Memaparkan catatan dengan label Aidiladha. Papar semua catatan
08 Oktober, 2014
Aidiladha 2014 Dan Ibadah Korban
Assalamualaikum...
Aidiladha 2014 seperti tahun² sebelumnya... idah beraya di kampung idah... di Cheras... rumah mak idah... kerana boleh dikatakan setiap tahun kami akan melakukan ibadah korban disini... :) tidur semalam di rumah mak... walaupun rumah mak dengan idah sepelaung jer pun... hehehe... bukan apa... nak gak feeling² pulang ke kampung kan... kekeke... :D
Errmm... anak dara dan anak bujang idah berposing di pagi Aidiladha... pagi² dah bangun... mandi... excited nak beraya la tu... :D
06 Oktober, 2014
17 Oktober, 2013
Lembu Korban Ayesha.
Assalamualaikum..
Aidiladha datang lagi.. :D seperti tahun² yang lepas kebiasaanya aidiladha kami sekeluarga sambut di kampung Idah.. hehehe.. bunyi macam jauh jer kan.. Kg. Konggo @ Bandar Tun Razak, Cheras.. hehe.. kg la jugak kann..
Alhamdulillah.. tahun nie En.Babah buat korban lagi.. 1 bahagian.. kali nie dia lakukan korban atas nama Nur Ayesha anak bongsu kami..
Yeyy.. tahun nie Ayesha ada lembu..
Nie bukan lembu Ayesha.. lembu dia tak sempat nak ambik gambar :) .. Idah sampai² dah kena sembelih.. lembu Ayesha kaler coklat..
Haa.. nie lembu Ayesha.. Babah tengah kemaskan dia..
Lembu yang telah disembelih digantung untuk memudahkan kerja² menyiang..
Alhamdulillah.. ramai yang datang bergotong royong.. kerja susah menjadi senang.. :D
Anak² muda juga tidak ketinggalan ramai yang datang membantu.. bagus budak² niee..
Daging korban yang telah dibungkus.. sedia untuk diagihkan kepada fakir, miskin, orang tua, ibu tunggal dan seluruh penduduk kampung.
Alhamdulillah.. kerja yang susah bila dibuat bersama² menjadi mudah dan cepat.. sebelum zohor segalanya dah selesai... seronok dapat bekerja bersama.. masak bersama.. bergurau sambil bertanya khabar..
Sebahagian dari tulang² lembu tersebut dibuat sup... so lepas zohor penduduk dijamu dengan sup tulang & gearbox... makan bersama dengan nasi dan bihun.. ermm.. sedapnya layan sup panas².. hehe.. sampai terlupa nak snap gambar sup seperiuk besar tu... :-D
Langgan:
Catatan
(
Atom
)