24 September, 2013

Follower #24

4 ulasan

Assalamualaikum..



Hehe.. Idah sangat teruja nie.. excited, seronok, happy, terharu.. dan macam² perasaan lagi laa.. hehe.. bercampur baur.. semuanya kerana follower #24 ... :D tak sangka otai blogger yang power sudi jadi follower kepada blog baru yang carca marba nie.. huhu..


Follower #24


Happy sangat² nie... :D nak story skit pasal blog follower #24 nie.. actually dah lama Idah stalk blog dia.. baca dari kejauhan jee.. huhu.. nak komen pun segan blog otai² nie..  Idah suka baca setiap entrynya.. ayatnya bersahaja.. gambar pun cantik².. boleh dikatakan blognya menjadi tempat rujukan Idah laa..


Waktu mula² Idah belajar apa itu blogging.. Idah rasa google yang menunjukkan Idah blognya.. mungkin blognya antara ranking tertinggi kot.. hmm.. memang pun.. setiap hari tidak kurang dari 300 orang yang melawat blognya.. :D huhu.. mimpi guling² laa Idah nak dapat camtu.. hehe..


Apa pun Idah nak ucapkan terima kasih sangat² kepada Sis Eynda yang cantik dari blog Eynda's Diary.. kerana sudi melawat blog Idah ni dan sudi pula menjadi follower di blog picisan ini.. huhu.. terharu nie.. semuga Sis Eynda gembira selalu dan terus sukses dalam apa jua yang dilakukan.. :) .. stay cun.. :D


** Tidur dalam senyum la malam nie.. :D


23 September, 2013

Mini Barbecue..

4 ulasan

Assalamualaikum..


Semalam, jam menunjukkan pukul 5.00 petang.. "Apa kita nak buat petang ni?" tanya Idah.. jalan-jalan pun tak tahu nak kemana dah.. tiba² EN.Babah kata "tadi kemas bawah katil tu.. ada barang² yang takmo pakai lagi dah jual kat kedai besi buruk dapat RM40.. apa kata kita buat barbecue nak?"



Hehe.. Idah okay je.. tapi syarat kena ada kambing :D .. En.Babah pun siap pastu terus pegi Jusco cari bahan² .. kambing dah siap marinate kat Jusco tu sedap dan harga dia pun reasonable.. 


Idah kat rumah buat rencah untuk perap ayam.. hmm.. senang je.. bawang besar blend dengan bawang putih.. taruk cili powder, oregano, lada hitam, garam, madu dan sos barbecue.. siappp! hehe.. perapnya kejap jee.. sebab nak buat pun bidan terjun je kan.. jadi laa.. dapat perap dalam 2 jam..


Lepas maghrib je.. En.Babah dah siap dapur dan bakar arang.. menu malam ini adalah Barbecue Ayam, Kambing dan sayur lobak merah dan terung.. yang sayur tu En.Babah punya.. resepi dia.. so dia je yang makan orang lain tak lalu nak makan.. hehehe..


Mini Barbecue..
Hehe.. cam piknik lak ek.. a'ah piknik malam² .. posing dulu sambil menunggu ayam masak.. sabar menanti.. huhu


BBQ Ayam & kambing
Ayam.. hmm.. sedap jugak walau perap kejap je.. :D


Lamb Shoulder
Lamb.. yang ni separuh darinya Idah punya.. sebab orang lain tak makan sangat.. huhu.. heaven.. :D


Nur Adelia
Nur Adelia dengan posing biasa dia tu la.. lari sana.. lari sini.. takleh duduk diam..

  
Nur Ayesha
Hehehe.. Ayesha pun makan.. walau pedas.. dia bedal jugak..


Nabihan Aziz
Nabihan.. nampak behave je.. jangan tertipu.. tu ce tengok rambut dia lencun.. basah peluh berlari sakan..


Mini Barbecue..
Hmm.. chedapp.. sehingga menjilat jari..


Mini Barbecue..
Nuqman.. pelayan setia makcik² yang berat b****t.. 


Mini Barbecue..
En.Babah yang setia mengipas.. :D sambil² tu sempat juga dia masak nasi goreng bawang dia kat dapur.. huhu..


Seronok juga walaupun hanya kecil-kecilan dan tergempar je kan.. yang penting dapat melakukannya dengan seisi keluarga... :D


Tanpa Bicara #2 : Perarakan Raksasa ATM 2013

2 ulasan

Pertunjukan Udara




Perbarisan Membawa Panji-Panji

ATM New Uniform


Malaysian Sniper

Malbat

Navy

PASKAL

PASKAU



ATM Uniform

Military Police


22 September, 2013

Hujung Minggu @ Perarakan Raksasa ATM 2013

3 ulasan

Assalamualaikum..



Idah sekeluarga memang minat dengan apa saja berkaitan ketenteraan ni.. especially En.Babah laa :D .. so semalam kami tak mahu ketinggalan untuk menyaksikan Perarakan Raksasa ATM 2013 sempena Hari Angkatan Tentera Ke-80 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.



Seawal jam 7.00 pagi kami dah keluar rumah.. Idah bawak Atikah dan Nuqman je.. yang lain tinggal rumah dengan Makcik.. park kereta kat Bandar Tun Razak.. dan kami naik STAR LRT ke stesen Masjid Jamek.. sms Adila (officemate) bagitau Idah dah sampai dan tunggu dia kat Dataran.. En.Babah dah tak sabar tak boleh tunggu lagi dah.. hehehe..


Sesampai di Dataran Merdeka.. orang ramai.. kami pun cari tempat yang sesuai.. cuaca okay.. belum panas lagi.. lebih kurang jam 8.30 perarakan pun dimulakan dengan kehadiran Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dengan menaiki kereta kebal..


Macam-macam ada.. perbarisan dari pelbagai batalion dan rejimen.. mengarak panji-panji.. perarakan aset dan kenderaan² tentera yang tak pernah dan sukar kita lihat.. persembahan udara.. unit payung terjun.. dan ada pertunjukan demonstrasi menyelamat golongan kenamaan.. pelbagai pameran juga diperlihatkan sehingga jam 5.00 petang ahad 22 September 2013.






Waktu itu juga dilancarkan baju celoreng tentera yang baru dengan corak digital.. ala-ala pixel tu.. ermm.. tapi Idah lebih suka corak yang lama kot.. lebih mesra alam.. :D



Heli ni turun rendah sangatt.. ni masa demonstrasi menyelamat.. orang ramai kat bawah tu lari bertempiaran sebabnya segala habuk semua terbang.. Idah pun rasa cam nak terbang jugak.. hehehe.. besttt!



Dah diselamatkan.. :D


Antara barangan pameran.. atas kiri tu adalah serpihan peluru.. bila peluru meletup dia berkecai dan part tu yang membunuh tu..



Adila lihat Pakaian Istiadat..



Ermm.. yang ini adalah tuala wanita dan baju dalam wanita PKM (Parti Komunis Malaya) yang diambil dari anggota yang terbunuh di Titi, Kuala Klawang, Negeri Sembilan.


Ambil kesempatan.. :D


Semua benda nak try.. huhu..


 Merahnya mak ngahhh!!..



 Ganas tak muka? :D



This time ber4 je.. :D


Acikidah bersama abang-abang PARA
 Jelir lidah lak yang belakang tu... :P (nak jelir balik)  Skuad PARA..


Sniper terbaek
Idah suka yang ni.. dah nampak masa perarakan.. pastu time pameran tu kami cari dia.. sebab nak bergambor.. :D



Penyamaran.. real kan.. :) apa rasanya dok kat dalam tu ek? 


Pendaftaran Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD
Ramai muda-mudi yang datang untuk pendaftaran Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD.. akak salute kat korang..


Keseluruhan pada hari ini yang paling Idah suka adalah pertunjukan udara.. kelass.. thumbs up (y) untuk Tentera Udara DiRaja Malaysia.. tak pernah tengok dalam pertunjukan sebelum² ni kat Malaysia.. 


Dalam jam 11 pagi.. kami beredar dari situ.. kononnya nak ke kenduri kawin kawan Idah lepas tu.. tapi atas sebab² tertentu tak dapat pegi.. uhuk².. :(


Gambar² perarakan boleh lihat di SINI .. :-D