17 Oktober, 2013

Eid al-Adha 2013

7 ulasan

Eid Mubarak

Salam Aidiladha buat semua saudara seislam.
Semuga korban dan pengorbanan kita pada tahun ini diterima olehNYA.

✿◕ ‿ ◕✿


11 Oktober, 2013

Kita Bertanya, Quran Menjawab.

5 ulasan

Assalamualaikum dan salam jumaat..



Quran
Sumber : Google


Kita Selalu Bertanya dan Al-Quran Sudah Menjawabnya..



KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? 
QURAN MENJAWAB 
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (“I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” 
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3 



KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? 
QURAN MENJAWAB 
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” 
– Surah Al-Baqarah ayat 216 



KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? 
QURAN MENJAWAB 
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
– Surah Al-Baqarah ayat 286 



KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST? 
QURAN MENJAWAB 
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” 
– Surah Al-Imran ayat 139 



KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 
QURAN MENJAWAB 
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” 
- Surah Ali-Imran ayat 200



KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 
QURAN MENJAWAB 
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” 
– Surah Al-Baqarah ayat 45 



KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? 
QURAN MENJAWAB 
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…”
– Surah At-Taubah ayat 111 



KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 
QURAN MENJAWAB 
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.” 
– Surah At-Taubah ayat 129 



KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!! 
QURAN MENJAWAB 
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” 
– Surah Yusuf ayat 12



~Sabar And Solat~

Senyumlah ...
Senyuman Adalah Sedekah,
Senyum Adalah Sunnah,
Semoga Allah Sayang


Sumber : Facebook Shahrina Ahmad Sharkawi 

10 Oktober, 2013

JJCM ~ Muara Ikan Bakar @ Tanjung Harapan.

7 ulasan

Assalamualaikum..


Birthday Girl @ Muara Ikan Bakar, Esplanade


Sempena menyambut hari lahir Atikah yg ke 11, Idah & En.Babah kata tak payah la potong² kek.. sebab seminggu sebelum tu kan baru makan kek birthday Idah.. :D so kami decide makan seafood la.. pilih antara nak makan di Bagan Lalang atau di Port Klang.. dan akhirnya kami pilih Medan Muara Ikan Bakar @ Tanjung Harapan, Port Klang..


Medan Muara Ikan Bakar @ Tajung Harapan, Port Klang


Perjalanan dari rumah ke sana ambil masa hampir 2 jam juga.. al-maklum la.. lalu Federal Highway.. kalau tak jam bukan Federal Highway la namanya kan.. hihi.. dah lama kami tak pegi ke Tanjung Harapan nie.. atau orang tempatan panggil.. Esplanade.. berpusing² dua tiga kali la jugak.. sebab banyak construction dan jalan pun ingat² lupa jer.. :D


Sampai jer.. cari parking.. alhamdulillah parking pun tak jauh dari restoran tu.. kami cepat² cari tempat duduk dulu sebab takut penuh.. malam minggu kan.. kena lak time awal bulan nie.. Idah dah 3.. 4 kali dah makan kat sini.. tapi lama dah laa.. tapi rasanya macam tak seramai dulu² la.. tak se happening dulu.. ermm.. not sure why.. tapi bagus la untuk kami.. hehe.. selesa nak pilih binatang² untuk dimasak dan beratur pun tak lama.. waiter ambil order dan serve makanan pun cepat.. dulu² ada live band kat situ.. :D pada hari tu takde plak.. 


Makanan yang kami order @ Tanjung Harapan


Idah ambik ketam masak pedas, udang goreng tepung, ikan kerapu masak 3 rasa & tomyam ayam.. Idah tak ambik sotong.. sebab anak² kurang skit makan sotong.. En.Babah mula² nak ambik siakap.. tapi Idah kata asik siakap jer.. kat rumah pun masak siakap juga.. so kami tukar try kerapu.. ketam kena lebih sebab birthday girl feveret dia memang ketam.. :D 




Sempat En.Babah beli jajan kat depan restoran tu.. so budak² tu suka laa.. makan satay ikan dulu sementara menunggu makanan sampai...


Nur Adelia @ Muara Ikan Bakar
Anak dara nie makan nasi dengan tomyam ayam jer.. huhu.. nasi sampai ke pipi..


Ayesha & Atikah @ Tanjung Harapan
Happy nyer Ayesha..


Dah habis makan tu.. kami lepak kejap kat luar restoran tu.. tepi laut.. sambil tengok kapal² yang berlabuh dan melalui perairan tu.. angin kuat malam tu.. senget benget jadinya tudung akak.. hehe..


@ Esplanade


Bil kami makan malam tu :
  • Kerapu 3 Rasa (1 ekor)  - RM22.50
  • Udang Goreng Tepung (½ kg lebih) - RM46.75
  • Ketam Goreng Pedas (hampir 2 kg) - RM78.75
  • Tomyam Ayam - RM4.00
  • Nasi Putih (8) - RM12.00
  • Minuman - RM18.40
  • Tisu - RM2.70  (tisu pun kena bayarr.. adoiii)
  • GOVT-TAX 6% - RM10.80 
  • RM5.90 ada charge tak ingat aper dia.. dia tambah kemudian.. :D


JUMLAH : RM201.70


Review time.. :D keseluruhan makan kat situ kami puas hati.. kerapu 3 rasa dia sedap.. ikan dia garing.. teringat² rasa kerapu 3 rasa tu lagi.. ermm.. udang goreng tepung pun okay tak overcook.. ketam goreng pedas tu.. ermm.. sos dia rasanya boleh laa.. tapi sos tu tak mix dengan ketam tu.. macam dia siram jer.. sos tu tak kena kat isi ketam tu.. tomyam ayam pulak okay.. sama jer cam kat tempat lain.. harga reasonable... kecuali tisu tu laa.. :D


09 Oktober, 2013

Penguatkuasa Berbasikal.

6 ulasan

Assalamualaikum & selamat petang.. :)


Penguatkuasa berbasikal DBKL
Sumber : Harian Metro


Padi tadi masa nak datang kerja.. Idah ternampak ada majlis di dataran bersebelahan dengan bangunan Menara 1 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) .. ramai penguatkuasa yang menaiki basikal berbaris.. ada lelaki dan ada wanita.. rupa²nya ada Majlis Tamat Latihan Kursus Penguatkuasaan Berbasikal..



Dikhabarkan bermula sabtu ini penduduk lembah klang akan mula dapat melihat penguatkuasa DBKL yang menggunakan kenderaan basikal nie di lima taman rekreasi di sekitar ibu kota iaitu Taman Botani, Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Permaisuri, Taman Metropolitan Kepong dan Taman Metropolitan Batu.


Ermm.. satu lagi antara tarikan pelancong di negara kita kan.. dan selain dari tu ianya adalah langkah awal untuk menjadikan Kuala Lumpur Bandaraya Bebas Asap Kenderaan Bermotor.. harap² usaha murni ini berterusan.. :D