03 Oktober, 2013

❤♥♥..Selamat Hari Lahir Anak Ku Nur Atikah..♥♥❤

5 ulasan

Assalamualaikum..


Hari nie 03 Oktober 2013 genap umur anak sulung ku Nur Atikah yang ke 11 tahun.. sekejap je masa berlalu.. Idah masih ingat lagi saat ketika dia masih kecil... keletahnya... kerenahnya... ;-) tup² skarang dah 11 tahun..



Kepada kakak.. Ibu ucapkan Selamat Hari Lahir.. Ibu doakan kakak senantiasa sukses dalam apa jua yang kakak lakukan... berjaya didunia dan diakhirat... dipermudahkan segala urusan... dan semuga kakak menjadi anak yang soleh dan sentiasa menyayangi Ibu, Babah dan adik-adik... jangan garang² sangatt.. Ibu sayang kakak..muuaahhh!!


Nur Atikah belum setahun.

Nur Atikah tembun

Nur Atikah berangan

Nur Atikah dah tumbuh gigi

Nur Atikah masa kindergarten

Nur Atikah @ KL Tower



Nur Atikah 1st day school standard 1

Nur Atikah 10 tahun

Peace..♥


"SPECIAL BIRTHDAY GIVEAWAY BERNILAI RM750"

1 ulasan

Ini adalah segmen ke 2 yang Idah join.. segmen nie diadakan sempena Hari Lahir blogger Nurul Nabila yang bakal datang .. jom join segmen nie.. syarat²nya pun mudah jer.. 


"SPECIAL BIRTHDAY GIVEAWAY BERNILAI RM750"


Syarat Wajib
1. Warganegara Malaysia
2. Follow semua blog sponsor dan like semua pages sponsor. Akan disemak!
Emas PutihNabila MedanMunirah ZahariZyraneeNur Syahiera DahhariSyifaul Saira
       
3. Buat satu entri dengan tajuk "SPECIAL BIRTHDAY GIVEAWAY BERNILAI RM750", letak banner dan linkkan semula kesini. Tag rakan-rakan pun boleh.
4. Publish entri awak dan tinggalkan penyertaan korang di borang penyertaan ini. Mana-mana link entri di kotak komen tidak akan diambil penyertaannya.

Senarai Hadiah Yang Umpphh!
1 Set Produk Mary Kay Bernilai RM108
1 Pcs Bedak Arab Bernilai RM35
10 Pcs Shawl Thara Jenama Sugarscarf Bernilai RM43 Setiap Satu
2 Pcs Baju Bernilai RM50 & RM55
2 Pcs Bear Bernilai RM15 Setiap Satu
1 Pcs Krim Ibu Putih Ninaskincare Bernilai RM50
1 Pcs Shiseido Mask Hitam Bernilai RM1.50
1 Pcs Shiseido Mask Naturgo (Pek Oren) Bernilai RM1.50
1 Pcs Sabun Susu Beras Collagen KZ Brothers Bernilai RM8

Tamat 10 Oktober 2013 (5 Petang)

(。◕‿◕。)


02 Oktober, 2013

Wajah Lama vs Wajah Baru..

5 ulasan


2 hari server down kat opis nie.. inilah hasilnya.. hehehe.. belog akak bertukar wajah.. :D





New Look
Wajah Baru..


Terima kasih kepada Azharul sebab bantu dan tunjuk ajar Kak Idah cara nak troubleshoot webpage dan memperkenalkan Firebug juga.. :D really appreciate it..



Perubahan yang dilakukan tak banyak pun.. sebab Idah masih prefer page yang simple..




Old Look
Wajah Lama..


Semuga wajah baru ini memberi semangat baru untuk diri ini terus berblogging... :D




Nasi Maqlubah Palestin..

13 ulasan

Assalamualaikum..



Nasi Maqlubah Palestin ~ Ayam

Ramai yang bertanyakan pasal nasi yang Idah makan masa birthday party hari tu.. errmm.. nasi tu namanya Nasi Maqlubah Palestin.. kedainya di Saujana Prima, Kajang.


Al-kisah yang diceritakan pada Idah.. pemilik kedai nie adalah seorang freelance photographer.. pastu berkahwin dengan seorang chef dari Palestin.. dan kemudian mereka menetap disini.. so resepi Nasi Maqlubah nie adalah resepi dari palestin oleh suaminya.. Maqlubah tu bermaksud terbalik (kalau salah sorry yee..) nasi nie akan diterbalikkan dari periuk terus ke dalam dulang yang disertakan sekali..


Nasi nie setnya ada salad, sup dan nasi yang dimasak sekali dengan ayam.. tu hari kami order untuk 10 orang makan.. banyaknya ya rabbi.. macam boleh makan 25 orang.. untuk 10 orang tu dikenakan bayaran sebanyak RM150.




Nasi Maqlubah Palestin..

Disebabkan kami beli untuk 10 orang so kami diberi pilihan samada nak dalam bekas satu-satu atau sekali harung dalam periuk. Tapi kalau pilih periuk deposit RM50 untuk periuk akan dikenakan.. dan akan dipulangkan semula setelah periuk dikembalikan...



Salad
Ada salad..



Soup
Ada sup..



Soup & Salad Packaging
Salad dan sup diletak dalam bekas macam nie..



Nasi Maqlubah Palestin Contact Person & Number

Setakat kelmarin yang Idah tanya.. dia tak boleh walk-in jer.. kena order terlebih awal..  apa² pun boleh hubungi sendiri dengan pemiliknya yaa.. :D pemiliknya sangat..sangatt peramah.. kecil molek dan baik orangnya..


Pada Idah nasi nie okay sedap laa.. dia juicy tak kering macam separuh nasi arab tu.. mungkin kerana dia masak sekali dengan tomato, kentang dan ayam tu.. kalau nasi arab beras dia panjang² kan.. tapi nasi nie beras biasa je.. salad.. :D Idah tak makan pun.. so tak boleh nak komen.. sup dia macam biasa laa.. rasa sup.. hehe.. tapi untuk orang macam Idah yang suka makan pedas nie Idah rasa ianya akan lebih menarik kalau disertakan dengan sambal belacan ker.. sambal ala arab ker.. :D tak kira laa janji pedass.. okay.. kalau nak try boleh la call kat nombor diatas tu ye..