01 Mac, 2019

Bina Homestay Chalet Kontena

2 ulasan

Sudah agak lama I memasang impian dan cita-cita untuk nak bina Homestay atau Chalet Kontena ni... memandangkan I ada sekangkang kera tanah yang diberi oleh mak dan sebahagian lagi yang I beli hanya selang 1 tuan jer dari tanah yang mak bagi tu dan lokasinya juga strategik iaitu di Melaka Bandaraya Bersejarah. Bila balik kampung pun tak ada tempat tinggal... asik la nak menompang kasih dan menyusahkan pakcik makcik jer.. hikhikhik.. 😊


Bina Homestay Chalet Kontena



Agak bertahun juga I pendamkan impian nak bina Homestay atau Chalet Kontena ni. Kerana kekangan masa dan juga tiada keseriusan serta suka bertangguh itu yang impian hanya jadi mimpi jer 😅...


Tapi tahun ni I nekad nak realisasikannya... tapi kenapa kali ni I beriya ye? ermm... walau pun tahun ni I agak busy juga dengan kerja-kerja kebajikan, ngo, politik dan macam-macam lagi buzy nyer 😊... tapi I nekad untuk bina pada tahun ini juga... huhuhu antara faktor kuat yang menolak I untuk kedepan ialah kebetulan I ada cuti tahun yang lebih dari 70 hari untuk dihabiskan dan company dah bising suruh habiskan tahun ini juga... I pun tak tau nak buat apa dengan cuti berlambak-lambak tu... makanya I rasa inilah waktu yang paling sesuai untuk I bina Homestay / Chalet Kontena I ni 😉


Kenapa I pilih Kontena? Sebabnya :

  • I rasa dia lebih murah daripada kalau I bina guna batu dan kayu.
  • Lebih selamat dari segi kecurian sebab dia tak ada bumbung yang pencuri nak panjat masuk.. hahaha...
  • Memandangkan I ni tinggal di KL jadi ada kemungkinan chalet ini akan ditinggal dan biasanya orang kata kalau rumah tinggal ni dia akan cepat buruk dan dimakan anai-anai... jadi I fikir kalau guna kontena for sure la anai-anai tak bleh nak makan kan... sebab dia besi... dan tak baik untuk kesihatan anai-anai.. 😜
  • Pembinaan dan renovasi juga tidak mengambil masa yang lama. Kalau sikit jer unitnya 2 minggu dah boleh siap dah...
  • Boleh di alih ke sana sini jika perlu.
  • Kalau dah tak nak pakai lagi boleh jer jual balik. hahaha... so tak merugikan..
  • Jangka hayat kontena lebih lama dan jika dijaga dengan baik jangka hayatnya boleh sehingga lebih 100 tahun.
  • Haaaa.. trend larr.. nampak urban dan hipster la sikit kan 😉 lagipun banyak dah orang buat rumah guna kontena ni... dah tak asing dah kat malaysia nie.



Memandangkan I ni orang IT dan tiada latar belakang pertukangan dan juga tiada family member yang dalam bidang kontraktor binaan ni, jadi agak susah juga untuk I buat bajet. Nak tau harga sekeping tingkap yang berukuran 6ft x 3ft pun susah nak dapat... puas google tak jumpa... dalam USD ader la.. kebanyakan syarikat-syarikat di Malaysia ni hanya berikan katalog jenis, saiz dan warna sahaja tanpa catatkan harga. Kalau nak tau harga kena email. Dah email kena tunggu beberapa hari pulak untuk dapat maklumbalas. Lepas tu lain di tanya lain pula yang di jawab nyer. 😭


Setelah buat bajet, I kenalah buat design pula kan... kalau I bercakap dengan hubby dan kontraktor dah umpama ayam bercakap dengan itik.. orang tak faham I... I pun tak faham orang.. akhirnya boleh jadi gaduh ... muahahahahahaha... yer laaa... I ni programmer... bukan jurutera..😪 Akhirnya I dapat idea cara yang sesuai untuk beri orang faham apa yang tersirat di hati ini ceeewahhh.. hahaha I buat lakaran menggunakan aplikasi Sweet Home 3D ... berhari-hari balik kerja sampai ke awal pagi dok ralit mencurahkan idea di aplikasi tersebut dan alhamdulillah ianya amat membantu dari segi memahamkan orang especially my hubby lerr... dan juga I dapat membuat anggaran kedudukan dan berapa kontena yang boleh I muatkan untuk saiz tanah yang ada.


Ekhh okok... panjang sangat entry ni... takut bosan pula membacanya... kalau berminat boleh ikuti next entry untuk peringkat seterusnya yer... 😉 Tata.. ✌



2 ulasan :

  1. wahh..byknya cuti, 2++ months..prnah stay @ the Kabin, best jg hotel kontena ni..idea yg bagus..Melaka byk tmpat menarik..

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D