18 Oktober, 2013
Artwork By Nabihan Aziz.
Cantek tak hasil kerja Nabihan Aziz anak babah??? :]
:D senyum.. tak perlu kata apa-apa.. alahai anak omak.. punyalah banyak buku ibu belikan.. punyalah banyak kertas A4 kat rumah tu.. kat dinding jugak yang Nabihan nak lukis.. lukis pakai marker pen sampai ke lantai plak tue.. aduyaiii la anakk!
Apa perasaan uols bila balik kerja .. sampai rumah bukak je pintu.. tengok kat depan mata ada artwork camnie.. terpampang.. besarr lak tu..
Inilah budak yang punya angkara... Nabihann.. Nabihann..!
Ermm.. nak tergelak pun ada.. nak marah pun ada.. nak nangis punnn ada... bercampur baur perasaan nie.. akhirnya tunggu jer la Babah balik.. ibu dah tak tau apa nak kata dan nak buat.. hehe.. pass kat Babah to settle it.. :D
Ini orang yang tukang mengadu.. hehehe..
Idah tegur juga dia.. lain kali jangan buat lagi.. nanti Babah marah.. bla..bla..bla.. :D
Akhirnya bila Babah balik.. hehe.. Babah pun tak terkata apa dah.. :-D speechless.. selamats la Nabihan.. :D
17 Oktober, 2013
Lembu Korban Ayesha.
Assalamualaikum..
Aidiladha datang lagi.. :D seperti tahun² yang lepas kebiasaanya aidiladha kami sekeluarga sambut di kampung Idah.. hehehe.. bunyi macam jauh jer kan.. Kg. Konggo @ Bandar Tun Razak, Cheras.. hehe.. kg la jugak kann..
Alhamdulillah.. tahun nie En.Babah buat korban lagi.. 1 bahagian.. kali nie dia lakukan korban atas nama Nur Ayesha anak bongsu kami..
Yeyy.. tahun nie Ayesha ada lembu..
Nie bukan lembu Ayesha.. lembu dia tak sempat nak ambik gambar :) .. Idah sampai² dah kena sembelih.. lembu Ayesha kaler coklat..
Haa.. nie lembu Ayesha.. Babah tengah kemaskan dia..
Lembu yang telah disembelih digantung untuk memudahkan kerja² menyiang..
Alhamdulillah.. ramai yang datang bergotong royong.. kerja susah menjadi senang.. :D
Anak² muda juga tidak ketinggalan ramai yang datang membantu.. bagus budak² niee..
Daging korban yang telah dibungkus.. sedia untuk diagihkan kepada fakir, miskin, orang tua, ibu tunggal dan seluruh penduduk kampung.
Alhamdulillah.. kerja yang susah bila dibuat bersama² menjadi mudah dan cepat.. sebelum zohor segalanya dah selesai... seronok dapat bekerja bersama.. masak bersama.. bergurau sambil bertanya khabar..
Sebahagian dari tulang² lembu tersebut dibuat sup... so lepas zohor penduduk dijamu dengan sup tulang & gearbox... makan bersama dengan nasi dan bihun.. ermm.. sedapnya layan sup panas².. hehe.. sampai terlupa nak snap gambar sup seperiuk besar tu... :-D
11 Oktober, 2013
Kita Bertanya, Quran Menjawab.
Assalamualaikum dan salam jumaat..
Sumber : Google |
Kita Selalu Bertanya dan Al-Quran Sudah Menjawabnya..
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (“I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
– Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
– Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
– Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
- Surah Ali-Imran ayat 200
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
– Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…”
– Surah At-Taubah ayat 111
QURAN MENJAWAB
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”
– Surah At-Taubah ayat 129
QURAN MENJAWAB
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
– Surah Yusuf ayat 12
~Sabar And Solat~
Senyumlah ...
Senyuman Adalah Sedekah,
Senyum Adalah Sunnah,
Semoga Allah Sayang
Langgan:
Catatan
(
Atom
)