20 Ogos, 2013

Wedding : Selamat Pengantin Baru Mohamad Ali Iqbal & Nurfazlin.

Tiada ulasan


Assalamualaikum…





Pada tanggal 17 August 2013 Sabtu malam yang lepas Idah dan suami telah mendapat jemputan ke Majlis Perkahwinan Mohamad Ali Iqbal & Nurfazlin yang diadakan di Setia City Convention Centre, Setia Alam.

 
Setia City Convention Centre, Setia Alam


Tetamu yang dijemput diminta oleh tuan rumah untuk memakai Baju Raya.. hik3x.. Lelaki berbaju melayu manakala wanita berbaju kurung. 


Majlis sangat meriah walaupun ringkas dengan dihadiri oleh anak-anak tahfiz & anak-anak yatim.. Tidak ketinggalan juga para VIP. :D



Pasangan tuan rumah nie memang unik. Konsep hiasan yang dipilih pada malam itu ialah PETANI. Mesti u all pelik kan.. konsep PETANI???  Hehehe.. ermm.. PETANIII..! hiasan-hiasannya adalah terdiri dari hasil tani.. Nyiru yang diisi dengan sayur-sayuran.. ubi kayu, peria, kobis, serai, dan banyak lagi jenis sayuran laa.. Pokok strawbery yang berbuah ranum pula menjadi hiasan tiang-tiang sepanjang laluan. Dan yang paling menarik tentang tuan rumah nie.. nak dekat hujung-hujung majlis tu.. semua tetamu dibenarkan untuk ambil semua sayur-sayuran tu.. sampaikan licin.. dengan nyiru skali dorang tapau… Baguskan tuan rumah nie.. saper yang kenal beliau akan tau yang beliau adalah seorang yang tak suka membazir walaupun dia seorang hartawan.



Jom kita tengok gambar yang sempat Idah ambil.. tapi sorrryyy kualiti gambar sangat teruk okayy.. sebab ambik pakai camera hp jerr..! Tak rock la dah pakai cantek2 tetiba bawak camera besar gedabak kan.. hik3x.. Jom layann…!

Idah & En. Suami sempat posing sebelum majlis dimulakan. Hik3x..

 
Mohamad Ali Iqbal & Nurfazlin
Menu yang disajikan pada malam itu. Middle East cuisine.


Buah tangan yang diberikan kepada para tetamu. Hik3x.. macam-macam ada.. :D Diatas meja diletakkan chocolate bentuk love tu.. kemudian ada Jus Kurma  dan hehehe.. nampak tak ada pasu kecil polkadot tu.. hehehe.. cuba teka apa isinya?? :D Kemudian diatas kerusi diletakkan 1 beg yang berisi kotak yang agak besar juga.. hehehe.. di dalam kotak tersebut mengandungi sebiji buah melon yang sangat kuning dan manisss!! Bila Idah google namanya adalah Canary Melon.


Sultan Selangor
Majlis turut dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Pemuzik
Tetamu makan dengan diiringi oleh nyanyian lagu-lagu raya.. hehehe..


Pelamin
Pelamin yang simple dan dihiasi dengan pokok-pokok hijau dan bunga-bungaan segar.

Yang berbaju biru itu adalah tuan rumah bagi majlis malam itu iaitu Dato Menteri Besar Selangor.


 YB Bukit Lanjan
Sempat posing dengan YB Bukit Lanjan. :D 


Wedding : Selamat Pengantin Baru Mohamad Ali Iqbal & Nurfazlin.
 Akak posing laggiii.. :-D


Mohamad Ali Iqbal & Nurfazlin
Pasangan pengantin yang diraikan pada malam itu. Pengantin diapit oleh Ibu & Bapa pengantin perempuan. Selamat Pengantin Baru semuga cepat dikurniakan cahaya mata dan jodoh yang berkekalan.. :)
  

Terima Kasih diucapkan kepada tuan rumah Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim & Puan Sri Salbiah kerana sudi menjemput kami suami isteri dan terima kasih juga atas layanan yang sungguh mesra dari seisi keluarga. Jangan serik jemput kami yerr..! :D