Kelmarin idah dah upload gambar² berkisar tentang sambutan Himpunan Bantah GST 501... dan entry ini pula idah nak upload sebahagian gambar² berkisar tentang luahan hati rakyat Malaysia di Himpunan tersebut... meh kita tengok... macam² adaa... hehehe...
Semalam 01 Mei Pusat Bandar Kuala Lumpur dibanjiri oleh lebih dari 80,000 rakyat pelbagai kaum yang berhimpun membantah pelaksanaan GST di Malaysia... peserta² berkumpul dari beberapa tempat seperti KLCC, Puduraya, Masjid Negara, SOGO dan lain² kemudian kesemuanya berjalan kaki dan berhimpun di Dataran Merdeka...
Himpunan ini diadakan bagi menunjukkan kepada kerajaan dan pemimpin² di Malaysia ini betapa rakyat bawahan ini tertekan dengan pelaksanaan GST ini... semoga kerajaan Malaysia dapat mempertimbangkannya semula... mungkin belum sampai masanya lagi Malaysia menerima GST... pelaksanaan gaji minima bagi semua sektor mungkin perlu dilaksanakan terlebih dahulu...
Bagi Penerima Bantuan Fakir Miskin Siri ke-3 ini... 5 lagi penerima sumbangan ingin idah paparkan... jika kita merasa yang kehidupan kita ini susah... lihat lah masih ada yang lebih susah dari kita... melihat kebawah membuatkan kita menjadi insan yang lebih bersyukur...
Penerima 11
Pn. Norasmah 41, merupakan seorang ibu tunggal yang menyara 7 orang anak yang mana hampir keseluruhannya bersekolah... menyara kehidupan dengan membawa teksi yang disewa disamping bantuan Baitulmal sebanyak RM300 sebulan... rumah flat yang diduduki adalah berstatus sewa dengan pihak DBKL...