16 September, 2013

Jalan-jalan Hujung Minggu..

4 ulasan

Assalamualaikum.. 



     Pagi semalam lepas breakfast terfikir-fikir nak bawak budak-budak pegi mana hari nie ye.. tiba-tiba En.Babah kata kita tak pernah pegi Istana Negara yang lama tu lagi kan.. haa.. ye gak kan.. so apa lagi.. siap-siap dan dalam pukul 2.00 petang kami pun gerak..




Lunch@Top Steak House
Sebelum tu kami singgah lunch dulu kat Top Steak House, Sungai Besi, KL.. ini 2nd time Idah makan kat sini.. Lapar gler time nie.. tapi still boleh senyum lagi.. :) si Adelia tu punya banyak kerusi kat situ jugak dia nak duduk..




Lamb Chop@Top Steak House
Yang ni Idah punya.. Lamb Chop..

Chicken Chop@Top Steak House
The rest semua makan ni.. Chicken Chop with Black Pepper Gravy.. anak-anak Idah semua makan pedas.. 


Top Steak House, Sg. Besi

Okay.. nak buat review skit.. hehe.. kat Top Steak House ni price dia okay.. reasonable.. rasa makanan dan presentation pun not bad.. waiter pun friendly and fast.. cumaaaa.. nie kali kedua Idah makan kat sini Idah nampak menda yang sama.. iaitu.. makanan yang dihidangkan SEJUK... oh.. ce bayangkan makan steak sejuk.. huhuhu..


Muzium Diraja

Perut dah kenyang.. perjalanan diteruskan ke destinasi utama kami iaitu Istana Negara Lama dan sekarang ditukar menjadi Muzium Diraja.. nasib kami baik sampai-sampai je terus ada parking.. parking kat depan main entrance tu je.. 

Tempat : Muzium DiRaja, Kuala Lumpur.
Dibuka : setiap hari dari jam 9.00am hingga 5.00pm
Bayaran : Dewasa (RM5) , Kanak-kanak 6-12 tahun (RM2), Warga Emas (RM3), Kanak-kanak bawah umur 6 tahun (Percuma)

Muzium Diraja @ Istana Negara Lama
Pemandangan dari luar muzium.


Entrance Muzium Diraja

Ni pintu masuk utama ke muzium.. ada pengawal yang menjaga.. KAMERA adalah TIDAK dibenarkan.. uhuk..uhukk.. kat dalam tak boleh ambik gambar.. bila ditanya kenapa.. jawabnya sebab takut nanti ada yang terlebih kreatif nie superimpose kan gambar-gambar tu dan upload ke laman web.. so itu lah sebab musababnya.. muzium nie 2 tingkat mengandungi bilik tidur diraja dan kerabat.. bilik makan diraja.. balai menghadap.. library diraja dan banyak lagi DiRaja la... hehe..


Jalan-jalan Hujung Minggu..
Sebelum masuk.. kena bukak kasut dulu yee.. hehe.. Kakak Atikah melayan Adelia bukak dan pakai kasut..


Jalan-jalan Hujung Minggu..
Disebabkan kat dalam muzium tak boleh bergambar so kita posing kat luar je larr.. jadik laa..

Jalan-jalan Hujung Minggu..
En.Babah, Idah & Nur Ayesha..


Jalan-jalan Hujung Minggu..
Pengasuh.. :D


Kami kat muzium nie tak lama.. sebab muzium tu bukannya besar sangat pun.. ermm.. nak balik pun masih awal lagi.. so bawak budak-budak ni pegi playground laa.. kat situ banyak makanan jugak.. ada buah sengkuang potong taruk kuah merah dan kacang tu.. perghh.. destinasi... Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak, KL..


Jalan-jalan Hujung Minggu..
Huhu.. seronoknyee dieee.. bukan selalu dorang dapat main camnie..


Jalan-jalan Hujung Minggu..
Uiks.. dah ada Bubble Gun dah..


Jalan-jalan Hujung Minggu..
Haaa... saya di syurgaa.. 


Jalan-jalan Hujung Minggu..
Layann.. main buih sabun.. habis semua tempat dia nak tembak..

Di taman mainan nie rasanya yang paling seronok si Adelia laa.. tapi yang takmo balik lak bukan dia.. si abangnya Nabihan.. pukul 5.45pm gerak.. ingat nak singgah rumah mak.. tapi dia takde rumah pulak.. so terus balik rumah je..  :)


14 September, 2013

Tanpa Bicara #1 : Putrajaya @ Night.

3 ulasan



Putrajaya



Jambatan Seri Gemilang, Putrajaya


 Jambatan Seri Gemilang, Putrajaya



PICC Putrajaya



Putrajaya



Putrajaya


Putrajaya


Putrajaya


Bunga Api Perancis @ Putrajaya

1 ulasan

Assalamualaikum & selamat berhujung minggu..



Fireworks @ Putrajaya



Malam tadi Idah berpeluang menyaksikan pertandingan bunga api di Putrajaya.. thanks to En.Babah.. :') .. kami sampai lebih kurang jam 9.15 pm.. ramai juga orang.. baliknya sesak jugak laa..



Bunga Api Perancis @ Putrajaya

Oleh kerana tak tau dia tembak kat arah mana.. so kami agak-agak je tempat yang sesuai dan ramai orang park.. masa banyak lagi.. so we all bentang tikar.. piknik malam dulu.. huhuhu.. minum teh tarik (bawak dari rumah).. makan jajan dulu.. hehehe.. seronok juga lepak-lepak gini..


Bunga Api Perancis @ Putrajaya

Adelia (seluar polkadot) tu mengelat.. dia duduk kat tengah-tengah je.. takut gelap la tu.. hehe.. menyanyi je dia.. 

Ayesha jugak steady tegolek jerr.. sambil makan jajan..

Nabihan.. hmm.. layan game la tu..

Atikah.. layan adik-adik dan babah nak air.. nak jajan.. sampah masukkan dalam plastik :)

Makcik Epah.. sibuk bergambar dengan tablet baru dia tu.. 

Nuqman.. cam biasa.. dengan dunia dia sendiri.. main lampu suluh..




Bunga Api Perancis @ Putrajaya
Seronok piknik malam hari.. sejukk jer.. :D



Tepat jam 10.00 pm bunga api pun berselerakan di langit.. alamakk.. tapi tak nampak la dari tempat kami duduk tu.. ada bangunan menghalang.. kami pun kemas cepat-cepat.. naik kereta dan cari port yang clear skit..



Bunga Api Perancis @ Putrajaya

Alhamdulillah kat jambatan nie tak ramai orang.. dan boleh nampak clear sangat.. view kat situ pun cantek.. :)





Bunga Api Negara Perancis


Kebabommm.. hampir setengah jam gak la.. tapi rasa cam takde yang special la dari perancis nie.. Idah harapkan sesuatu yang 'baru' sebab inikan pertandingan.. ye tak.. mungkin China esok lebih menarik kot.. :)



Bunga Api Perancis @ Putrajaya


Atikah & Nuqman.. layann bunga api.. "Ibu esok boleh tengok lagi tak??" .. huhuhu..

Bunga Api Perancis @ Putrajaya



Bunga Api Perancis @ Putrajaya


Sebelum balik.. posing dulu dengan Nuqman.. dia nie kan suka buat muka camtu tau.. ambik gambar senyum la sikit.. angin kat situ kuat.. senget benget jadinya shawl akak.. 



Keseluruhannya.. seronok larr.. lepak malam-malam dengan family.. uols kalau nak pegi esok dan lusa masih ada lagi.. tengok jadualnya kat sini.. 


Happy ending.. :D




13 September, 2013

Output Compact Camera Baru Ku.

Tiada ulasan

Post ini adalah untuk menerujakan adik-adik akak kat opis nie.. huhuhu.. nie pakai fungsi bedal je nie.. sebab blom katam manual lagi..


Output Compact Camera Baru Ku.


Gambar-gambar nie diambil menggunakan compact camera/gadjet baru Idah.. diambil pagi tadi sebelum pegi keje.. takde edit-edit ye.. cuma Idah kecilkan saiz fail dia.. crop dan letak watermark jer..



Output Compact Camera Baru Ku.


Amacam?? boleh tahan tak compact camera baru akak?? aper?? nak pinjam?? huhu nehi... nehi... nehi...!