Assalamualaikum…
Pada tanggal 17 August 2013 Sabtu malam yang lepas Idah dan
suami telah mendapat jemputan ke Majlis Perkahwinan Mohamad Ali Iqbal &
Nurfazlin yang diadakan di Setia City Convention Centre, Setia Alam.
Tetamu yang dijemput diminta oleh tuan rumah untuk memakai Baju
Raya.. hik3x.. Lelaki berbaju melayu manakala wanita berbaju kurung.
Majlis sangat meriah walaupun ringkas dengan dihadiri oleh anak-anak tahfiz & anak-anak yatim.. Tidak
ketinggalan juga para VIP. :D
Pasangan tuan rumah nie memang unik. Konsep hiasan yang
dipilih pada malam itu ialah PETANI. Mesti u all pelik kan.. konsep
PETANI??? Hehehe.. ermm.. PETANIII..! hiasan-hiasannya
adalah terdiri dari hasil tani.. Nyiru yang diisi dengan sayur-sayuran.. ubi
kayu, peria, kobis, serai, dan banyak lagi jenis sayuran laa.. Pokok strawbery yang
berbuah ranum pula menjadi hiasan tiang-tiang sepanjang laluan. Dan yang paling
menarik tentang tuan rumah nie.. nak dekat hujung-hujung majlis tu.. semua tetamu
dibenarkan untuk ambil semua sayur-sayuran tu.. sampaikan licin.. dengan nyiru
skali dorang tapau… Baguskan tuan rumah nie.. saper yang kenal beliau akan tau
yang beliau adalah seorang yang tak suka membazir walaupun dia seorang
hartawan.
Jom kita tengok gambar yang sempat Idah ambil.. tapi sorrryyy
kualiti gambar sangat teruk okayy.. sebab ambik pakai camera hp jerr..! Tak
rock la dah pakai cantek2 tetiba bawak camera besar gedabak kan.. hik3x.. Jom
layann…!
Idah & En. Suami sempat posing sebelum
majlis dimulakan. Hik3x..
Menu yang disajikan pada malam itu. Middle East cuisine.
Buah tangan yang diberikan kepada para tetamu. Hik3x.. macam-macam ada.. :D Diatas meja diletakkan chocolate bentuk love tu.. kemudian ada Jus Kurma dan hehehe.. nampak tak ada pasu kecil polkadot tu.. hehehe.. cuba teka apa isinya?? :D Kemudian diatas kerusi diletakkan 1 beg yang berisi kotak yang agak besar juga.. hehehe.. di dalam kotak tersebut mengandungi sebiji buah melon yang sangat kuning dan manisss!! Bila Idah google namanya adalah Canary Melon.
Majlis turut dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan
Selangor.
Tetamu makan dengan diiringi oleh nyanyian lagu-lagu raya.. hehehe..
Pelamin yang simple dan dihiasi dengan pokok-pokok hijau dan bunga-bungaan segar.
Yang berbaju biru itu adalah tuan rumah bagi majlis malam itu iaitu Dato Menteri Besar Selangor.
Sempat posing dengan YB Bukit Lanjan. :D
Akak posing laggiii.. :-D
Pasangan pengantin yang diraikan pada malam itu. Pengantin diapit oleh Ibu & Bapa pengantin perempuan. Selamat Pengantin Baru semuga cepat dikurniakan cahaya mata dan jodoh yang berkekalan.. :)
Terima Kasih diucapkan kepada tuan rumah Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim & Puan Sri Salbiah kerana sudi
menjemput kami suami isteri dan terima kasih juga atas layanan yang sungguh
mesra dari seisi keluarga. Jangan serik jemput kami yerr..! :D