06 November, 2013

5 Hari Menghilang.

9 ulasan

Assalamualaikum...



5 Hari Menghilang.



Apa khabar uols? lama Idah menghilang ek... lama ke? 5 hari jer.. :D tapi rasa cam 5 bulan dah... rindu kat anak-anak... kat rumah.. kat katil.. dan tak luper juger blog Idah nie dan juga pengunjung setianya... :D




Actually Idah baru balik dari bercuti... baru sampai KL malam tadi... tapi hari nie dah kena start keje dah.. penat pun tak hilang lagi nie... uhuk uhuk uhuk... 



Okay la.. Idah nak kena selesaikan kerja² yang bertimbun kat ofis nie dulu... pastu Idah datang melawat blog korang ye.. dah rindu nak merendek kat blog korang.. hehehe.. oh yer.. lupa lak nak bagitau Idah bercuti dimana yer.. hik3x.. ala.. dekat jer.. 45 minit jer naik pesawat.. Idah bercuti ke Medan, Indonesia.. 5 hari 4 malam.. nanti Idah story yer.. :D




Dikesempatan ini juga Idah nak mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijriah kepada semua rakan-rakan blogger, sahabat handai dan tak lupa juga pengunjung setia blog ini... semuga tahun ini kita semua lebih sukses dalam apa jua yang kita lakukan dan juga senantiasa di dalam rahmatNYA.. :D


31 Oktober, 2013

Good Bye Hasan.

11 ulasan

Assalamualaikum...


Lunch hour semalam Idah kena pegi shopping.. hehe.. kenaaa okay.. :D .. alaa.. bukan untuk diri sendiri.. tapi shopping untuk mencari hadiah untuk officemate kami .. Hasanuddin.. yang nak meninggalkan kami.... :( uhuk3x..


Dia dah dapat kerja baru kat Kuala Terengganu... selama nie dia keluarga jarak jauh.. so skarang ni dah dapat keja kat KT tu kira seronok sangat la dia tu dapat bersama² dengan anak dan isteri.. tak perlu berjauhan lagi..


Sebagai untuk menghargai jasa dia dan juga sebagai kenang-kenangan.. kami berkongsi duit untuk beli hadiah dan juga buat jamuan kecil-kecilan untuknya.. beli hadiah tu bukan la bermakna kami suka pula dia berhenti kerja tu kan.. tapi hanya sebagai tanda kenang-kenangan dari sahabat buat sahabat.. :D


Oleh itu.. akak ditugaskan untuk shopping hadiah tu la.. hehe.. bab shopping nie memang akak cergass jerr.. :D 


Necktie / Tali Leher

Mula-mula survey tali leher.. dah ada yang berkenan dah.. cantek tie tu.. kaler kelabu belang hitam.. tapi takde kotak pulak.. adushh fail betul la.. so jalan lagi.. cari punya cari... pastu ternampak set untuk lelaki nie.. :D



Set Untuk Lelaki Pelbagai Jenama

Ermm.. banyak pilihan.. yang murah ada.. yang mahal pun banyakk.. :D Oh yea.. nie soping nie kat SOGO la mana lagi kan.. SOGO tengah SALE skarang ye.. :D sempat iklan plak... hehe..



Shopping time


Okay.. belek punya belek.. cari punya cari... akhirnya jumpa juga apa yang dicari.. bersesuaian dengan pemiliknya dan juga budget yang diperuntukkan.. :D


Sales Girl membalut hadiah
Sales Girl membalut hadiah


Dah jumpa tue.. tapi plastik pembalut tu koyak sikit plak.. so suruh adik tu balut semula.. ralit tengok adik nie balut hadiah tu... lemah lembut jer dan dengan penuh kesabaran adik tu membalut.. :D

Set Untuk Lelaki Jenama Swiss Polo

So inilah hadiah yang dibelikan... ada wallet, tali pinggang, tali leher dan klip duit (money clip) semua jenama Swiss Polo.. riben tu siap request nak kaler purple... hehe.. semuga Hasan suka.. :D



Hasanudin pada hari terakhir bekerja.
Gambar curik.. :D sorryyy!!..


Buat Hasanuddin, Kak Idah nak ucapkan terima kasih atas segala kerjasama dan tunjuk ajar yang pernah diberikan... disini juga Kak Idah nak mohon ampun dan maaf andai hati pernah terguris atas kekasaran bahasa dan keterlanjuran bicara samaada yang sengaja atau tidak sengaja selama kita bekerja bersama.. semuga kita masih dapat berhubung dan berjumpa lagi selepas pada hari ini... Good Luck and All d Best To You Hasan...!


30 Oktober, 2013

Penyanyi Mizz Nina Bertudung.

14 ulasan

Assalamualaikum..


Article Mizz Nina Berhijab
Sumber : Yahoo News


Sebak dan bersinar rasanya pagi ini bila mana terbaca berita di yahoo news berkisah tentang penyanyi Mizz Nina yang telah berhijab sekembalinya pulang dari mengerjakan ibadah haji baru-baru ini.


Alhamdulillah... hidayah ALLAH itu boleh diberikan pada sesiapa saja yang DIA suka dan bila-bila masa pun yang DIA kehendaki.


Oleh itu kita sebagai saudara seagama dengannya jalankan la tanggungjawab kita dengan memberikan dia semangat dan sokongan atas hijrah yang dilakukannya.. jangan la kita mengutuk, mencerca, mengata atau apa saja yang sewaktu dengannya kepada diri beliau.. berilah dia masa dan ruang untuk kehidupan barunya ini.


Semoga Hajah Mizz Nina dan suami memilih jalan yang diredhaiNYA.. dan istiqomah dengan hijrah kebaikan ini disamping senantiasa mendapat rahmat dariNYA.. Semoga kita semua juga diberikan HIDAYAHNYA dan RAHMATNYA.. Ameen..!

(。◕‿◕。)  


29 Oktober, 2013

Resepi : Kari Asam Ikan Bawal ala Chef Acikidah.

5 ulasan

Asssalamualaikum..


Hari nie boleh tahan bz nya... :) dah petang baru dapat nak buat entry... ermm tak pe laa... apa pun kerja hakiki kena didahulukan... :D


Okay.. petang ni nak share resepi Kari Asam Ikan Bawal my feverett.. ermm.. Idah suka sangat kari ikan nie.. tapi kalau mak yang masak kan.. ermm.. lagi ngancam.. hehe... kari ikan nie kalau makan cecah dengan roti pun sodappp..!! :D 



Biasanya kalau kita makan kari ada santan kan.. tapi kari nie dia tak pakai santan.. tapi dia gunakan air asam jawa.. Idah kalau masak kari ikan memang akan guna resepi nie.. tapi binatang selain dari ikan.. Idah akan gunakan santan.. :D.. jom kita tengok amacam kari ikan Idah nie..


Bahan-bahannya :
  • Ikan bawal dibelah 3 atau 4 ikut suka laa.. ikan tenggiri pun sedap.. ikan lain?... boleh ajerr..
  • Rempah kari ikan babas dalam  4 sudu makan.. agak² la.. campurkan sedikit air untuk menjadikan dia paste..
Paste rempah kari ikan
  • Sebiji tomato dibelah 4
  • Semangkuk air asam jawa
  • 4 ulas bawang kecil, 3 ulas bawang putih, seinci halia ditumbuk bersama..
  • sedikit daun kari (optional)
  • 1 batang kayu manis, 3 biji buah pelaga, bunga lawang & bunga cengkih (optional)



Cara-caranya :
  • Mula² panaskan sedikit minyak.. jangan banyak sangat.. kalau tak cukup boleh tambah kemudian..
  • Masukkan daun kari, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & cengkih
  • Masukkan bawang dan halia yang ditumbuk tadi.. tumis sampai dia kekuningan..
Tumis
  • Lepas tu masukkan paste rempah kari tadi... tumis sampai dia pecah minyak/garing.. pastikan dia betul² garing..
Rempah kari dah pecah minyak
Warnanya dah bertukar gelap dan kat tepinya ada minyak yang buih-buih tu.. maknanya dah garing la tue..


  • Masukkan air asam jawa.. kalau rasa masam sangat atau nak banyakkan kuah.. tambah air masak jer...


Kari dah menggelegak
  • Tunggu sampai kuah mendidih.. dah mendidih tu masukkan ikan.. jangan kacau banyak sangat.. sebab nanti ikan tu hancur..
  • Agak² ikan tu dah masak masukkan tomato.. kalau suka nak tambah bendi pun boleh.. terung pun boleh...
Kari dah menggelegak, masukkan tomato
  • Lepas masukkan tomato tu.. kecikkan api dia.. (pusing keatas untuk api yang paling kecil) proses ini yang membuatkan kari ikan tu sedapp.. dia mesra.. dan untuk menaikkan minyak kari ikan tu.. 
  • Tambah la garam & secubit gula (untuk gantikan ajinomoto) secukup rasa..
  • Cara nak tau minyak dia dah naik ialah nampak kat atas kuah tu kemerah²an minyak tu.. 
Kari dah pecah minyak
Kari nie dah pecah minyak.. tengok kat atas tu dah warna merahkan.. lagi banyak merah tu lagi sodapp!

  • Bila tengok minyak dia dah naik... tutup api.. taranggg... dah siappp!!.. :D boleh makann..!


Kari Asam Ikan Bawal ala Chef Acikidah
Errmm.. terliuq tak tengok nie.. :D


Kat rumah mak kalau dia masak kari ikan nie.. ermm.. mesti tak tolak punya.. dah kenyang pun mesti nak makan jugak.. sedappppp!!! uolss try ek... senang dan simple jer..! selamat mencuba.. :D