Memaparkan catatan dengan label kebajikan. Papar semua catatan

16 Mei, 2014

Ziarah Gelandangan 12 Mei 2014

19 ulasan

Assalamualaikum...


Ziarah Gelandangan 12 Mei 2014

Lama rasanya idah tak update tentang program gelandangan Al-Waasi... bukannya tak ada program... ada... cuma idah jer yang malas nak masukkan kat sini... biasanya memang kami akan buat dua minggu sekali...



02 Mei, 2014

Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 3

9 ulasan

Assalamualaikum...




Bagi Penerima Bantuan Fakir Miskin Siri ke-3 ini... 5 lagi penerima sumbangan ingin idah paparkan... jika kita merasa yang kehidupan kita ini susah... lihat lah masih ada yang lebih susah dari kita... melihat kebawah membuatkan kita menjadi insan yang lebih bersyukur...





Penerima 11


Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 3

Pn. Norasmah 41, merupakan seorang ibu tunggal yang menyara 7 orang anak yang mana hampir keseluruhannya bersekolah... menyara kehidupan dengan membawa teksi yang disewa disamping bantuan Baitulmal sebanyak RM300 sebulan... rumah flat yang diduduki adalah berstatus sewa dengan pihak DBKL...

30 April, 2014

Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 2

13 ulasan

Assalamualaikum...



5 lagi penerima bantuan fakir miskin, asnaf dan warga emas yang seterusnya... mari kita ikuti kisah mereka semoga kita akan menjadi insan yang lebih bersyukur dengan rezeki dariNya...




Penerima 6

Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 2

Makcik Zaleha 71, seorang ibu tunggal yang tinggal bersendirian... anak²nya seramai 5 orang dan kesemuanya telah berkahwin... beliau tidak bekerja... sara hidup dengan bantuan Baitulmal sebanyak RM250 sebulan beserta pemberian anak²....

29 April, 2014

Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 1

19 ulasan

Assalamualaikum...


Seperti yang idah janjikan... berikut adalah penerima² bantuan fakir miskin, asnaf dan warga emas disekitar Cheras yang berlangsung pada 26 April 2014 baru² ini...




Ada beberapa penerima yang tidak dapat kami temui kerana kebetulan mereka tiada semasa sukarelawan Al-Waasi datang ke rumah mereka... walaubagaimanapun sumbangan tersebut telah kami kirimkan kepada jiran terdekat untuk disampaikan kepada mereka...



Penerima 1

Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 1

Saudara ini berumur 41 tahun... tidak bekerja... menghidap penyakit gout... isterinya seorang surirumah... mempunyai 4 orang anak dan seorang anaknya mempunyai penyakit... tinggal menyewa di flat PPRT dan sewa rumah sudah hampir 3 bulan tertunggak... 

28 April, 2014

Selesai Program Bantuan Fakir Miskin

11 ulasan

Assalamualaikum...



Alhamdulillah... selesai sudah program #BantuanFakirMiskin anjuran Persatuan Kebajikan Al-Waasi Kuala Lumpur yang dibuat pada Sabtu 26 April 2014 kelmarin... segala sumbangan telah kami sampaikan kepada semua 30 orang penerima yang kurang berkemampuan...




Para Aktivis Al-Waasi

Seramai 13 orang sukarelawan telah turun dan membantu bagi menjayakan program ini... walaupun penat naik turun tangga... meredah panas dan hujan... menahan lapar dan dahaga... namun masih terukir senyuman di wajah mereka... jelas keikhlasan terpancar... :)


24 April, 2014

Program Bantuan Fakir Miskin.

12 ulasan

Assalamualaikum....



Persatuan Kebajikan Al-Waasi akan mengadakan satu Program Bantuan Fakir Miskin bagi penduduk yang kurang berkemampuan sekitar Cheras, Bandar Tasik Selatan dan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur...




Seramai 30 orang penerima sumbangan telah dikenalpasti dan promo bagi mengutip sumbangan telah berlaku lebih kurang dalam 2 minggu yang lalu... alhamdulillah syukur pada yang maha esa... ramai individu prihatin yang tampil dan telah memberikan sumbangan mereka dalam pelbagai bentuk... ada yang memberikan tunai, beras dan pelbagai barangan makanan... 



Program Bantuan Fakir Miskin.


Program Bantuan Fakir Miskin ini akan diadakan pada Sabtu ini 26 April 2014... sumbangan yang bakal diberikan adalah dalam bentuk makanan dan pakaian.. segala sumbangan akan disampaikan oleh sukarelawan Al-Waasi terus ke rumah penerima sumbangan...





Program Bantuan Fakir Miskin.

Semalam sukarelawan Al-Waasi telah membeli pelbagai makanan lagi bagi menambah kuantiti barangan yang telah ada... kerja-kerja pembungkusan dan pembahagian dirancangkan akan dilakukan pada malam ini di suatu lokasi yang telah dikenal pasti...







Program Bantuan Fakir Miskin.


Alhamdulillah... beberapa hari lepas Al-Waasi telah menerima sumbangan tunai dari Seorang Hamba Allah pemurah yang boleh dikatakan paling banyak yang pernah kami terima... sumbangan tersebut telah disampaikan oleh beliau terus kepada setiausaha Al-Waasi...



Jika ada yang ingin menyumbang kepada Persatuan Kebajikan Al-Waasi Kuala Lumpur... boleh hubungi idah selaku Bendahari Al-Waasi di acikidah@yahoo.com atau boleh juga terus salurkan ke akaun Al-Waasi...



Bank Islam Malaysia Berhad
14238010004033
Persatuan Kebajikan Al-Waasi Kuala Lumpur





Pertamanya idah ingin memanjatkan rasa syukur ke hadratNYA... masih ramai lagi insan yang prihatin dan pemurah di luar sana yang peka dengan nasib insan² dan saudara² kita yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan... 



Bagi pihak Al-Waasi... idah ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada semua pemberi sumbangan² ini dan juga tidak lupa kepada para sukarelawan yang juga samada telah atau pun akan memberikan masa, tenaga dan juga diri anda bagi kerja² kebajikan ini... 
Hanya ALLAH TAALA sahaja yang dapat membalasnya... :) 





14 April, 2014

Sumbangan Dari Sahabat Lama.

14 ulasan

Assalamualaikum...



Apa khabar semua... sihat? idah alhamdulillah... sihat seadanya... cuma masih keletihan dek aktiviti hujung minggu yang padat.... :D Lagipun hari ni kan isnin... "Monday Blues"... hehehe...





Okay... berkisar kepada tajuk diatas.... :D sebenarnya... sabtu petang yang baru nie... idah ada terjumpa dengan seorang sahabat lama... ekceli bukan 'terjumpa' la... memang petang tu kami calling² untuk buat satu perjumpaan singkat... Nama manjanya Intan...  ;)





Sumbangan Dari Sahabat Lama.

02 April, 2014

Tanpa Bicara #12 : Prihatin MH370 Dan Flashmob For Syrian.

18 ulasan

Assalamualaikum...



Prihatin MH370 Dan Flashmob For Syrian.



27 Februari, 2014

Ziarah Gelandangan Bersama Persatuan Sahabat Jiwa Murni.

19 ulasan

...السلام عليكم


Apa saja yang kita ada... tidak baik lokek... itu pesan mak dulu... sedikit sama dirasa... banyak sama dikongsi... pengalaman yang kami timba dalam membantu golongan gelandangan... kami turut berkongsi dengan persatuan² dan sahabat² yang lain... kami ingin mereka juga merasakan apa yang telah kami rasa disaat menghulurkan sedikit bantuan kepada golongan ini... kami suka berkongsi pengalaman kami dengan sesiapa saja....


Alhamdulillah... pada jumaat lepas 21 Februari 2014... sebuah persatuan kebajikan yang lebih kepada kebajikan untuk ahli² dan penduduk sekitarnya yang menggelarkan pertubuhan mereka sebagai Persatuan Sahabat Jiwa Murni... telah melantik idah dan skuad Al-Waasi' sebagai perancang dan sekaligus mengetuai rombongan persatuan mereka untuk turut sama² membantu golongan gelandangan ini di sekitar kuala lumpur...






Ziarah Gelandangan

24 Februari, 2014

Tidak Semudah Yang Disangka

26 ulasan
...السلام عليكم


Apa khabar rakan² sekelian?... ermm.. idah? alhamdulillah sihat seadanya... cuma semenjak dua menjak nie kesibukan ada sedikit melanda... :D sampaikan belog pun dah nak bersawang tak dikemaskini... hehehe....


Ini semua gara² Al-Waasi'... Semenjak pertubuhan Al-Waasi didaftarkan... rutin kehidupan dah jadi carca marba dah... masa rehat untuk diri sendiri pun kadang² terpaksa curi²... ku ingatkan selepas pendaftaran diluluskan... kerja akan menjadi lebih mudah... rupa²nya ianya tidak semudah yang disangka....




Tidak Semudah Yang Disangka


19 Februari, 2014

Kelulusan Pendaftaran Persatuan Kebajikan Al-Waasi

21 ulasan
...السلام عليكم


Kelulusan Pendaftaran Persatuan Kebajikan Al-Waasi


Semalam merupakan hari yang sungguh bermakna bagi idah dan rakan² Al-Waasi apabila persatuan kebajikan yang kami daftarkan telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS)… horaaayyy!!... :D



10 Februari, 2014

Sumbangan 40 Kotak Barangan Terpakai.

22 ulasan
...السلام عليكم


Alhamdulillah... semenjak kumpulan kebajikan kami beroperasi... ini adalah merupakan sumbangan terbesar yang kami terima... sumbangan ini adalah dari pihak Pusat Komuniti JIM yang merupakan 40 kotak pelbagai barangan terpakai... antaranya pakaian wanita, lelaki, kanak², tudung, telekung, sejadah, pakaian dalam (baru) dan macam² lagi...




Sumbangan 40 Kotak Barangan Terpakai.