31 Julai, 2013

KERAStangan Ramadhan Gift.

6 ulasan

Salam & Selamat Tengahari,



Tengah buat aper tu?? makan kee?? hik3x.. ooo.. tak posa yeee..! Kepada yang tak boleh puasa tu.. orang fahamm awak tak boleh posa.. tapi jangan la makan tanpa rasa segan silu ye.. :) Kepada yang sengaja tak posa.. Ermm.. hidup ini hanya sementara.. :)

Kepada yang memang tak posa (Non Muslim) .. :-D Kalau makan tu ingat-ingat la sama kat orang yg sedang berpuasa ye.. Bukan apa.. itu tanda kita menghormati dan menghargai rakan-rakan kita.

Off topic plak.. hehehe.. kay..! Tengahari semalam atas permintaan officemate, Idah diminta untuk menghias kotak-kotak kayu yang ingin diberikan kepada customer kami (DBKL) sempena ramadhan ini.


Hik3x.. akak pun apa lagi.. macam-macam style berlegar difikiran nak hias mendalah tu.. Tapi.. memandangkan allocation untuk hiasan tu adalah kecil.. so begini lah jadinya.. :D

Komen je jangan komplen ye..! :-D


Ada yang kecil dan ada yang besar..


Dekorasi Ramadhan Gift.

Didalamnya berisi kurma dan dodol.




Decoration Ramadhan Gift.
Inilah hasilnya dan harap-harap bos dan rakan-rakan puas hati.. :-D Malu plak rasa..! *blushing*


Sesak Masuk Ke Pusat Bandar Kuala Lumpur.

1 ulasan

Assalamualaikum & Selamat Pagii...

Hari nie yang bekerja di sekitar pusat bandar kuala lumpur mesti ramai yang datang lewat kan.. hik3x.. Dari Cheras.. kereta berlempuk-lempuk.. di Jalan Parlimen pun sama.. tak bergerak.. naik motor pun jam jugak.. Takper la sahabat sekelian.. banyakkan bersabar di bulan yang mulia ini ye..

Sesak

Cuba kita bayangkan abang-abang perajurit yang dok berbaris tu.. dibawah matahari dibulan puasa nie.. Dah hampir 3 hari mereka berlatih.. Ermm..!

Untuk pengetahuan semua.. pagi nie jalan menuju masuk ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur especially sekitar Dataran Merdeka ditutup kerana ada Istiadat Sambutan Hari Pahlawan yang turut disaksikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.


Hari Pahlawan

Kepada Abang-abang Tentera & Polis, Selamat Menyambut Hari Pahlawan.. Jasa dan pengorbanan kalian tidak akan pernah dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia bumi bertuah ini. Semuga kalian senantiasa dibawah lindunganNYA..
Stay kewll.. :-D

30 Julai, 2013

Bazar Ramadhan Simpang Balak.

4 ulasan

Assalamualaikum,

Hari yang memenatkan.. bukan penat buat keje.. tapi penat dok decorate ramadhan gift untuk client. Takper tu citer next post.. :D

Berbalik pada tajuk diatas.. petang semalam lepas balik keje sempat singgah beli juadah untuk berbuka puasa dan lokasinya adalah Bazar Ramadhan Simpang Balak, jalan lama nak ke kajang tu.. :)


Idah suka ke bazar nie sebab kat sini banyak pilihan, varieties dan sedap-sedap juga. Setiap kali ramadhan bazar nie akan menjadi tempat wajib kami sekeluarga. Gerai wajib kami adalah gerai popiah basah & kering sorang kakak tu.. Popiah dia errmm marvelous..!! Kami dapat makan time ramadhan jer..!

Bazar Ramadhan Simpang Balak.
 Haa.. nie la gerai kakak popiah marvelous tu..

Bazar Ramadhan Simpang Balak.
Brother nie jual kambing, ayam & daging black pepper.. Errmm.. Not bad..!

Haa.. yang nie brother nie jual Murtabak Special..!!!  Murtabak special nie dia berlapis-lapis.. Ralit masa tengok dia buat murtabak nie.. hik3x.. sebab cara pembuatan dia lain dari murtabak biasa.. berlapis-lapis.. hik3x.. Rasa dia?? ermm.. boleh laa.. biasa-biasa jerr..!

Selamat berbuka semua.. :-D

29 Julai, 2013

Jerebu Datang Lagi..

1 ulasan

Assalamualaikum.., Seperti biasa pagi hari isnin yang meletihkan pegi keje.. Sampai kat Dataran Merdeka.. woww.. macam kat genting laa.. kabuss.. hik3x..!! 


Jarak penglihatan agak terhad dan boleh dikatakan kuat juga jerebu pagi nie.. Dari mana pulak asal usul jerebu kali ini. 


Jerebu di Kuala Lumpur

Gambar diambil dari Bangunan DBKL Jalan Raja Laut.. Hmm.. Bangunan MARA pun tak berapa jelas kelihatan.

Harap jerebu lekas pergi dibawa angin lalu.. :)

25 Julai, 2013

Selamat Pagi.

7 ulasan

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...



Hari yang bz.. keje melambak nak kena siapkan.. tapi hati hanya ingat nak update blog je.. hik3x.. tanda-tanda baik tu.. semangat tu perlu.. :-D


Cakap soal kerja.. diwaktu ini saya tidak bekerja di HQ office.. saya kat customer site je.. Itu la keje saya di mana customer berada disitula saya akan dicampakkan.. hahaha.. Dah lebih 3 tahun kot saya kat DBKL (customer) nie.. lama kan.. haa tu la.. keje tak siap-siap.. hehehehe.. Dari  tingkat 11 menara 1 ke dbkl bandar wawasan (kg baru) pastu tingkat 6 menara 2.. kemudian tkt 10 menara 2 dan sekarang nie tkt 1 menara 2.. berapa kali pindah daaaaa.... 


Oh ye.. post nie bukan ape.. sebenarnya nak tunjukkan shawl baru.. huhuhuhu.. Semalam server kat dbkl nie down.. lama jugak.. officemate(arpah & idayu) nak pegi Jalan TAR nak beli baju kurung paplum untuk anak buah idayu katanya.. aper lagii.. akak pun NAAKKKK IKKKUUTTTT!!!... :-D hahaha.. skali terjebak daa.. beli shawl nie.. beli semalam 2 helai.. RM10 je sehelai.. hahaha.. cantek tak akak pakai shawl?? :p

Acikidah @ Office



24 Julai, 2013

Salam Permulaan.

1 ulasan
Assalamualaikum,

Detik ini bermulanya saya menjadi seorang blogger..!  (hik3x.. orang dah berkurun dah..) . Apa pun harap kawan-kawan sekelian dapat memberi tunjuk ajar kepada saya yg newbies nie..! 
Tehegeh-hegeh rasanya nak create itu ini. Takper la.. lama-lama ok la kan.. nama pun budak baru belajar.. :D

Selama berblogging mungkin akan ada kata-kata yang boleh mengguris hati.. Dengan itu saya dengan rendah hati memohon maaf in advance atas keterlanjuran ye..! :)

Semuga blog ini dapat merapatkan lagi hubungan kita di Dunia Sementara ini. 

Sekian.

Wassalam.