13 September, 2013

Output Compact Camera Baru Ku.

Tiada ulasan

Post ini adalah untuk menerujakan adik-adik akak kat opis nie.. huhuhu.. nie pakai fungsi bedal je nie.. sebab blom katam manual lagi..


Output Compact Camera Baru Ku.


Gambar-gambar nie diambil menggunakan compact camera/gadjet baru Idah.. diambil pagi tadi sebelum pegi keje.. takde edit-edit ye.. cuma Idah kecilkan saiz fail dia.. crop dan letak watermark jer..



Output Compact Camera Baru Ku.


Amacam?? boleh tahan tak compact camera baru akak?? aper?? nak pinjam?? huhu nehi... nehi... nehi...!


Segmen 1st Mama

19 ulasan

Nak juga join segmen 1st mama.. :D dan ini adalah segmen pertama yang Idah join setelah bergelar blogger.. hehehe.. tak tau apa tu segmen.. ye la.. saya kan budak baru belajar.. cuba je la.. tak cuba tak tau kan.. :D


Segmen 1st Mama



Canon EOS 450D ku..

3 ulasan

Assalamualaikum & selamat sejahtera..


Canon EOS 450D With Tamron 18-270mm


Dear DSLR ku.. post nie ku tulis khas untuk mu.. (hehe cam sedih jer bunyik nyer).. jiwang karats la plak.. eee.. tak shesuai laa.. 


Okay.. ! Ini  DSLR Canon EOS 450D ku.. selama nie ambil gambar kalau tak dari Samsung Galaxy Note ku bermakna ianya dari hasil kerja DSLR ku ini lah.. lebih 3 tahun dia bersama ku.. banyak jasanya... kenangan pahit manis pun banyak.. hehehe.. pahitnya bila dah puas setting pun gambar cam tahapahapa.. bukan salah dia pun.. salah aku la yang tak pandai-pandai setting.. hehehe..



Sejak dua menjak kebelangan nie aku rasa cam dah tak larat nak bawak dia lagi.. rasanya puncanya adalah semenjak kit lens aku rosak.. tak boleh fokus.. tu la bahana bagi budak-budak pegang menda-menda sensitif camnie.. so semenjak tu la aku terpaksa pakai lens Tamron 18-270mm aku tu.. nasib ada spare lens..


Tamron nie pulak.. berat nyerr.. ya rabbi.. campur dengan body.. ermm lagik laa.. ce banyangkan aku dengan beg kamera dengan berat ya rabbi nie.. pastu handbag.. pastu dokong si ecah tu lagi.. aduhhh... seksa + huduh kan.. :D hilang vogue mak.. :')


Tamron 18-270mm


DSLR nie aku nak rehatkan.. eceehhh.. nak start la tu.. hehe.. bukan rehat selamanya.. rehat seketika laa.. sebabnya..... huhuhuhu.. Akak dah beli yang baruuu...... :D beli compact camera je.. senang skit nak mobile.. dan kalau travel dengan anak-anak pun tak la penuh beg kat badan nie haa.. kan.. DSLR nie aku akan pakai bila jalan-jalan bujang laa.. **huhu perasan** .. 


Gambar-gambar diatas diambil menggunakan camera baru ku.. huhu.. cantek tak?? hehe.. aperr??? oo.. tunggu laa next post.. hik..hik..hik..


12 September, 2013

Main-main bawa maut..

Tiada ulasan


Sumber : Harian Metro


Parit Buntar: “Saya meluru ke belakang kereta dan sebak apabila melihat anak saya dalam keadaan melutut sambil memegang selipar manakala kepalanya terhimpit di dinding rumah.

“Apabila kereta digerakkan ke depan, tubuhnya jatuh dan kepalanya berdarah. Selepas diperiksa, saya dapati dia sudah tidak bernyawa.” 

Demikian kata Mohd Ali Hussin, 53, ketika menceritakan tragedi kematian anak bongsunya selepas seorang lagi anaknya yang baru berusia empat tahun cuba memandu kereta miliknya."


Subhanallah.. terkelu seketika bilamana ternampak muka depan akhbar Harian Metro hari ini tadi di kedai.. ingatan terus terfikirkan anak-anak dirumah.. semuga mereka dalam keadaan baik-baik saja..


Memang malang itu tidak berbau.. tetapi kecuaian sudah tentu boleh mengundang malang.. Idah bukan la pandai sangat.. tetapi sebagai ibubapa sebolehnya kita bekalkan anak-anak dengan sedikit pengetahuan tentang kenderaan.. jika kenderaan bergerak apa yang perlu dilakukan.. tarik handbrake.. contohnya laa.. dan juga info bahaya jika menekan salah satu dari alatan dalam kereta.. contohnya gear.. kereta akan melompat/bergerak..


Idah percaya jika anak-anak dibekalkan dengan sedikit maklumat dan ketakutan tentang bahayanya.. sure mereka takkan berani untuk bermain-main dengannya.. kecuali anak itu jenis yang sedikit nakal atau tidak mendengar kata.. setidaknya kita berusaha kan.. 


Kunci kenderaan simpanlah ditempat yang selamat.. jangan sepah-sepahkan.. teringat akan En.Babah yang selalu marah kami jika kunci kenderaan/rumah bersepah.. kunci mesti diletak ditempat yang telah dikhaskan.. jika ada kecemasan kita tau mana nak tuju.. tak perlu tercari-cari..


Ermm.. semuga ALLAH TAALA memberi ketabahan hati kepada ibu & bapa anak malang itu dan semuga kita dan anak-anak kita dilindungiNYA.. Ameen..