07 Februari, 2017

Wajah Baru Blog 2017

17 ulasan

Assalamualaikum Dan Salam Mesra 🌹


Minggu lepas lawat blog rakan²... perghh..! cantik² blog masing² dengan pelbagai warna dan reka bentuk. Terasa kerdil sungguh diri ini 😔... tiba² terasa nak tukar wajah baru jugak laa... hikhikhik... wajah baru blog 2017 acikidah taraannngggg!! 😉👇


Wajah Baru Blog 2017


Masih mengekalkan latar belakang yang berwarna cerah dan juga font yang besar... mudah nak membaca kan... kalau dulu simple rasanya yang ini lebih simple lagi kot... 😀



Wajah Lama


Haaa... Ini pula wajah lama... Lebih 2 tahun juga idah gunakan template ini. Header tak pernah tukar dari mula berblogging... hahaha sadis betul...


Setelah bertahun² gunakan header lama tu... untuk tahun 2017 ni buat pertama kalinya kita tukar laa... 😁 gunakan header yang lebih simple lagi kankankan... sebenarnya bukan idah tak buat design header... tapi setelah beberapa design image dibuat pilih punya pilih akhirnya tak payah pakai header image langsung la... hahahaha... guna tulisan jerr... sempoii... latar header tu pun sebenarnya adalah gambar background jer.. 



Penukaran wajah baru ini idah buat sendiri sepenuhnya... tiada khidmat pakar digunakan.. idah hanya ambil jer template percuma yang ada di bloggertemplates20.com . Walaupun begitu... untuk nak buat pilihan pun susah juga tau.. dah pilih yang berkenan kena lihat pula sesuai ke tidak dengan template yang sedang kita gunakan. Kemudian template baru ini biasanya didatangkan sekali dengan widget² yang kadang² kita tidak perlukan, jadi kita kena edit la pula selepas itu.


Memandangkan skill web programming ku dah berkarat jadi idah mengambil masa 2 hari suntuk untuk membuat kerja² mengedit bagi mengikut citarasa serta buang dan tambah widget baru... sampai jam dah pukul 5.30 pagi pun tak perasan punyalah khusyuk... chia chia chia..


Idah suka template baru ini kerana dia responsif page iaitu dia akan outomatik mengubah saiznya mengikut peranti (tablet, handphone, dsb) yang pembaca gunakan dan juga jika pembaca mengubah saiz browsernya sekaligus page ini akan disesuaikan untuk kelihatan tersusun dan nampak kemas.. 😍



Wajah baru ini nak kata siap 100% tu tidak lagi... sebab biasalah kan... kalau dah kata programmer tu ada jer yang dia nak touch up tambah itu ini... boleh dikatakan sehingga hujung tahun nanti pun takkan capai 100% hahaha... haa ok la setakat ini saja nanti sembang punya sembang jadi cerpen pulak... hahaha... okay tata selamat malam... ✋💋


13 Januari, 2017

Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan Tahun 2017

8 ulasan
Assalamualaikum Dan Salam Jumaat 🌷...



Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan Tahun 2017 bagi sekolah² kerajaan dan sekolah² bantuan kerajaan. Oleh itu suka untuk idah share kat sini mana tau kalau² ada ibubapa atau anak² yang sedang mencari-cari info ini ke... bukan apa senang untuk sebarang perancangan hari depan kan.. 😇



Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan Tahun 2017
Perincian Takwim Persekolahan Tahun 2017 bagi sekolah² di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

10 Januari, 2017

Back To School Giveaway by Abam Kie

10 ulasan
Assalamualaikum Dan Salam Ceria 💋...


Back To School Giveaway by Abam Kie

Setelah bertahun² tidak menyertai mana² Giveaway mahu pun segmen... rindu pula... hehehe... tak join bukan sebab sombong taw... tapi sebab blog terabai... 😜hahahaha... okay... untuk mengambil mood kembali... ini GA pertama yang acikidah join untuk tahun 2017 ini... horeyyyy... jom kita join jom... Back To School Giveaway by Abam Kie


08 Januari, 2017

Tatacara Pemakaian Lencana Sekolah Yang Betul

14 ulasan
Assalamualaikum Dan Salam Sehati Sejiwa 💋...


Minggu ini merupakan minggu pertama persekolahan... rasanya masih ada lagi anak² atau parents yang baru nak jahit atau tampal lencana dan tanda nama kan 😉sedar atau tidak, selama ni ramai yang salah meletakkan lencana pada tempatnya... oleh itu difahamkan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui pihak sekolah telah mengeluarkan hebahan berkenaan Tatacara Pemakaian Lencana Sekolah dan Tanda Nama Yang Betul. Meh kita semak... 😊


Tatacara Pemakaian Lencana Sekolah Dan Tanda Nama Yang Betul