24 Januari, 2014

1st Mini Giveaway By Ainim Rashihah

19 ulasan

" Buat pertama kalinya, blog ini menganjurkan giveaway sempena menghargai para pengikut dan juga pembaca blog Ainim Rashihah. Sebagai salah satu usaha untuk menghargai sokongan kalian semua, Ainim nak adakan giveaway pertama blog ini.


1st Mini Giveaway By Ainim Rashihah

Renungan Jumaat #7 : Bersedekah.

15 ulasan
...السلام عليكم


Salam jumaat rakan sekelian.... semoga segala apa yang kita lakukan pada hari ini akan lebih baik dari semalam.... dan selamat berhujung minggu... :)



Renungan Jumaat #7 : Bersedekah.



23 Januari, 2014

Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar : Day 2 ~ Dapur Tanpa Dinding.

22 ulasan
...السلام عليكم


18 January 2014.


Hari kedua kami di Pagoh... selesai solat subuh berjemaah bersama rakan²... dan minum pagi ringkas sandwich sardin dan air kopi yang kami masak sendiri... rakan² lelaki Rafizal, Eical dan hubby memeriksa dan memuatkan barangan yang perlu dibawa ke dalam kereta...




Niat kami hari ini adalah untuk menjejak keluarga kurang bernasib baik Encik Ghani @ Yani di Muar dengan hanya berbekalkan nama kampung sahaja tanpa alamat lengkap yang kami perolehi dari artikel di Sinar Harian... agak mencabar juga... tapi kami saling meyakini antara satu dengan lain... insyaallah Allah akan bantu kita...


22 Januari, 2014

Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar ~ Day 1

22 ulasan
...السلام عليكم



Kita sering merungut makanan tidak enak... penghawa dingin yang tidak cukup sejuk... rumah yang sempit... kos sara hidup yang tinggi dan banyak lagi rungutan demi rungutan... tapi... tanpa kita sedari di kala kita sedang menikmati segala kesenangan dan kemewahan hidup ini... masih ada diluar sana yang kehidupan mereka umpama kais pagi makan pagi... kais petang makan petang... setiap saat memikirkan bagaimana untuk menghadapi hari esok...



Pada December 2013 yang lalu, di dalam akhbar sinar harian... idah telah terbaca kisah kehidupan sebuah keluarga yang kurang bernasib baik di Muar, Johor... sungguh daif kehidupan mereka... umpama sudah jatuh ditimpa tangga... suaminya yang merupakan tonggak utama keluarga jatuh sakit pula...




Mengenangkan kisah kesusahan mereka ini... idah dan rakan² Team Insan Prihatin (TIP) terpanggil untuk menjejak keluarga malang ini untuk melihat sendiri akan kehidupan sebenar mereka ini sekaligus menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban dan menggembirakan sedikit hati mereka...


 https://www.sinarharian.com.my/dapur-rumah-tanpa-dinding-1.232767