30 April, 2014

Tanpa Bicara #13 : Mesin Jahit Pusing Tangan

12 ulasan

Assalamualaikum...



Tanpa Bicara #13 : Mesin Jahit Pusing Tangan


Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 2

13 ulasan

Assalamualaikum...



5 lagi penerima bantuan fakir miskin, asnaf dan warga emas yang seterusnya... mari kita ikuti kisah mereka semoga kita akan menjadi insan yang lebih bersyukur dengan rezeki dariNya...




Penerima 6

Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 2

Makcik Zaleha 71, seorang ibu tunggal yang tinggal bersendirian... anak²nya seramai 5 orang dan kesemuanya telah berkahwin... beliau tidak bekerja... sara hidup dengan bantuan Baitulmal sebanyak RM250 sebulan beserta pemberian anak²....

29 April, 2014

Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 1

19 ulasan

Assalamualaikum...


Seperti yang idah janjikan... berikut adalah penerima² bantuan fakir miskin, asnaf dan warga emas disekitar Cheras yang berlangsung pada 26 April 2014 baru² ini...




Ada beberapa penerima yang tidak dapat kami temui kerana kebetulan mereka tiada semasa sukarelawan Al-Waasi datang ke rumah mereka... walaubagaimanapun sumbangan tersebut telah kami kirimkan kepada jiran terdekat untuk disampaikan kepada mereka...



Penerima 1

Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 1

Saudara ini berumur 41 tahun... tidak bekerja... menghidap penyakit gout... isterinya seorang surirumah... mempunyai 4 orang anak dan seorang anaknya mempunyai penyakit... tinggal menyewa di flat PPRT dan sewa rumah sudah hampir 3 bulan tertunggak... 

28 April, 2014

Selesai Program Bantuan Fakir Miskin

11 ulasan

Assalamualaikum...



Alhamdulillah... selesai sudah program #BantuanFakirMiskin anjuran Persatuan Kebajikan Al-Waasi Kuala Lumpur yang dibuat pada Sabtu 26 April 2014 kelmarin... segala sumbangan telah kami sampaikan kepada semua 30 orang penerima yang kurang berkemampuan...




Para Aktivis Al-Waasi

Seramai 13 orang sukarelawan telah turun dan membantu bagi menjayakan program ini... walaupun penat naik turun tangga... meredah panas dan hujan... menahan lapar dan dahaga... namun masih terukir senyuman di wajah mereka... jelas keikhlasan terpancar... :)