23 November, 2013

Kerja Di Hujung Minggu.

16 ulasan


....السلام عليكم



Working
Gambar Hiasan : Google



Hari nie idah kena kerja... kenaaa kay.... sedang kerja niiee... tak ramai pun hari nie.. ada 5 orang jer... 


Errrmmm.... percaya tak rakan² kalau idah katakan yang idah datang kerja hari nie bukanlah kerana bebanan kerja yang melambak-lambak atau tak habis-habis... tapii.... ermm... hanya kerana disuruh bos... ;( 


Oleh kerana dah janji dengan boss... so idah terpaksalah mengotakannya... bila pikir balik macam kelakar... macam bodoh pun ada.. tapi nak buat macam mana.. dah dia boss kan... ermm....


22 November, 2013

Acikidah Menang Doodle.

10 ulasan


....السلام عليكم




Haha.. tajuk n3 cam teruja jer kan… :D




Dipendekkan cerita... awal bulan November baru nie Idah ada menyertai segmen yang dikelolakan oleh blogger Hunyeda iaitu 



Acikidah Menang Doodle.





Dan.. alhamdulillah… idah telah terpilih menjadi salah seorang dari pemenang GA tu.. :D



21 November, 2013

Kenaikan Cukai Pintu 100% hingga 1000%.

12 ulasan

Assalamualaikum...



Kenaikan Cukai Pintu 100% hingga 1000%
Sumber : Google




Pemilik rumah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur baru-baru ini dikejutkan dengan kenaikan 100 peratus hingga 1000 peratus nilai Cukai Taksiran / Cukai Pintu yang dikenakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) .



Sehubungan dengan itu, jika pemilik rumah tidak bersetuju dengan nilaian yang telah dibuat oleh DBKL tersebut, perlulah membuat bantahan secara bertulis kepada DBKL selewat-lewatnya 17 Disember 2013.



Menurut sumber dalaman daripada pihak DBKL, pemilik yang tidak menghantar surat bantahan rasmi adalah dianggap BERSETUJU dengan penilaian semula yang telah dibuat oleh pihaknya. Semakan semula atau pengurangan hanya akan diberikan kepada akaun pemilik yang membuat bantahan rasmi SAHAJA.


Dibawah adalah contoh surat bantahan yang boleh digunapakai. Pemilik hanya perlu mengisi di bahagian atas surat, tandatangan dan menyerahkannya kepada Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Tingkat 5, Menara TH Perdana (Sebelah maju Junction)



Nama :..............................................................
No. MyKad : ...............................................................
Alamat : ………...........................................................
………………………………………………………..
……………………………………………………......

Nombor Fail : ………………………………………..
Nombor Akaun : ……………………………………..
Nombor Lot : ………………………………………...
Sek/Mukim : …………………………………………

Tarikh : ………………………………………………
______________________________________________________________________________

Puan KAMARIAH BINTI IBRAHIM
Pengarah Penilaian
Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tingkat 5, Bangunan TH Perdana,
1001, Jalan Sultan Ismail,
50250, Kuala Lumpur

Puan,

BANTAHAN RASMI NILAI HARTA TERKINI TERHADAP CADANGAN PENYEMAKKAN DAN PENILAIAN SEMULA NILAI TAHUNAN HARTA

1.                   Surat notis dari Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertarikh 18.11.2013 dan bertajuk NOTIS MENYEMAK SEMULA SENARAI NILAIAN adalah dirujuk.

2.                   Saya selaku pemilik kepada harta seperti alamat diatas MEMBANTAH secara rasmi terhadap cadangan penilaian semula harta yang dikemukakan oleh pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berdasarkan kepada asas yang berikut;

  1. Lonjakan kenaikan nilai tahunan harta didalam cadangan terkini penilaian semula harta milik saya adalah terlalu tinggi dan secara langsung telah menaikkan nilai Cukai Pintu yang wajib saya jelaskan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam tempoh setiap 6 bulan.

  1. Saya arif bahawa kadar Cukai Pintu iaitu sebanyak 6% masih kekal akan tetapi kenaikan kadar tahunan Cukai Pintu harta milik saya melonjak terlalu tinggi akibat daripada aktiviti penilaian semula harta ini yang dilaksanakan secara drastik adalah amat tidak rasional.

  1. Saya memerlukan pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memberikan justifikasi berkenaan lonjakan kenaikan nilai harta tersebut.

  1. Pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur perlu menjelaskan kepada saya selaku pemilik harta berkenaan kaedah yang diguna pakai dalam proses menilai semula harta milik saya tersebut.

  1. Saya memerlukan pengesahan pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkenaan siapakah dan bilakah aktiviti proses penilaian ini dilaksanakan. Ini kerana sepanjang pengetahuan saya tiada sesiapa dari pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang hadir ke premis harta saya untuk melaksanakan proses penilaian semula.

  1. Pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur perlu menjelaskan kepada saya rasional mengapa aktiviti penilaian semula ini dilaksanakan pada tahun ini setelah ianya tidak pernah dilaksanakan pada berberapa tahun yang sebelumnya.

3.                   Oleh yang sedemikian saya memohon keprihatinan pihak Puan agar dapat memberikan penjelasan balas untuk semua persoalan diatas secara bertulis kepada saya sebelum tarikh 17.12.13. Semoga dengan penjelasan daripada pihak Puan kelak akan dapat memberikan saya lebih maklumat dan informasi berkenaan isu penyemakan semula nilai tahunan harta ini.

4.                   Untuk itu saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih kerana keprihatinan yang pihak Puan diberikan.



Yang benar,



..............................................................



S.k.        

YBhg. DATUK SERI HJ. AHMAD PHESAL BIN HJ. TALIB
Datuk Bandar Kuala Lumpur
Pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur,
Tingkat 27, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut, 50350, Kuala Lumpur

YBhg. DATUK HJ. SALLEH BIN YUSUP
Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Pejabat Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
Tingkat 28, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut, 50350, Kuala Lumpur



Sila highlight menggunakan kursor atau mouse dan tekan kekunci Ctrl-C untuk menyalin. Semasa paste kan jangan lupa tukarkan warna font pada microsoft word anda kepada warna hitam kerana font pada blog saya ini menggunakan warna putih.


Harap dapat maklumkan kepada saudara-mara, jiran tetangga dan rakan-rakan ye... sama-sama kita tolong menolong.. :D



Trip Ke Medan - Day 5 ~ Hari Terakhir.

11 ulasan


Assalamualaikum...



Hari ni merupakan hari terakhir idah di Medan... 5 hari 4 malam... tak sabar rasanya nak pulang ke tanah air... rindu dengan segalanya... :D





Breakfast

Minum pagi dulu... menu biasa laa kalau buffet hotel...





Breakfast di CoffeHouse Garuda Plaza Medan

Malam tadi epah tidur di hotel dengan kami... cadangnya sebelum kami pulang idah nak ke rumahnya sekaligus menziarahi keluarganya... :D





Di Lobi Hotel Garuda Plaza Medan

Posing sementara menunggu nak check-out hotel... akak pakai baju batik beli semalam.. hehehe... amacam... macam cewek indon tak? :D... lepas check-out tu sempat idah singgah kedai kek kat depan hotel tu beli buah tangan sikit untuk keluarga epah...





Lepas check-out... ucuk bawa kami terus ke rumah epah... rupa-rupanya rumah dia tak jauh dari hotel pun... hanya dalam 30 minit perjalanan...






Jam la pulak...






Ahha.. akhirnya sampai juga kami... dah nampak tanah perkuburan tu maknanya dah sampai la tue...






Masa kami sampai... tengok ramai budak² menunggu kat depan tu... kami datang je semua dah bangun menuju ke arah kami... rupa²nya... mereka ingat kami nie datang nak ziarah kubur... kebiasaanya bila orang datang ziarah kubur... budak² nie akan mengambil upah membersihkan kubur... jadi dorang akan dapat la duit jajan sikit.. :D






Sekali tengok kak epah laaa yang datang... kesian juga tengok budak² tu... sebelum balik idah bagi juga duit jajan sikit kat dorang... idah suruh kongsi² yaa... :D





Yang duduk tu adik epah... namanya epi dan kanak² yang keliling epi tu anaknya... masa ni epi mengandung tunggu hari untuk melahirkan anak ke 3nya... tapi beberapa hari selepas kami pulang ke malaysia... epah ada call dan mengatakan yang epi dah bersalin... tapi anaknya meninggal... innalillah... al-fatihah untuk baby tu... tempatnya dah tentu di sana....






Masa kami sampai... idah teringat dulu epah pernah bercerita pada idah yang rumahnya didirikan atas tanah wakaf kubur... jadi idah bayangkan ada kawasan yang luas dan di situ hanya ada rumahnya saja... ternyata bayangan idah meleset... :D 






Inilah rumah epah.. dalamnya basic aje... yang tinggal dalam rumah nie selain epah dan epi ada anak epah dan bapanya yang dah tua dan tak berapa sihat... suami epah dah lama meninggal...






Kubur dengan dinding rumah dah bercantum... depan rumah kubur... sidai kain atas kubur... ermm tak lama lagi kat beranda rumah tu penuh tu gamaknya...






Comel adik nie dengan anak patungnya... dikisahkan oleh neneknya... ibu adik nie tinggalkan dia semasa umurnya 3 bulan dengan neneknya... ibunya ke malaysia kerja kilang... sekarang umurnya hampir 6 tahun... ibunya tak pernah pulang... mesti dia tak tau macam mana rupa ibunya kan... ;(





Dirumah epah kami tak la lama sangat... setelah borak² dan berkenalan dengan ahli keluarga dan beberapa orang jirannya... kami pun minta diri untuk bergerak ke airport... dari medan ke Kuala Namu mengambil masa lebih kurang 2 jam juga...





Lapangan Terbang Kuala Namu nie adalah lapangan terbang baru... baru jer dibuka dalam 2 bulan lepas... jadi segalanya nampak baru laa... besar.. dah macam KLIA dah...







Posing menunggu nak naik kapal terbang... kenangan di airport medan... :D






Nak pakai jalan atas bolehhh....






Ikut jalan bawah pun bolehhh... :D






Good Bye Medan....




Alhamdulillah... akhirnya selesai juga cerita jalan-jalan medan idah nie walaupun panjangnya berjela-jela.. dah macam buat journal dah.. hehehe... semuga apa yang telah idah kongsikan ini dapat memberi sedikit guideline, ilmu atau manafaat kepada rakan² sekelian...   (。◕‿◕。)