27 Februari, 2019

Hello 2019, Hello Sahabat

6 ulasan



Wajah Lama


Salam Petang πŸŒΉ



Ini adalah entry pertama I di tahun 2019 ini. Rasanya tak terlewat untuk I ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2019 buat semua pembaca blog ini, sahabat handai, para bloggers dan tetamu yang sudi hadir di halaman I ini. Semoga tahun ini kita semua di murahkan lagi rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dipenuhi segala impian-impian dan dipermudahkan apa jua yang kita lakukan. Ucapan yang so klise kan...πŸ˜‰ tapi itulah yang selalu kita ucap dan doakan walau dimana sekali pun, even dalam solat.




Bercerita tentang tahun baru, pasti tidak lari dari azam dan segala rancangan-rancangan untuk sepanjang tahun yang bakal dilalui. Biasanya I tak ada pun azam tahun baru atau planning... just go with the flow... kalau ada pun hanya plan jangka pendek especially yang berkenaan dengan my charity work je.



Azam tak ada tapi Impian.., ermmm tipu la kalau I kata I tak ada impian kan... Impian memang banyak, cuma perlaksanaan jer yang tak ada hahahaha...πŸ˜… 



Tapi... tahun lepas I dapat capai satu dari impian hidup iaitu nak punyai satu dari kereta favourite I 😊 Alhamdulillah walau pun hutang tapi at least merasa la kereta impian kan... hehehe.. πŸš—



Okay... untuk tahun ini... I nak cuba realisasikan satu lagi dari impian hidup. Iaitu untuk bergelar usahawan 😊 ... mula-mula kecil dipanggil peniaga la kan.. nanti dah berkembang boleh la di panggil usahawan pula πŸ˜‰ . Impian satu ini I set sudah agak lama malah seawal umur 20an lagi. By the time umur I 40 I nak ada perniagaan sendiri walau kecil pun. Sebab I tak nak jadi programmer sampai pencen.. hahahaha...πŸ˜… bukan tak suka tapi I nak buat benda lain especially benda-benda yang I minat dan juga tidak dikawal oleh orang lain. 




Nanti I share apa impian yang I nak usahakan tu ye.. Semoga dipermudahkan olehNYA.. 


6 ulasan :

  1. Helloo..lamanya tk dengar khabar..Happy new year to you too..
    semoga tercapai impian..bagus kerja sendiri bergelar usahawan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQVM kak nohas sudi singgah halaman saya nie... teruja bila nampak komen dari akak... hehehe... almaklum la dah berkurun tak dapat email komen dari pengunjung... :D tqvm yerr...

      Padam
  2. salam tahun baru, tak terlewat rasanya... semoga impian sis tercapai k...

    BalasPadam
  3. Hello dan salam untuk 2020 pulak , hihihii :)

    BalasPadam
  4. Hello dan salam untuk 2020 pulak , hihihii :)

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D