Memaparkan catatan dengan label Pertandingan Bunga Api. Papar semua catatan
14 September, 2013
Bunga Api Perancis @ Putrajaya
Assalamualaikum & selamat berhujung minggu..
Malam tadi Idah berpeluang menyaksikan pertandingan bunga api di Putrajaya.. thanks to En.Babah.. :') .. kami sampai lebih kurang jam 9.15 pm.. ramai juga orang.. baliknya sesak jugak laa..
Oleh kerana tak tau dia tembak kat arah mana.. so kami agak-agak je tempat yang sesuai dan ramai orang park.. masa banyak lagi.. so we all bentang tikar.. piknik malam dulu.. huhuhu.. minum teh tarik (bawak dari rumah).. makan jajan dulu.. hehehe.. seronok juga lepak-lepak gini..
Adelia (seluar polkadot) tu mengelat.. dia duduk kat tengah-tengah je.. takut gelap la tu.. hehe.. menyanyi je dia..
Ayesha jugak steady tegolek jerr.. sambil makan jajan..
Nabihan.. hmm.. layan game la tu..
Atikah.. layan adik-adik dan babah nak air.. nak jajan.. sampah masukkan dalam plastik :)
Makcik Epah.. sibuk bergambar dengan tablet baru dia tu..
Nuqman.. cam biasa.. dengan dunia dia sendiri.. main lampu suluh..
Tepat jam 10.00 pm bunga api pun berselerakan di langit.. alamakk.. tapi tak nampak la dari tempat kami duduk tu.. ada bangunan menghalang.. kami pun kemas cepat-cepat.. naik kereta dan cari port yang clear skit..
Atikah.. layan adik-adik dan babah nak air.. nak jajan.. sampah masukkan dalam plastik :)
Makcik Epah.. sibuk bergambar dengan tablet baru dia tu..
Nuqman.. cam biasa.. dengan dunia dia sendiri.. main lampu suluh..
Seronok piknik malam hari.. sejukk jer.. :D
Tepat jam 10.00 pm bunga api pun berselerakan di langit.. alamakk.. tapi tak nampak la dari tempat kami duduk tu.. ada bangunan menghalang.. kami pun kemas cepat-cepat.. naik kereta dan cari port yang clear skit..
Alhamdulillah kat jambatan nie tak ramai orang.. dan boleh nampak clear sangat.. view kat situ pun cantek.. :)
Kebabommm.. hampir setengah jam gak la.. tapi rasa cam takde yang special la dari perancis nie.. Idah harapkan sesuatu yang 'baru' sebab inikan pertandingan.. ye tak.. mungkin China esok lebih menarik kot.. :)
Atikah & Nuqman.. layann bunga api.. "Ibu esok boleh tengok lagi tak??" .. huhuhu..
Sebelum balik.. posing dulu dengan Nuqman.. dia nie kan suka buat muka camtu tau.. ambik gambar senyum la sikit.. angin kat situ kuat.. senget benget jadinya shawl akak..
Keseluruhannya.. seronok larr.. lepak malam-malam dengan family.. uols kalau nak pegi esok dan lusa masih ada lagi.. tengok jadualnya kat sini..
Happy ending.. :D
11 September, 2013
Pertandingan Bunga Api Antarabangsa 2013 @ Putrajaya
Assalamualaikum,
Sumber : Official portal of Perbadanan Putrajaya
Kepada rakan-rakan yang tak sempat tengok bunga api di Putrajaya pada malam 30 & 31 Ogos kelmarin.. Ada berita baik untuk anda kerana anda masih boleh tengok lagi.. hehe.. 'Anda' tu termasuk la dengan Idah & family.. hehehe..
Pertandingan ni diadakan di Marina Putrajaya, Precinct 5, Putrajaya dan persembahan bunga api tu memakan masa dalam lebih kurang 20-25 minit. So jangan lewat.. kalau lewat jawabnyer tengok asap jer lerr.. hehehe..
Ada waktu kelapangan tu boleh la bawa pasangan & anak-anak menyaksikan pertandingan bunga api ni.. bukan selalu ada pun.. mesti dorang suka.. cuma waktunya tu agak kelewatan skit la untuk kanak-kanak..
Idah ingat lagi masa kecik-kecik dulu.. arwah abah suka bawak kami adik beradik tengok bunga api biasanya malam tahun baru.. :)
Dibawah nie adalah jadualnya.. cuma pada 15hb September je yang Idah tak berapa pasti waktunya.. ada surat khabar yang tulis mula pukul 12 tengah malam (**).
- 13 September 2013 10 Malam Perancis
- 14 September 2013 10 Malam China
- 15 September 2013 10 Malam Amerika Syarikat (**)
- 2 Oktober 2013 10 Malam UAE
Moga En.Babah dapat bawak Idah dan anak-anak pegi.. huhuhu.. (request kat sini je la yee..:D)
Langgan:
Catatan
(
Atom
)