20 Ogos, 2013
Wedding : Selamat Pengantin Baru Mohamad Ali Iqbal & Nurfazlin.
Assalamualaikum…
Pada tanggal 17 August 2013 Sabtu malam yang lepas Idah dan suami telah mendapat jemputan ke Majlis Perkahwinan Mohamad Ali Iqbal & Nurfazlin yang diadakan di Setia City Convention Centre, Setia Alam.
Tetamu yang dijemput diminta oleh tuan rumah untuk memakai Baju
Raya.. hik3x.. Lelaki berbaju melayu manakala wanita berbaju kurung.
Majlis sangat meriah walaupun ringkas dengan dihadiri oleh anak-anak tahfiz & anak-anak yatim.. Tidak
ketinggalan juga para VIP. :D
Pasangan tuan rumah nie memang unik. Konsep hiasan yang
dipilih pada malam itu ialah PETANI. Mesti u all pelik kan.. konsep
PETANI??? Hehehe.. ermm.. PETANIII..! hiasan-hiasannya
adalah terdiri dari hasil tani.. Nyiru yang diisi dengan sayur-sayuran.. ubi
kayu, peria, kobis, serai, dan banyak lagi jenis sayuran laa.. Pokok strawbery yang
berbuah ranum pula menjadi hiasan tiang-tiang sepanjang laluan. Dan yang paling
menarik tentang tuan rumah nie.. nak dekat hujung-hujung majlis tu.. semua tetamu
dibenarkan untuk ambil semua sayur-sayuran tu.. sampaikan licin.. dengan nyiru
skali dorang tapau… Baguskan tuan rumah nie.. saper yang kenal beliau akan tau
yang beliau adalah seorang yang tak suka membazir walaupun dia seorang
hartawan.
Jom kita tengok gambar yang sempat Idah ambil.. tapi sorrryyy
kualiti gambar sangat teruk okayy.. sebab ambik pakai camera hp jerr..! Tak
rock la dah pakai cantek2 tetiba bawak camera besar gedabak kan.. hik3x.. Jom
layann…!
Idah & En. Suami sempat posing sebelum
majlis dimulakan. Hik3x..
Menu yang disajikan pada malam itu. Middle East cuisine.
Buah tangan yang diberikan kepada para tetamu. Hik3x.. macam-macam ada.. :D Diatas meja diletakkan chocolate bentuk love tu.. kemudian ada Jus Kurma dan hehehe.. nampak tak ada pasu kecil polkadot tu.. hehehe.. cuba teka apa isinya?? :D Kemudian diatas kerusi diletakkan 1 beg yang berisi kotak yang agak besar juga.. hehehe.. di dalam kotak tersebut mengandungi sebiji buah melon yang sangat kuning dan manisss!! Bila Idah google namanya adalah Canary Melon.
Majlis turut dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan
Selangor.
Tetamu makan dengan diiringi oleh nyanyian lagu-lagu raya.. hehehe..
Pelamin yang simple dan dihiasi dengan pokok-pokok hijau dan bunga-bungaan segar.
Yang berbaju biru itu adalah tuan rumah bagi majlis malam itu iaitu Dato Menteri Besar Selangor.
Sempat posing dengan YB Bukit Lanjan. :D
Akak posing laggiii.. :-D
Pasangan pengantin yang diraikan pada malam itu. Pengantin diapit oleh Ibu & Bapa pengantin perempuan. Selamat Pengantin Baru semuga cepat dikurniakan cahaya mata dan jodoh yang berkekalan.. :)
Terima Kasih diucapkan kepada tuan rumah Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim & Puan Sri Salbiah kerana sudi
menjemput kami suami isteri dan terima kasih juga atas layanan yang sungguh
mesra dari seisi keluarga. Jangan serik jemput kami yerr..! :D
19 Ogos, 2013
Chocolate Chip Lepas Raya..
Assalam & Selamat Petang..!
Bz nyer hari nie.. petang baru dapat nak nyembang.. hik3x..
Banyak criter nak dikongsi nie.. membuak-buak rasanya nak menulis.. hehehe..
tak pe.. tak sempat hari nie esok masih ada kan...!
Jumaat lepas, sebelum balik keje dah call si kakak suruh keluarkan butter dan telur dari fridge..
Perasaan nak buat choc cip membuak-buak.. kena lak stock kuih raya dah semakin menyusut.. hehehe..
So malam tu buat la Chocolate Chip second batch..:D .. Buat sengsorang jer tauu.. maid sibuk tengok tv.. :(Ermmm.. anak-anak dan maid kata yang 2nd batch nie lagi sedap dari yg 1st batch..
Mungkin sebab yang 2nd batch nie Idah tak kurangkan sukatan gula dia kot.. so manis lebih skit la dari yg sebelum tu..Idah & husband tak suka biskut manis-manis sangat..
Seperti yang dijanjikan nie gambar-gambarnya.. Rupa tak cantek sangat tapi rasa dia sedap tauuu! :-D
Resepi nya boleh lihat disini..
16 Ogos, 2013
Main Masak-Masak @ DBKL
Assalam & Selamat Pagiii...
Cantek cuaca pagi jumaat nie.. sejukkk je..! Semuga apa saja yang kita lakukan hari ini mendapat keberkatan dariNYA.. :D
Hehehe... main masak-masak yee..! Seronok kan dah tua-tua nie dapat main masak-masak.. teringat zaman kecik-kecik dulu.. apa saja pokok yang ada dilaman semuanya jadi bahan/rencah masakan.. abis pokok bunga mak jadi mangsa.. hik3x..
Actually.. gambar nie adalah masa team kami buat pot-luck sempena menyambut kedatangan Ramadhan yang lalu. Macam-macam makanan yang ada semua dah siap masak dari rumahhh.. hehehe.. yang nie eksyen jerr.. panaskan kuah dalca tu dan tambah rencah sayur jer.. :D
Peacee yoo!!.. :D nie Kak Ieta.. geng main masak-masak hehe.. Cabaran nak main masak-masak nie ialah nak mencari lokasi.. hik3x.. almaklum laa nie dalam bangunan.. smoke detecter bersepah-sepah.. puas gak kami mencari lokasi yang sesuai.. Akhirnya dengan bantuan, kebenaran dan pengawasan brader-brader musician orchestra DBKL dapat gak la kami lokasi yang sesuai.. fuhh.. rezeki :-D
Kak Dini.. nie tokey empunya Kuah Dalca tu.. hik3x.. yang lain tu dok menempel & tukang sibuk jerr..!
Hik3x.. muka terkejut.. :D Errmm.. lenkali nak ambik gambau.. kasi la hint dulu.. so bleh la posing siap..! Aperrr???... akak?? ooo.. time nie akak bawak Kuah Kacang jerr...! :) .. Errmm.. licinnn...!
Posts ini akan bersambung di next episode... hik3x.. Pot-Luck Raya plak.. tungguu..!!
Sekian. Wassalam.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)