25 Julai, 2014

3 KOLEKSI TUDUNG RAYA SUGARSCARF

22 ulasan
Assalamualaikum...



3 KOLEKSI TUDUNG RAYA SUGARSCARF


3 KOLEKSI TUDUNG RAYA 2014 SUGARSCARF... Pasti uols ramai yang dah biasa dengar Butik Sugarscarf kan… dimana butik ini merupakan pusat sehenti menjual pelbagai koleksi tudung, pakaian Muslimah dan juga aksesori wanita… bermula dengan penjualan tudung secara online di Facebook… sejak tahun 2008 lagi… dari masa ke semasa koleksi tudung daripada Sugarscarf menjadi kegemaran ramai… maka tertubuhlah beberapa cawangan butik Sugarscarf di sekitar Kuala Lumpur dan Johor Bharu.




TERKINI…! memperkenalkan 3 KOLEKSI TUDUNG RAYA 2014 DARIPADA SUGARSCARF yang terbaru untuk kita miliki… mereka menawarkan tudung berkualiti tinggi tetapi dengan harga yang aaamat berpatutan… :)




Melissa Medium Lycra SyriaMelissa Medium Lycra Syria

Melissa Medium Lycra Syria



Madison Sofia Satin ShawlMadison Sofia Satin Shawl

Madison Sofia Satin Shawl



Jane Shimmer Ala Crepe ShawlJane Shimmer Ala Crepe Shawl

Jane Shimmer Ala Crepe Shawl




Berita baik untuk semua penggemar² Sugarscarf dan juga yang tidak pernah lagi mencuba tudung dari butik ini… haaa… sekarang dah boleh membuat pembelian tudung secara online di laman web ZALORA Malaysia… :D mudah kan… tak perlu lagi kita berasak² di jalan raya dan butik untuk mendapatkan tudung yang kita inginkan… masa pun jimat… badan pun tak letih terutama ketika berpuasa ni… moh kiter recce tudung yang cantik² tu di ZALORA dan boleh terus membuat pembelian di ZALORA sekarang..! (y) 



Selamat membeli-belah semua…!! dan meriahkan Hari Raya anda dengan koleksi tudung dari Sugarscarf… ;)



** klik pada perkataan Sugarscarf untuk melihat lebih banyak koleksi cantik² dari Sugarscarf lagi... 




24 Julai, 2014

I'm Not Feeling Well

17 ulasan

I'm Not Feeling Well
Source : google.com


Assalamualaikum...



I'm Not Feeling Well.... ;( sedari semalam lagi dah rasa nak demam... sakit tekak... badan dan kepala pun sakit²... ermmm... ini semua sebab Aircond kat bangunan nie sejuk sangat... centralized aircond... idah ni ada sinus dan alah pada cuaca sejuk... dah balut badan dengan shawl tebal pun tak jalan jugak... takkan nak bawak comforter atau selimut plak kan... dah beberapa kali idah MC sebab nie... takkan nak dok kumpul MC jer... akhir tahun akan menjejaskan reputasi kita pula... 


23 Julai, 2014

CPUV Nuffnang Mayfair Bodyline Dan Rakuten

17 ulasan


CPUV Nuffnang Mayfair Bodyline Dan Rakuten


Assalamualaikum...




Syukur padaNya dengan rezeki yang dilimpahkan selama ini... pagi ini dan kelmarin belog acikidah.blogspot.com ini mendapat CPUV terbaru dari Nuffnang iaitu Mayfair Bodyline dan Rakuten... 


Baju Kurung 5 Pasang RM100 Di Kamdar

19 ulasan


Baju Kurung 5 Pasang RM100 Di Kamdar


Baju Kurung 5 Pasang RM100 Di Kamdar

Assalamualaikum...



Tengahari semalam ronda² jap kat Jalan Tunku Abdul Rahman... ternampak pula di depan Pasaraya Kamdar tertera Murah²... Baju Kurung Murah 5 Pasang RM100... perghh murah tu... kain aper dia guna tue... baju kurung ready made tau dia jual tu...


22 Julai, 2014

2 Beradik Tinggal Di Kaki Lima Perhentian Bas

24 ulasan

Assalamualaikum...



2 Beradik Tinggal Di Kaki Lima Perhentian Bas



Dalam kita sibuk menyiapkan kelengkapan raya dan berseronok untuk menyambut syawal yang bakal tiba... tidak terfikir kita akan keluarga kita, jiran tetangga kita atau orang sekeliling kita yang serba kekurangan... kasihan masih ada di sekeliling kita insan yang tidak berumah dan tinggal di mana saja umpama gelandangan seperti 2 beradik ini yang tinggal di kaki lima perhentian bas... 


21 Julai, 2014

Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk

13 ulasan


Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk

Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk
[KLIK BANNER UNTUK JOIN]

Mencari Baju Raya @ Butik Sireh Pinang, Busana Mara

15 ulasan

Assalamualaikum...


Mencari Baju Raya @ Butik Sireh Pinang, Busana Mara



Tengahari tadi keluar sekejap pergi Busana Mara... mencari baju raya... dah recce minggu lepas lagi satu baju kurung tu kat Butik Sireh Pinang... so tadi plan datang nak try dan terus beli jer... uhuk3x... baju tu tak ada saiz pulakkk.... dah habiss... huhuhu... shedih tau... so terpaksa cari baju lain... baju yang idah pakai (gambar) nie la... baju jer yer... kain tu skirt akak punyer... warna hijau... suka cutting dia.. cantik terletak jer... tapi yang idah try nie saiz S... boleh jer pakai cuma nanti dah lepas raya ke-2 dan seterusnya tak boleh pakai lagi dah laaaa... sendat mendat... huhuhu....


#freemarketPandanPrihatin Di Dagang Avenue Food Court, Ampang

9 ulasan

Assalamualaikum...



Pada Sabtu 2 minggu lepas telah diadakan #freemarketPandanPrihatin yang bertempat di Dagang Avenue Food Court, Ampang... yang mana telah dianjurkan oleh team #PandanPrihatin bermula jam 10 malam hingga 12 pagi...




#freemarketPandanPrihatin Di Dagang Avenue Food Court, Ampang

18 Julai, 2014

Renungan Jumaat #13 : Pesanan Buat Sahabat

17 ulasan

Assalamualaikum...




Renungan Jumaat #13 : Pesanan Buat Sahabat
Sumber : www.kaskus.co.id


Pesanan Buat Sahabat...


Imam Al Syafi'ie berpesan:

Jika engkau punyai sahabat yang selalu membantu mu dalam rangka ketaatan kepada Allah; maka peganglah dia erat-erat; dan jangan sesekali kau lepaskannya. Kerana mencari teman baik itu susah. Tetapi melepaskannya sangat mudah sekali



Terkini : Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 Terhempas Di Ukraine

14 ulasan

Assalamualaikum...



Terkini : Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah terhempas di Ukraine dan dipercayai telah ditembak oleh pihak yang masih belum diketahui. Pesawat MH17 tersebut telah membawa 280 orang penumpang dan 15 anak kapal yang membuat penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. 



Penerbangan MH17 beroperasi pada Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12:15 (waktu tempatan Amsterdam) dan dianggarkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di 06:10 (waktu tempatan Malaysia) pada hari berikutnya. Ia ditembak jatuh kira-kira empat jam selepas ia berlepas.




Pihak kerajaan Ukraine mengesahkan yang pesawat MH17 milik Malaysia tersebut memang ditembak jatuh, namun begitu belum dapat memastikan pihak yang terlibat.



17 Julai, 2014

Happy Birthday Ke-2 Nur Ayesha

20 ulasan

Assalamualaikum...

Happy Birthday Ke-2 Nur Ayesha


Ayesha dah 2 tahun... yeeyyy!!... :D Happy Birthday Ayesha....! patut la beberapa hari ni dia nampak bijak terlebih dari biasa... tanya mana getah rambut Esya... dia jawab "hilangg" ekhh... pandai pulak sebut hilang... sebut ibu tak pandai² plak kan... :D


Selfie Dipagi Hari

18 ulasan

Assalamualaikum...


Layan Selfie Dipagi Hari


Selamat pagi semuaa... :D uols ceria tak pagi nie? huh?? tak cukup tido... ermmm tak perr... tengahari nanti sebelum zohor boleh ambik nap sekejap kay... :)

16 Julai, 2014

Kursus Motivasi Ibubapa Dan Murid Tahun 6

8 ulasan

Assalamualaikum...


Kursus Motivasi Ibubapa Dan Murid Tahun 6

Pagi tadi idah dan en. suami ke sekolah si kakak menghadiri Kursus Motivasi Ibubapa Dan Murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada bulan september nanti... kursus ini diadakan bagi tujuan untuk memberikan suntikan semangat kepada pelajar² agar menjadi murid² yang cemerlang dan juga cara bagaimana untuk menjadi cemerlang... :)

Tanpa Bicara #19 : Baru Buat Dua

13 ulasan

Assalamualaikum...


Biskut Cornflakes Rangup
Biskut Cornflakes Rangup




Biskut Tart Strawberry
Biskut Tart Strawberry



(。◕‿◕。)


Bantuan Ramadhan Al-Waasi 2.0 ~ Siri 2

8 ulasan

Assalamualaikum...


Dalam entry Bantuan Ramadhan Al-Waasi 2.0 ~ Siri 1, idah sudah paparkan 6 buah keluarga yang telah skuad #alwaasikl ziarahi dan menyampaikan sedikit sumbangan... dan untuk Bantuan Ramadhan Al-Waasi 2.0 ~ Siri 2 pula... idah akan paparkan 10 lagi keluarga...



Seterusnya pada sebelah petang lebih kurang jam 2.00... Team B pula memulakan ziarahnya... kawasan liputan mereka lebih meluas yakni dari Cheras sehingga ke Ampang dan Keramat... dan sesi petang ini juga lebih ramai aktivis yang turut serta termasuk Geng Sumbat yang pertama kali mengikuti program bersama Al-Waasi... :)


Berikut adalah keluarga² asnaf, ibu tunggal, ibu tinggal dan fakir miskin yang telah dilawati oleh Team B skuad Al-Waasi...


15 Julai, 2014

Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas

18 ulasan

Assalamualaikum...


Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas

Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ini dibawakan khas untuk uolss bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma beberapa minggu jer lagi ni. ^_^... Dalam masa yang sama kira2 macam Blog E-Card dari Bubblynotes.Com kepada uolss jugaklah... Tak dapat or tak sempat nak hantar Kad Raya pakai pos, pakai Blog E-Card pun boleh juga ye tak??? Janji ucapan sampai... Sebab kalau nak diikut2kan iolss nak ajer hantar Kad Raya pada semua readers Bubblynotes yang selama ini sudi datang menjenguk dan membaca entri2 Bubblynotes.Com selama ini... Dalam masa yang sama segmen ini bertujuan nak rapatkan lagi silaturahim sesama weolss semua, follow memfollow serta blogwalking. Semua blogger tak kira baru atau lama, famous atau tak, retis atau tak, glam atau tak adalah dijemput untuk memeriahkan segmen ini. 10 pemenang akan dipilih oleh Pakcik Random.Org dan kesemua pemenang yang terpilih akan disenaraikan di dalam Bloglist Segmen Bubblynotes.Com bagi menggantikan Bloglist Segmen yang terdahulu. 


"Tarikh Segmen: 12/7/2014 sehingga 19/7/2014"

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com dan ADD TO CIRCLE G+ Farah Waheda Wahid
2. Buat entri bertajuk Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas... 
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Credit to MiaLiana.Com
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen entri ini. 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Random.Org. 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/7/2014 yang mana kemudiannya akan dimasukkan terus ke dalam senarai bloglist pemenang segmen. 

Bantuan Ramadhan Al-Waasi 2.0 ~ Siri 1

11 ulasan

Assalamualaikum...


Sabtu baru² nie... idah sibuk dari pagi sampai ke tengah malam... hehehe... mengalahkan YB pula akak ni kan... :D program penuh seharian... pagi program Al-Waasi... tengahari program bubur lambuk dan malamnya pula #freemarketpandanprihatin...


Alhamdulillah... masih diberikan olehNya kesihatan yang baik dan masa yang terluang untuk berbuat kebajikan... :D


14 Julai, 2014

Hari Ini Acikidah Half Day

19 ulasan

Assalamualaikum...


Hari Ini Acikidah Half Day


Hari ini  mesti ramai yang cuti kan... sebab jalan macam lengang skit laa... sepatutnya hari ini idah pun cuti... ermm... saja nak perabihkan cuti... cuti tahun idah ada 50 hari lebih lagi... rasa macam tak surut²... itu pun beberapa bulan ni idah dah cuba surutkan dengan ambil 2 hari pada setiap bulan...

Powerbank Pineng 15000 mAh

16 ulasan

Assalamualaikum...




Sebelum ini idah tak tau pun kewujudan dan kegunaan powerbank nie... sehinggalah suatu hari idah nampak adik opismate idah guna... idah pun bertanya apa benda yang dia cucuk kat henpon tu... hehehe... nampak sangat aku nie buta technology... :D pastu dia pun cerita kegunaan benda powerbank tu... masa tu dia guna jenama yoobao... mahal juga harganya... dia beli lebih RM200 rasanya... peerghh... so rentetan dari peristiwa itu idah pun pasang angan² untuk memilikinya juga... :D




Powerbank Pineng 15000 mAh

13 Julai, 2014

Ranking Alexa Dunia Sementara Acikidah Pada 13.07.2014

13 ulasan

Assalamualaikum...




Ranking Alexa Dunia Sementara Acikidah Pada 13.07.2014


Global Rank:  302,666
Rank In Malaysia:  1,721
Links in:  111
Sumber:  rujuk SINI



Last idah update Ranking Alexa Dunia Sementara Acikidah adalah pada 01.07.2014... tak sampai setengah bulan lagi... dan nampaknya ada penurunan di situ... :D 



Global Rank ↓ 47,053
Rank In Malaysia ↓ 636
Links in ↑ 5



Alhamdulillah... graf menunjukkan ke arah yang positif... walaupun perubahan itu tidak banyak... :) terima kasih kepada rakan² sekelian yang sudi berkunjung ke blog Dunia Sementara Acikidah ini... tanpa kalian maka tiada makna lah pada blog ini... dan syabas kerana anda telah secara langsung memeriahkan lagi dunia blogging di tanahair kita ini... (y)





“ Takdir menerpa kita dengan erti perkenalan, 
menyulam erti kasih sayang, 
menanam erti persahabatan,
menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, 
menyemai benih keakraban,
serta memberi peluang menilai siapa sahabat siapa kawan dan 
siapa sekadar kenalan yang mengisi ruang dalam 
episod kehidupan dunia sementara.. ”



12 Julai, 2014

GIVEAWAY WOW HARI RAYA BY SITI YANG MENAIP

13 ulasan

Assalamualaikum...


GIVEAWAY WOW HARI RAYA BY SITI YANG MENAIP

Jom kita join GIVEAWAY WOW HARI RAYA BY SITI YANG MENAIP... :) ... sempoiii...! :D



FreeMarketPandanPrihatin @ Dagang Avenue Food Court, Ampang

10 ulasan

Assalamualaikum...


FreeMarketPandanPrihatin @ Dagang Avenue Food Court, Ampang

Ini adalah koleksi baju lama dan baru acikidah... dan ini baru sebahagian jerr... huhu... baju berlambak² tapi tak pakai²... daripada tak pakai kan... duduk terperuk dalam almari tu sampai dah tak cukup space dan membuak ke luar almari... idah rasa lebih baik diberikan kepada orang² yang lebih memerlukannya... kena pula tak lama lagi syawal akan menjelma kan... so beberapa hari ini idah dok mengemas lah sikit² baju² tu... keluarkan mana yang tak nak pakai dah...

11 Julai, 2014

Al-Waasi Muka Depan Akhbar The Star

16 ulasan

Assalamualaikum...


Al-Waasi Muka Depan Akhbar The Star

Al-Waasi di muka depan akhbar Metro The Star hari ini Jumaat 11 Julai 2014... huhuhu... tengok jejaka² macho Al-Waasi di situ... hehehe... muka sorang² macam gengster kampung dusun... tapi errmmm... jangan lihat dari rupa... dalam hati ada taman tue... hehehe... mereka² ni semua telah banyak menabur jasa pada masyarakat... :)


Kucing Haiwan Kesayangan Nabi

6 ulasan

Assalamualaikum...


Kucing Haiwan Kesayangan Nabi


Salam jumaat semua... :) sekejap jer dah nak masuk separuh bulan ramadhan kan... tinggal beberapa hari saja lagi ramadhan akan berlalu pergi... dan entah kita berkesempatan berjumpa lagi atau tidak... oh yer... tiba² ada gambar kucing pula nie kan... hehe.. sengaja idah nak memorikan dia di sini... gambar ini idah ambil semasa ada program makanan untuk gelandangan beberapa bulan lepas di perkarangan bangunan Menara Maybank di pusat bandaraya KL... errmm mungkin sebab idah tertarik dengan warna mata dan aksi kucing ini... :)

10 Julai, 2014

Jom Kita Bantu GAZA..!

21 ulasan

Assalamualaikum...


Jom Kita Bantu GAZA..!

Jom kawan² saudara kita di GAZA sangat memerlukannya...
kemonn...!! :D seringgit pun tak perr... 

Perdana Menteri Turun Meninjau Gelandangan Malam Tadi

19 ulasan

Assalamualaikum...


Hampir sebulan isu gelandangan panas di negara kita ini... banyak juga pihak yang mengeluarkan pendapat mereka masing² termasuk la ahli² politik, aktivis kemanusiaan, NGO dan dari pelbagai lapisan masyarakat... ada yang menyokong tindakan kerajaan dan tidak kurang juga yang membangkang... :D



Perdana Menteri Turun Meninjau Gelandangan Malam Tadi

09 Julai, 2014

Menghitung Hari Ke LHDN

15 ulasan

Assalamualaikum...


Menghitung Hari Ke LHDN


Selamat petang semua... :) sepatutnya awal bulan lepas idah dah kena pindah ke projek baru... Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Cyberjaya... tapi disebabkan ada team mate yang memohon pada boss agar dilanjutkan idah lagi 2 minggu di DBKL nie... jadi itulah yang masih di sini... :) 


Kepala Ayesha Terbelah Dan Berdarah

21 ulasan

Assalamualaikum...



Sepulangnya idah dari kerja petang semalam... sampai rumah... tengok kepala Ayesha dah terbelah dan berdarah... adoyaii... kesian princess ibu sorang nie... dah lah nak raya nie... haishh...



Kepala Ayesha Terbelah Dan Berdarah

08 Julai, 2014

Bubur Lambuk Kampung Baru Yang Top

16 ulasan

Assalamualaikum...


Setiap kali tibanya bulan ramadhan... banyak tempat yang memberi sedekah bubur lambuk... dan yang paling top dan popular sejak bertahun² lamanya adalah Bubur Lambuk Kampung Baru... yang diedarkan di Masjid Jamek Kampung Baru... tapi tahukah anda... selain dari bubur lambuk di situ... ada lagi bubur lambuk yang lebih sedap rasanya... :D




Bubur Lambuk Kampung Baru Yang Top

Kenyataan Ku Nan Yang Mengelirukan

13 ulasan

Assalamualaikum...



Semenjak Menteri Wilayah Persekutuan mengumumkan pada minggu lepas yang gelandangan, peminta sedekah akan di "angkut" dan pemberi sedekah akan di denda... diri ini tiba² menjadi emosi... lama juga menyejukkan hati... mulanya idah rasa tidak perlu idah menulis mengenai isu ini kerana takut beremosi... tapi hari demi hari... isu ini tidak juga reda... malah semakin menjadi² pula...




Ayat pertama yang terngiang² dikepala idah pada mula² sekatan ini dibuat ialah "HAK BERSEDEKAH ADALAH HAK KITA"... bersedekah itu kan amat digalakkan dalam agama kita... even agama lain pun... tapi kenapa hak kita dinafikan? dan yang menyedihkan lagi sekatan ini berlaku di dalam sebuah negara yang memperakui negara islam... dan disekat oleh seorang menteri islam pula... marah, sedih, kecewa bercampur baur... :(



Kenyataan Ku Nan Yang Mengelirukan
Sumber : www.themalaysianinsider.com

GA Cik Anita saya nak MENANG BAJU FREE

17 ulasan

Assalamualaikum...


GA Cik Anita saya nak MENANG BAJU FREE ini dianjurkan oleh Cik Anita...


Sesiapa yang terpilih, akan diberi peluang sendiri untuk memilih BAJU FREE di AMALNAJWA COLLECTIONS!! Baju baru dari butik tauuu. Bukan baju terpakai!


GA Cik Anita saya nak MENANG BAJU FREE

Tarikh tutup : 14 OGOS 2014

Tag :


07 Julai, 2014

10 Jenis Gelandangan Yang Biasa Ditemui

14 ulasan

Assalamualaikum...


10 Jenis Gelandangan Yang Biasa Ditemui


Hari ni tiba² terasa macam nak buat entry yang serius sikit... :D semenjak kebelakangan inie di dalam negara kita heboh kisah tentang kerajaan ingin membasmi gelandangan dan peminda sedekah di pusat bandar Kuala Lumpur dan tidak kurang juga pemberi sedekah pun terpalit sama akan didenda jika memberi sedekah. Oleh itu idah rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit pengetahuan idah berkenaan beberapa jenis gelandangan yang pernah idah temui yang ada di sekitar Kuala Lumpur.


Bantuan Ramadhan Fakir Miskin Lenggeng Negeri Sembilan

13 ulasan

Assalamualaikum...


Bantuan Ramadhan Fakir Miskin Lenggeng Negeri Sembilan

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini... ramai orang berlumba² untuk mencari pahala extra... bulan ramadhan ini juga menjadikan hati umat islam menjadi lembut untuk membuat pelbagai amal, kebaikan dan juga kebajikan... jika pada bulan² lainnya mereka tidak lakukan... tetapi dalam bulan ramadhan kebanyakannya akan berlumba² untuk bersedekah dan membuat kebajikan... :)

04 Julai, 2014

Resepi Ringkas ~ Fries Goreng Berlado.

20 ulasan

Assalamualaikum...

Resepi Ringkas ~ Fries Goreng Berlado.

Sebelum tu idah nak minta maaf yer... buat entry makanan siang² ramadhan nie... ekceli ada hamba allah yang request idah buat entry nie... dia nak cuba buat dan juga sebab dia nak masak nanti senang katanya... hehehe... sharing is caaring kan.. sepatutnya dia minta idah upload semalam... tapi maaf la yer dik semalam akak tak sihat... jadi hari ni jer laa... ;)

03 Julai, 2014

Lappy Pun Nak Demam Juga

12 ulasan

Assalamualaikum...


Sedari semalam dah rasa tak sihat... nak demam dan selsema... akibat kesejukan aircond kat bangunan DBKL tu suhu hampir tahap beku... nak naikkan suhu tak boleh... centralized aircond... lepas sahur dah siap² makan ubat... dengan harapan akan sihat lepas tu... 
kononnya gagah nak pergi kerja juga... 


Idah pergi kerja tumpang en. suami  naik motor jer... tak lalu la pergi kerja KL naik kereta nak harung traffic jam hari²... nak jadi cerita... pagi tadi nak pergi kerja... hehehe... idah bleh tidur lena baik nyer kat atas motor tu kan... siap tersengguk² lagi... hehehe... selalu pun memang idah 
tidur ... tapi boleh control... tapi pagi tadi memang tak boleh tahan... mata tu nak pejam jerr... mungkin sebab kesan ubat yang idah makan masa sahur tu kot... mula² ingatkan en. suami tak perasan idah tidur... dah turun motor tu dia bleh plak bunyik... "Naik motor tidurrr....!" kekeke... nak tergelak pun ada dengar dia perli tu... tapi memang betul pun... :D korang jangan buat tau... bahaya... hanya pakar² jer yang boleh tidur atas motor ni... ngeee... :D



Ubat Banyak Bila Nak Makan Bulan Puasa Nie

Segmen : Cik akak mencari bloglist julai 2014

22 ulasan

Assalamualaikum...


Segmen : Cik akak mencari bloglist julai 2014



Syarat penyertaan Segmen Cik akak mencari bloglist julai 2014...


  • hanya follow blog cik akak khususnya buat blogger baru yang belum mengenali cik akak. Blogger lama pun boleh juga join. Tak de pilih kasih..hihi
  • Buat satu entri & letakkan gambar banner comel di atas.
  • Entri ringkas sahaja.
  • Letakkan tajuk " Segmen : Cik akak mencari bloglist julai 2014".
  • Akhir sekali....tinggalkan link entri tersebut pada kotak komen cik akak.

02 Julai, 2014

Belimbing Buluh Acikidah

18 ulasan

Assalamualaikum...




Belimbing Buluh Acikidah

Tau tak nie pokok apa? :D ada yang tak tau? ini namanya pokok Belimbing Buluh Acikidah... hehehehe... mestilah ada nama acikidah dibelakangnya... sebab pokok ini kan acikidah yang punyerr... :D pokok nie idah tanam dah lebih 2 tahun kot... semenjak tanam tu... tak pernah berbuah pun... sampaikan pernah rasa nak merajuk dengan dia dah... nasib tak kena hukum tebang jerr... :) tak menyabar la tue... hik3x...

Ranking Alexa Dunia Sementara Acikidah Pada 01.07.2014

24 ulasan

Assalamualaikum...


Ranking Alexa Dunia Sementara Acikidah Pada 01.07.2014

Ini adalah Ranking Alexa Dunia Sementara Acikidah Pada 01.07.2014



Global Rank:  349,719
Rank In Malaysia:  2,357
Links in:  106
Sumber:  rujuk SINI

01 Julai, 2014

CPUV Nuffnang KKBOX Awareness

14 ulasan

Assalamualaikum...


CPUV Nuffnang KKBOX Awareness

Syukur alhamdulillah... semalam melekat lagi satu CPUV... yang mana merupakan CPUV ke-2 idah bagi tahun ini... :D bila tak ada... tak ada langsung... bila ada berderet pula dia masuk... Alhamdulillah...!! rezeki bulan Ramadhan... hik3x... CPUV Nuffnang yang melekat pada blog idah kali ini adalah KKBOX Awareness :)



Masin mulut Azlan Strider dan CT Humairah... tu hari dorang kata kalau dah masuk 1 CPUV... nanti mesti bertalu masuk... hehehe... TQ uols... <3<3


Al-Waasi Di Astro Awani?

15 ulasan

Assalamualaikum...



Al-Waasi Di Astro Awani?

Al-Waasi di Astro Awani???... haaaa... jangan tak percaya...!! :D siaran ini telah ditayangkan pada ahad lalu jam 3.30pm... dalam gambar di atas nie adalah setiausaha Persatuan Kebajikan Al-Waasi Kuala Lumpur dan siaran ini adalah bersempena suatu program kolaborasi beberapa NGO dan sukarelawan bersama gelandangan sempena menyambut ramadhan yang bakal tiba di pusat bandar Kuala Lumpur pada malam 27 Jun 2014... program tersebut dinamakan Pop Up Job Interview & Street Store...