31 Oktober, 2013

Good Bye Hasan.

11 ulasan

Assalamualaikum...


Lunch hour semalam Idah kena pegi shopping.. hehe.. kenaaa okay.. :D .. alaa.. bukan untuk diri sendiri.. tapi shopping untuk mencari hadiah untuk officemate kami .. Hasanuddin.. yang nak meninggalkan kami.... :( uhuk3x..


Dia dah dapat kerja baru kat Kuala Terengganu... selama nie dia keluarga jarak jauh.. so skarang ni dah dapat keja kat KT tu kira seronok sangat la dia tu dapat bersama² dengan anak dan isteri.. tak perlu berjauhan lagi..


Sebagai untuk menghargai jasa dia dan juga sebagai kenang-kenangan.. kami berkongsi duit untuk beli hadiah dan juga buat jamuan kecil-kecilan untuknya.. beli hadiah tu bukan la bermakna kami suka pula dia berhenti kerja tu kan.. tapi hanya sebagai tanda kenang-kenangan dari sahabat buat sahabat.. :D


Oleh itu.. akak ditugaskan untuk shopping hadiah tu la.. hehe.. bab shopping nie memang akak cergass jerr.. :D 


Necktie / Tali Leher

Mula-mula survey tali leher.. dah ada yang berkenan dah.. cantek tie tu.. kaler kelabu belang hitam.. tapi takde kotak pulak.. adushh fail betul la.. so jalan lagi.. cari punya cari... pastu ternampak set untuk lelaki nie.. :D



Set Untuk Lelaki Pelbagai Jenama

Ermm.. banyak pilihan.. yang murah ada.. yang mahal pun banyakk.. :D Oh yea.. nie soping nie kat SOGO la mana lagi kan.. SOGO tengah SALE skarang ye.. :D sempat iklan plak... hehe..



Shopping time


Okay.. belek punya belek.. cari punya cari... akhirnya jumpa juga apa yang dicari.. bersesuaian dengan pemiliknya dan juga budget yang diperuntukkan.. :D


Sales Girl membalut hadiah
Sales Girl membalut hadiah


Dah jumpa tue.. tapi plastik pembalut tu koyak sikit plak.. so suruh adik tu balut semula.. ralit tengok adik nie balut hadiah tu... lemah lembut jer dan dengan penuh kesabaran adik tu membalut.. :D

Set Untuk Lelaki Jenama Swiss Polo

So inilah hadiah yang dibelikan... ada wallet, tali pinggang, tali leher dan klip duit (money clip) semua jenama Swiss Polo.. riben tu siap request nak kaler purple... hehe.. semuga Hasan suka.. :D



Hasanudin pada hari terakhir bekerja.
Gambar curik.. :D sorryyy!!..


Buat Hasanuddin, Kak Idah nak ucapkan terima kasih atas segala kerjasama dan tunjuk ajar yang pernah diberikan... disini juga Kak Idah nak mohon ampun dan maaf andai hati pernah terguris atas kekasaran bahasa dan keterlanjuran bicara samaada yang sengaja atau tidak sengaja selama kita bekerja bersama.. semuga kita masih dapat berhubung dan berjumpa lagi selepas pada hari ini... Good Luck and All d Best To You Hasan...!


30 Oktober, 2013

Penyanyi Mizz Nina Bertudung.

14 ulasan

Assalamualaikum..


Article Mizz Nina Berhijab
Sumber : Yahoo News


Sebak dan bersinar rasanya pagi ini bila mana terbaca berita di yahoo news berkisah tentang penyanyi Mizz Nina yang telah berhijab sekembalinya pulang dari mengerjakan ibadah haji baru-baru ini.


Alhamdulillah... hidayah ALLAH itu boleh diberikan pada sesiapa saja yang DIA suka dan bila-bila masa pun yang DIA kehendaki.


Oleh itu kita sebagai saudara seagama dengannya jalankan la tanggungjawab kita dengan memberikan dia semangat dan sokongan atas hijrah yang dilakukannya.. jangan la kita mengutuk, mencerca, mengata atau apa saja yang sewaktu dengannya kepada diri beliau.. berilah dia masa dan ruang untuk kehidupan barunya ini.


Semoga Hajah Mizz Nina dan suami memilih jalan yang diredhaiNYA.. dan istiqomah dengan hijrah kebaikan ini disamping senantiasa mendapat rahmat dariNYA.. Semoga kita semua juga diberikan HIDAYAHNYA dan RAHMATNYA.. Ameen..!

(。◕‿◕。)  


29 Oktober, 2013

Resepi : Kari Asam Ikan Bawal ala Chef Acikidah.

5 ulasan

Asssalamualaikum..


Hari nie boleh tahan bz nya... :) dah petang baru dapat nak buat entry... ermm tak pe laa... apa pun kerja hakiki kena didahulukan... :D


Okay.. petang ni nak share resepi Kari Asam Ikan Bawal my feverett.. ermm.. Idah suka sangat kari ikan nie.. tapi kalau mak yang masak kan.. ermm.. lagi ngancam.. hehe... kari ikan nie kalau makan cecah dengan roti pun sodappp..!! :D 



Biasanya kalau kita makan kari ada santan kan.. tapi kari nie dia tak pakai santan.. tapi dia gunakan air asam jawa.. Idah kalau masak kari ikan memang akan guna resepi nie.. tapi binatang selain dari ikan.. Idah akan gunakan santan.. :D.. jom kita tengok amacam kari ikan Idah nie..


Bahan-bahannya :
  • Ikan bawal dibelah 3 atau 4 ikut suka laa.. ikan tenggiri pun sedap.. ikan lain?... boleh ajerr..
  • Rempah kari ikan babas dalam  4 sudu makan.. agak² la.. campurkan sedikit air untuk menjadikan dia paste..
Paste rempah kari ikan
  • Sebiji tomato dibelah 4
  • Semangkuk air asam jawa
  • 4 ulas bawang kecil, 3 ulas bawang putih, seinci halia ditumbuk bersama..
  • sedikit daun kari (optional)
  • 1 batang kayu manis, 3 biji buah pelaga, bunga lawang & bunga cengkih (optional)



Cara-caranya :
  • Mula² panaskan sedikit minyak.. jangan banyak sangat.. kalau tak cukup boleh tambah kemudian..
  • Masukkan daun kari, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & cengkih
  • Masukkan bawang dan halia yang ditumbuk tadi.. tumis sampai dia kekuningan..
Tumis
  • Lepas tu masukkan paste rempah kari tadi... tumis sampai dia pecah minyak/garing.. pastikan dia betul² garing..
Rempah kari dah pecah minyak
Warnanya dah bertukar gelap dan kat tepinya ada minyak yang buih-buih tu.. maknanya dah garing la tue..


  • Masukkan air asam jawa.. kalau rasa masam sangat atau nak banyakkan kuah.. tambah air masak jer...


Kari dah menggelegak
  • Tunggu sampai kuah mendidih.. dah mendidih tu masukkan ikan.. jangan kacau banyak sangat.. sebab nanti ikan tu hancur..
  • Agak² ikan tu dah masak masukkan tomato.. kalau suka nak tambah bendi pun boleh.. terung pun boleh...
Kari dah menggelegak, masukkan tomato
  • Lepas masukkan tomato tu.. kecikkan api dia.. (pusing keatas untuk api yang paling kecil) proses ini yang membuatkan kari ikan tu sedapp.. dia mesra.. dan untuk menaikkan minyak kari ikan tu.. 
  • Tambah la garam & secubit gula (untuk gantikan ajinomoto) secukup rasa..
  • Cara nak tau minyak dia dah naik ialah nampak kat atas kuah tu kemerah²an minyak tu.. 
Kari dah pecah minyak
Kari nie dah pecah minyak.. tengok kat atas tu dah warna merahkan.. lagi banyak merah tu lagi sodapp!

  • Bila tengok minyak dia dah naik... tutup api.. taranggg... dah siappp!!.. :D boleh makann..!


Kari Asam Ikan Bawal ala Chef Acikidah
Errmm.. terliuq tak tengok nie.. :D


Kat rumah mak kalau dia masak kari ikan nie.. ermm.. mesti tak tolak punya.. dah kenyang pun mesti nak makan jugak.. sedappppp!!! uolss try ek... senang dan simple jer..! selamat mencuba.. :D


28 Oktober, 2013

Siksanya Membuat Paspot.

14 ulasan

Assalamualaikum..



Paspot Idah dah lama expired.. ermm.. nampak sangat dah lama Idah tak keluar dari Malaysia nie kan.. terakhir sekali ialah pegi Bali Oktober 2011... 



Nie kisah nak perbaharui paspot la nie.. ermm.. pelbagai cabaran dan rintangan terpaksa ditempuhi... patut la harga untuk 5 tahun lebih mahal dari 2 tahun.. hehe.. sepatutnya lagi banyak lagi murah kan...


4 hari tau.. 4 hari... bukan 4 jam... aduhh tensi akak... ok meh nak story.. :)



Day 1. (Sabtu)
Beberapa hari sebelum tu buat survey kat website imigresen.. tengok kat UTC (Urban Transformation Centre) Puduraya, imigresen dibuka 7 hari seminggu dari jam 8.00 am (itu yang website tulis tapi sebenarnya buka jam 8.30am) hingga 10.00pm.. so dengan tanpa ragu² lagi kami pun pegi la Puduraya.. 

UTC Kuala Lumpur

Kami sampai sekitar jam 12.00 tengahari gitu laa.. sampai² jerr.. tengok orang tak la ramai kat dalam tu.. kat luar² tu ramai la yg dok melepak (dah lama tunggu la tue.. muka dah berminyak² :D) .. pegi kat kaunter konon nak ambik nombor.. skali ada signboard kecik tulis. nombor giliran dah abisss...! :(  mula² tu macam susah juga la nak terima keadaan tu.. sebab buka sampai malam kan.. takkan baru setengah hari nombor dah habis... ok tak pe laa.. esok datang awal² laa... so balik rumahhh..



Day 2. (Ahad)
Awal² pagi kami dah keluar rumah... dengan penuh harapan menuju ke Puduraya.. sampai lebih kurang jam 7.30am.. dalam hati.. hmm.. mesti cepat jer siap nie.. 1 jam jer kan siap.. 

Skali masuk je kat pintu UTC tu.... mak aiiii.. panjang nyer barisan.. melingkar² lak tue.. adehhh... cepat² Idah beratur sambil dalam kepala berfikir pukul berapa dorang ni sampai ek.. 

UTC Kuala Lumpur

Ok tak pe beratur je la.. depan Idah ada 2 untie cina.. belakang Idah tak lama tu ada sorang kakak melayu.. tak lama lepas tu ada sorang pak guard tu lalu lalang kat situ sambil bercakap² dengan orang² yg sedang beratur.. dia pegang kertas kecik sambil berkata "haaa.. sapa lagi yg tak dapat borang nie.. ambik cepat.. hanya 450 sahaja..".. uiks.. 450 sahaja?? cepat² Idah ambik 3.. 

Pastu baru terfikir ekhh.. 450 orang jer?? so pegi balik kat pakcik tu.. tanya.. 1 orang 1 nombor atau 1 keluarga 1 nombor?? pakcik tu kata 1 orang 1 nombor dikk! :D hmm.. alamak.. dah melingkar² nie agak² sampai kat giliran aku ada lagi ke nombor nie ek.. ok tak pe rilekss.. pastu kakak melayu kat belakang Idah kata sempat dikk.. hehe.. 

Ok.. tengok jam pukul 8.15 dah.. hubby balik dari pi beli breakfast kata barisan dah sampai ke parking tingkat atas dah panjangnya.. fuyooo... ok tunggu lagi sambil dok berkira² anggaran bilangan orang yg dah beratur kat depan Idah nie.. :D ... 

Pukul 8.30am .. hmm.. pak guard tadi dah berdiri kat depan pintu masuk imigresen tu.. pastu keluar sorang lagi staf imigresen dan berdiri kat depan pintu tu juga.. tapi pintu tak buka² juga.. 

Okayy.. 8.35am ... ekhh.. apsal tak buka² lagi pintu nie.. apa lagi yang dorang kat dalam tu tunggu.. pastu tak lama tu keluar la pegawai² nita imigresen dari pintu belakang menuju ke pintu masuk tu.. tapi dari luar... pintu tak buka² juga nie.. dia cakap sok sek.. sok sek ngan pak guard tu.. 

Idah tengok apa cerr nie.. Idah pun bergegas ke depan pintu tu sambil bertanya kenapa tak buka lagi nie puan.. pegawai nita tu pun berkata "Kami tak boleh beroperasi hari nie.. sebab struktur bangunan kat dalam tu dah runtuh.. dalam bilik operasi kami syiling semua dah runtuh.. so bahaya untuk kakitangan kami untuk bekerja.. kami kena tunggu maintenance bangunan nie untuk pastikan samada selamat atau tidak untuk kami terus berada di sini.. kalau tak percaya boleh tengok kat belakang tu.."... aduhaiiii... macam² kes laa.. 

Syiling Imigresen-UTC Kuala Lumpur Runtuh

So kami pun beredar dari situ dan terus ke imigresen Kajang plak... sampai² jer.. sama kess... "Nombor dah habisss.." aduhaii la badann.. pegawai imigresen Kajang tu siap pesan kalau nak datang jangan datang hari jumaat hingga isnin.. orang ramai... oraitttt...!



Day 3 (Selasa)
Ermm.. hari nie mesti tak ramai orang.. sebab pegawai tu kata hari selasa ke atas tak ramai.. :D so dengan konfident nyer... hubby parking kereta.. Idah dengan Nuqman dah naik dulu sebab nak dapat depan la konon tu.. 

Sampai kat Imigresen Kajang tu jam 7.30am ... sampai².. tengok mak aiii.. dah panjang jugaa.. adoiii aper la nasib... rupa²nya imigresen pukul 7.30am dah buka.. uishh kalau tau la buka awal pukul 7 kami dah sampai..! konon laa.. :D tapi kali nie tak la seramai macam kat UTC hari sabtu tu... 

So dengan penuh kesabaran beratur.. beratur nie bukan untuk buat paspot lagi yer.. beratur nie hanya untuk nak dapatkan nombor giliran SAHAJA... 

Tengok jam dah pukul 8 barisan tapi masih panjang lagi nie.. tak sedap hati.. tanya kat pakcik guard kat situ.. pakcik lama tak nak buat paspot nie.. pakcik tu.. "Tak lama.. kejap jerrr.." .. ooo okay... 5 minit pastu.. tak sedap hati lagi.. suruh Nuqman berbaris.. Idah pegi kat kaunter dalam plak.. tanya kat pegawai imigresen nita.. "Puan.. kalau saya ambik nombor sekarang nie.. lama tak nak siap paspot? sempat tak siap sebelum pukul 12 tengahari? sebab anak saya sekolah... ada peperiksaan nie..".. :D puan imigresen tu jawab "Ooo.. saya tak boleh nak kata laa.. tapi kalau puan dah datang pagi nie sempat puan..! " :D so Idah rasa lega la sikit... 

Sambung beratur lagi.. tak lama pastu giliran Idah dapat nombor.. 1109 fuhh.. ke seratus sembilan orang... masa tu nombor terkini yang dipanggil 1025.. huhuhu 84 orang lagi.. nasib ada kerusi kosong.. 

Idah duduk berdepan kaunter yang terima dokumen... ermm.. masa kat sini yang tak best sikit.. jelas Idah boleh tengok ketidakcekapan pegawai imigresen bekerja.. orang punya laa ramai.. kaunter yang dibuka hanya 2.. 1 darinya adalah kaunter khas untuk warga emas dan OKU.. dan ada satu ketika tu takder 1 pun kaunter dibuka.. lebih setengah jam gak la nombor tu tak bergerak².. what happened? kurang staf ke? staf pegi minum ke? adehhh.. tensi.. tensi.. 

Pejabat Imigresen Kajang

Time nie memang menguji kesabaran betul.. buka 1 kaunter jer.. pastu one time tu ada pegawai lelaki ganti pulak... Idah tensi betul la dengan dia nie.. 1 orang dia layan dekat 15 minit.. hanya untuk nak serahkan dokumen.. sembang dia panjang lebar.. sembang tu tak pe laa.. tapi tangan tu jalan laa buat kerja... 

Satu ketika tu 3 kaunter dibuka.. haaa.. laju la sikitt.. tapi kejap jee.. ada laa dalam 20 minit.. pastu 1 kaunter jerr buka.. 

Idah dah nak pegi kat kaunter tu.. nak cakap kat pegawai wanita yg ada kat situ.. bukan apa nak tanya boleh tak dorang buka lebih skit kaunter :D... tapi hubby tak bagi plak.. dia kata dah la.. sabar je la... 

Ramai yang mengeluh especially ibubapa yang ada anak nak pegi sekolah.. huhh.. akhirnya.. pukul 12 tengahari nombor kami dipanggil juga untuk serahan dokumen dan 5 minit pastu nombor dipanggil lagi untuk bayar plak kat kaunter lain... "1 jam siap..!" kata pegawai yang terima bayaran tu.. ermm.. 

Orang ramai di Pejabat Imigresen

Kami tak boleh tunggu lagi dah.. rasa cam dah hilang kepercayaan dah betul ke 1 JAM dan lagi pula memang dah tak sempat dah.. sebab Nuqman dah nak kena pegi sekolah dah.. so kami pun balik.. 

Sampai rumah bas sekolah dah terlepas.. so Babah kena la hantar Nuqman...



Day 4 (Rabu)
Semalamnya sempat bertanya kat kaunter imigresen tu.. untuk nak ambik paspot perlu beratur panjang² lagi kee?? :D pegawai tu kata tak perlu.. terus je pegi ke depan dan minta nombor.. 

So pagi tu kami pun rileks la sikit tapi masih keluar awal juga.. sebab lepas tu nak bergegas ke tempat kerja pulak.. kami sampai lebih kurang jam 7.40am.. tengok orang yang nak ambil nombor beratur panjangg juga sama je macam semalam... dalam hati terdetik rasa kesian.. 

Nombor Giliran

Idah terus je ke kaunter nombor 2 untuk ambil nombor.. :D nombor 2001 hehe.. orang pertama.. 

Tapi kena tunggu juga sebab kaunter serahan hanya dibuka pada jam 8.00 pagi.. so duduk la tunggu.. alhamdulillah 5 minit sebelum pukul 8 tu dah ada pegawai yang dah duduk kat kaunter tu.. 

Paspot Malaysia

Hubby pun pegi kat kaunter 15 tu dan bagi resit yang bayar semalam tu... 5 minit kemudian pegawai tu panggil balik dan kena cop jari dan sain kat buku paspot baru tu.. alhamdulillah.. akhirnya setelah 4 hari baru la paspot baru kami berada digenggaman.. :D


Moral of d story.. kalau nak buat paspot tu.. keluar la rumah seawal yang boleh... dan ambil cuti kalau yang bekerja tu... cas henpon penuh².. dan kalau ada tablet ke.. bawak la sekali bleh gak la blogwalking sambil² tu.. so tak la bosan sangat menunggu.. :D


Ermm.. amacam pengalaman Idah buat paspot? siksa tak? hehe.. tak pe la.. mungkin kerana hujung² tahun nie nak dekat cuti sekolahkan so ramai orang yang nak bercuti keluar negara.. termasuk la diri ini.. :D aperr?? nak kemana?? hehehe... ala dekat jerr... tunggguuuu...! :D