Memaparkan catatan dengan label isusemasa. Papar semua catatan

22 Ogos, 2014

Penghormatan Terakhir Buat Mangsa MH17

15 ulasan
Assalamualaikum...


Penghormatan Terakhir Buat Mangsa MH17


Hari ini merupakan hari ketibaan jenazah mangsa MH17, oleh itu kita rakyat Malaysia disarankan agar bertafakur selama seminit di antara 10.45 pagi sehingga 11.15 pagi walau dimana kita berada. Ini adalah sebagai penghormatan terakhir buat mangsa² yang terlibat dan mengenang tragedi tersebut.



06 Ogos, 2014

I'm From Malaysia And I Support GAZA ~ Tanpa Bicara #20

16 ulasan
Assalamualaikum...



I'm From Malaysia And I Support GAZA



I'm From Malaysia And I Support GAZA



23 Julai, 2014

Baju Kurung 5 Pasang RM100 Di Kamdar

19 ulasan


Baju Kurung 5 Pasang RM100 Di Kamdar


Baju Kurung 5 Pasang RM100 Di Kamdar

Assalamualaikum...



Tengahari semalam ronda² jap kat Jalan Tunku Abdul Rahman... ternampak pula di depan Pasaraya Kamdar tertera Murah²... Baju Kurung Murah 5 Pasang RM100... perghh murah tu... kain aper dia guna tue... baju kurung ready made tau dia jual tu...


22 Julai, 2014

2 Beradik Tinggal Di Kaki Lima Perhentian Bas

24 ulasan

Assalamualaikum...



2 Beradik Tinggal Di Kaki Lima Perhentian Bas



Dalam kita sibuk menyiapkan kelengkapan raya dan berseronok untuk menyambut syawal yang bakal tiba... tidak terfikir kita akan keluarga kita, jiran tetangga kita atau orang sekeliling kita yang serba kekurangan... kasihan masih ada di sekeliling kita insan yang tidak berumah dan tinggal di mana saja umpama gelandangan seperti 2 beradik ini yang tinggal di kaki lima perhentian bas... 


18 Julai, 2014

Terkini : Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 Terhempas Di Ukraine

14 ulasan

Assalamualaikum...



Terkini : Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah terhempas di Ukraine dan dipercayai telah ditembak oleh pihak yang masih belum diketahui. Pesawat MH17 tersebut telah membawa 280 orang penumpang dan 15 anak kapal yang membuat penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. 



Penerbangan MH17 beroperasi pada Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12:15 (waktu tempatan Amsterdam) dan dianggarkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di 06:10 (waktu tempatan Malaysia) pada hari berikutnya. Ia ditembak jatuh kira-kira empat jam selepas ia berlepas.




Pihak kerajaan Ukraine mengesahkan yang pesawat MH17 milik Malaysia tersebut memang ditembak jatuh, namun begitu belum dapat memastikan pihak yang terlibat.



11 Julai, 2014

Al-Waasi Muka Depan Akhbar The Star

16 ulasan

Assalamualaikum...


Al-Waasi Muka Depan Akhbar The Star

Al-Waasi di muka depan akhbar Metro The Star hari ini Jumaat 11 Julai 2014... huhuhu... tengok jejaka² macho Al-Waasi di situ... hehehe... muka sorang² macam gengster kampung dusun... tapi errmmm... jangan lihat dari rupa... dalam hati ada taman tue... hehehe... mereka² ni semua telah banyak menabur jasa pada masyarakat... :)


Kucing Haiwan Kesayangan Nabi

6 ulasan

Assalamualaikum...


Kucing Haiwan Kesayangan Nabi


Salam jumaat semua... :) sekejap jer dah nak masuk separuh bulan ramadhan kan... tinggal beberapa hari saja lagi ramadhan akan berlalu pergi... dan entah kita berkesempatan berjumpa lagi atau tidak... oh yer... tiba² ada gambar kucing pula nie kan... hehe.. sengaja idah nak memorikan dia di sini... gambar ini idah ambil semasa ada program makanan untuk gelandangan beberapa bulan lepas di perkarangan bangunan Menara Maybank di pusat bandaraya KL... errmm mungkin sebab idah tertarik dengan warna mata dan aksi kucing ini... :)

10 Julai, 2014

Jom Kita Bantu GAZA..!

21 ulasan

Assalamualaikum...


Jom Kita Bantu GAZA..!

Jom kawan² saudara kita di GAZA sangat memerlukannya...
kemonn...!! :D seringgit pun tak perr... 

Perdana Menteri Turun Meninjau Gelandangan Malam Tadi

19 ulasan

Assalamualaikum...


Hampir sebulan isu gelandangan panas di negara kita ini... banyak juga pihak yang mengeluarkan pendapat mereka masing² termasuk la ahli² politik, aktivis kemanusiaan, NGO dan dari pelbagai lapisan masyarakat... ada yang menyokong tindakan kerajaan dan tidak kurang juga yang membangkang... :D



Perdana Menteri Turun Meninjau Gelandangan Malam Tadi

08 Julai, 2014

Kenyataan Ku Nan Yang Mengelirukan

13 ulasan

Assalamualaikum...



Semenjak Menteri Wilayah Persekutuan mengumumkan pada minggu lepas yang gelandangan, peminta sedekah akan di "angkut" dan pemberi sedekah akan di denda... diri ini tiba² menjadi emosi... lama juga menyejukkan hati... mulanya idah rasa tidak perlu idah menulis mengenai isu ini kerana takut beremosi... tapi hari demi hari... isu ini tidak juga reda... malah semakin menjadi² pula...




Ayat pertama yang terngiang² dikepala idah pada mula² sekatan ini dibuat ialah "HAK BERSEDEKAH ADALAH HAK KITA"... bersedekah itu kan amat digalakkan dalam agama kita... even agama lain pun... tapi kenapa hak kita dinafikan? dan yang menyedihkan lagi sekatan ini berlaku di dalam sebuah negara yang memperakui negara islam... dan disekat oleh seorang menteri islam pula... marah, sedih, kecewa bercampur baur... :(



Kenyataan Ku Nan Yang Mengelirukan
Sumber : www.themalaysianinsider.com

07 Julai, 2014

10 Jenis Gelandangan Yang Biasa Ditemui

14 ulasan

Assalamualaikum...


10 Jenis Gelandangan Yang Biasa Ditemui


Hari ni tiba² terasa macam nak buat entry yang serius sikit... :D semenjak kebelakangan inie di dalam negara kita heboh kisah tentang kerajaan ingin membasmi gelandangan dan peminda sedekah di pusat bandar Kuala Lumpur dan tidak kurang juga pemberi sedekah pun terpalit sama akan didenda jika memberi sedekah. Oleh itu idah rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit pengetahuan idah berkenaan beberapa jenis gelandangan yang pernah idah temui yang ada di sekitar Kuala Lumpur.


30 Jun, 2014

Teka Teki Hilangkan Mengantuk

17 ulasan

Assalamualaikum...


Teka Teki Hilangkan Mengantuk

Okay... untuk menghilangkan mengantuk di petang hari ini... meh cuba try test dengan teka teki ini... cuba lihat gambar ini... dan cuba teka apa yang lain? :D


18 Jun, 2014

Tanpa Bicara #17 : Ramadhan Pun Belum

20 ulasan

Assalamualaikum...



Tanpa Bicara #17 : Ramadhan Pun Belum
Lokasi : Depan Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. #DBKL


03 Jun, 2014

PEPERO, Halal Ke Haram?

21 ulasan

Assalamualaikum...



PEPERO, Halal Ke Haram?

PEPERO... ermm pasti ramai yang suka snek nie kan... memang sedap pun... idah pun suka jugak... especially yang badam tue... perrghhh..!! Ini adalah antara barangan wajib yang kita akan beli kalau ke Langkawi... kan...! :D



18 Mei, 2014

Pokok Tumbang, Bumbung Tercabut, Kereta Rosak Di Cheras.

10 ulasan

Assalamualaikum...


Sejak kebelakangan ini di Kuala Lumpur hujan sering turun... dan turunnya kadang² menakutkan... kerana disertakan dengan angin yang kuat... petang nie pun hujan lebat juga... harap² tiada la sebarang perkara yang tidak diingini berlaku...


Petang isnin baru nie... hujan ribut... ya rabbi... sungguh mengerikan sekali... angin kuat sungguh... beberapa tempat terkena banjir kilat dan banyak juga kereta² tersekat kerana tidak dapat meneruskan perjalanan sebab air dah naik... menutupi hampir keseluruhan jalan raya... 


Di Cheras... rasanya paling teruk kot mengalami kerosakan... idah sempat mengunjungi beberapa rumah yang mengalami kerosakan teruk... macam YB melawat kawasan plak idah nie kan... hehehe...




Bumbung parkir motor tercabut
Bumbung parkir motor tercabut lalu terbang menghempap kereta² yang diletakkan bersebelahan dengan parkir motor tersebut..

05 Mei, 2014

Gambar Luahan Rakyat Di Himpunan Bantah GST 501

12 ulasan

Assalamualaikum...



Kelmarin idah dah upload gambar² berkisar tentang sambutan Himpunan Bantah GST 501... dan entry ini pula idah nak upload sebahagian gambar² berkisar tentang luahan hati rakyat Malaysia di Himpunan tersebut... meh kita tengok... macam² adaa... hehehe...




Gambar Luahan Rakyat Di Himpunan Bantah GST 501

02 Mei, 2014

Gambar Himpunan Bantah GST 501

21 ulasan

Assalamualaikum...



Semalam 01 Mei Pusat Bandar Kuala Lumpur dibanjiri oleh lebih dari 80,000 rakyat pelbagai kaum yang berhimpun membantah pelaksanaan GST di Malaysia... peserta² berkumpul dari beberapa tempat seperti KLCC, Puduraya, Masjid Negara, SOGO dan lain² kemudian kesemuanya berjalan kaki dan berhimpun di Dataran Merdeka... 



Himpunan ini diadakan bagi menunjukkan kepada kerajaan dan pemimpin² di Malaysia ini betapa rakyat bawahan ini tertekan dengan pelaksanaan GST ini... semoga kerajaan Malaysia dapat mempertimbangkannya semula... mungkin belum sampai masanya lagi Malaysia menerima GST... pelaksanaan gaji minima bagi semua sektor mungkin perlu dilaksanakan terlebih dahulu...




Gambar Himpunan Bantah GST 501


22 April, 2014

Tidur Seketika Di Siang Hari.

14 ulasan

Assalamualaikum...


Sudah beberapa kali hubby idah post kan di facebooknya tentang suatu fenomena yang berlaku di pejabatnya... 



Situasi ini dapat dilihat rata² di pejabatnya setiap hari... idah rasa ini sungguh menarik... :D 



Tidur Seketika Di Siang Hari.

27 Mac, 2014

Beli Tiket Bas Transnasional Yang Menyusahkan...

23 ulasan

Assalamualaikum...



Seminggu cuti sekolah ni anak² kakak idah tinggal dengan idah... sebabnya ibunya sedang mengerjakan Umrah... bapanya pula telah lama pulang kerahmatullah... jadi idah la yang menjaga mereka untuk sepanjang ibunya tiada nie...



Seorang dari anaknya bersekolah di Grik, Perak... sebelum ibunya pergi kelmarin... dia berpesan agar idah belikan tiket bas transnasional untuk si kakak tu pulang ke asrama nanti... beli secara online saja katanya... ermm... oraitt..!



Pagi semalam sebelum idah keluar bekerja... idah ada bertanyakan kepada si kakak tu... biasa dia naik dan turun bas dimana... katanya di Hentian Duta... orait... 



Beli Tiket Bas Transnasional Yang Menyusahkan.

14 Mac, 2014

Panduan Kesihatan Ketika Jerebu.

17 ulasan
...السلام عليكم



Panduan Kesihatan Ketika Pencemaran Udara.
Sumber : Google


Seperti yang kita ketahui, Indeks Pencemaran Udara (IPU) bacaan di bahagian-bahagian di Semenanjung Malaysia telah meningkat dan adalah dalam lingkungan "tidak sihat". Ini dilaporkan berpunca dari musim kering yang berterusan di semua bahagian Semenanjung.


Berikut adalah beberapa panduan kesihatan :



• Orang yang mempunyai masalah kesihatan kronik terutamanya paru-paru atau penyakit jantung, warga tua, wanita hamil dan kanak-kanak - mengurangkan semua aktiviti luar apabila bacaan IPU lebih daripada 100.



• Orang dewasa yang sihat - mengurangkan senaman fizikal yang berlebihan atau aktiviti luar.



• Walaupun individu yang sihat mungkin mengalami kerengsaan jangka pendek (seperti kerengsaan mata, yang boleh menggunakan pencuci mata biasa, dimana boleh didapati dari farmasi ); segelintir individu yang sensitif mungkin mengalami gejala yang lebih teruk.


• Bagi mereka yang mengalami gejala kerengsaan, dinasihatkan agar tinggal di dalam rumah atau bilik-bilik berhawa dingin yang mempunyai penapis udara yang berkesan atau sistem pembersihan udara (air ventilation) ini boleh membantu (pastikan tingkap dan pintu ditutup selama mungkin)


• Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok, untuk mengurangkan zarah kotoran disedut masuk ke paru-paru.


• Anda dinasihatkan agar menggunakan topeng muka apabila berada di persekitaran terbuka. Topeng muka ini boleh didapati dari farmasi atau kedai-kedai yang berkaitan. 


• Segeralah berjumpa doktor jika didapati status kesihatan anda semakin merosot akibat dari faktor kualiti udara terutama bagi mereka yang menghidap penyakit kronik, kanak-kanak, wanita hamil dan warga tua.