuqman (ke-2) dan Ayesha (ke-5)...


13 Ogos, 2014

Dijemput Kembali Yang Maha Esa

23 ulasan
Assalamualaikum...


Dijemput Kembali Yang Maha Esa

Pada awal tahun ini idah dan rakan² ada melawat dan memberikan sedikit bantuan kepada sebuah keluarga yang isterinya mengalami pelbagai penyakit termasuk strok... yang berbaju kuning itu adalah suaminya En. Mustapa... anak²nya ramai juga dan semuanya masih bersekolah termasuk seorang yang sedang belajar di luar negara...




12 Ogos, 2014

Rumah Terbuka Aidilfitri Acikidah

15 ulasan
Assalamualaikum...



Rumah Terbuka Aidilfitri merupakan suatu konsep dimana tuan rumah akan memanggil dan menjemput tetamu untuk hadir ke rumah mereka dan sedikit juadah raya akan disediakan... rumah terbuka ini amat popular terutama kepada komuniti di bandar²... memandangkan ramai yang suami isteri bekerja jadi untuk memudahkan kaum keluarga dan sahabat handai mengunjungi... maka konsep ini sangat praktikal... tidak ketinggalan acikidah juga telah mengadakannya pada sabtu lepas... :)



Hanya kaum keluarga, sahabat handai dan jiran yang terdekat saja idah jemput... memandangkan kawan² idah dan en.suami yang ramai... kalau nak jemput semua rasa²nya perlu la idah pasang khemah macam orang kenduri kahwin tu... hehehe... jadi kepada rakan² yang tidak dijemput pada sabtu lalu tu jangan kecil hati yer... boleh jer uols serang rumah akak... tapi kena buat appointment dulu sebab takut tuan rumah tiada dirumah pula... dan kalau tak jawabnya makan biskut kering jer laaa... :D





Rumah Terbuka Aidilfitri Acikidah

11 Ogos, 2014

Menu Rumah Terbuka Acikidah

23 ulasan
Assalamualaikum...


Alhamdulillah... dah selesai dah majlis kecil rumah terbuka acikidah pada sabtu lalu... entry pertama hari ini nak cerita pasal Menu Rumah Terbuka Acikidah dulu laa... :)




Kesemua menu pada hari itu adalah dimasak sendiri oleh idah dan pembantu² idah yang 2 orang itu... :) alaa menu simple² jerr...!



Menu Rumah Terbuka Acikidah

Sajian utamanya adalah Soto Ayam... dimakan bersama begedil, telur rebus, bawang goreng, suun dan juga ayam yang dicarik...