30 November, 2013

Farewell, Yogesh.

12 ulasan


...السلام عليكم



Lepas seorang... seorang... team member project nie berhenti... hari tu Hasanudin... kali nie giliran Yogesh pula meninggalkan kami... sob..sob.. ;( ... semalam 29 November 2013 adalah hari terakhir Yogesh disini....





Ermm... sudah memang adat kan... patah tumbuh hilang berganti... sedih tu memang la rasa sedih... sebab kami bekerja dah macam sebuah keluargakan... so bila sorang dari kami yang pergi... memanglah akan amat dirasai akan kehilangannya... huhuhu... 
*** bila la turn akak pulak iyerr... wakakakaka...





Acikidah @ Sheaffer Counter, Sogo.

Kali nie idah lagi yang kena pergi shopping... :D ... asal ada yang nak berhenti jer... akak soping... hehehe... i likee...!

29 November, 2013

26 November, 2013

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah

15 ulasan

Blogger Ayuinsyirah ada menganjurkan segmen khas untuk cuti sekolah... jom kawan-kawan kita support dia.. :D




SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah


syarat-syarat nyer :
1. follow ayu dulu...
2. buat n3 tajuknyer SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah
3. linkkan ke entry beliau
4. kalau kawan2 nak tag rakan-rakan blogger yg lain pun boleh...tak tag pun takpe...
5. dah siap letakkan url n3 uols kat ruangan komen blog beliau

Segmen ni dibuka hingga hari SABTU 30/11/2013 jam 11.00 malam

Bas Awam PERCUMA Di Selangor.

16 ulasan

...السلام عليكم


Dalam Sidang DUN Selangor baru-baru ini... Exco Kerajaan Tempatan ada menyatakan yang Kerajaan Selangor akan melaksanakan perkhidmatan bas awam PERCUMA di seluruh negeri Selangor secara berperingkat-peringkat...



Selangor Perkenal Bas Awam Percuma




Sejak kebelakangan ini kita dihujani dan diserabuti dengan isu pelbagai kenaikan... mula² petrol.. lepas tu gula... GST... tarif elektrik... astro... harga makanan... cukai pintu... dan macam-macam lagi laa yang berlumba-lumba dinaikkan...


25 November, 2013

Mari Belajar Buat Doodle.

17 ulasan

....السلام عليكم


Hati jadi tak karuan... otak tak berhenti berfikir... tidur malam jadi tak lena... buat apa pun jadi tak fokus... $%*)@#!^



Penyakit apakah ini..?



Itulah dia... penyakit nak tau macam mana nak buat doodle... :D ... penyakit nie melanda bilamana idah menang doodle minggu lepas... tak keruan jadinya... hehehe...



23 November, 2013

Kerja Di Hujung Minggu.

16 ulasan


....السلام عليكم



Working
Gambar Hiasan : Google



Hari nie idah kena kerja... kenaaa kay.... sedang kerja niiee... tak ramai pun hari nie.. ada 5 orang jer... 


Errrmmm.... percaya tak rakan² kalau idah katakan yang idah datang kerja hari nie bukanlah kerana bebanan kerja yang melambak-lambak atau tak habis-habis... tapii.... ermm... hanya kerana disuruh bos... ;( 


Oleh kerana dah janji dengan boss... so idah terpaksalah mengotakannya... bila pikir balik macam kelakar... macam bodoh pun ada.. tapi nak buat macam mana.. dah dia boss kan... ermm....


22 November, 2013

Acikidah Menang Doodle.

10 ulasan


....السلام عليكم




Haha.. tajuk n3 cam teruja jer kan… :D




Dipendekkan cerita... awal bulan November baru nie Idah ada menyertai segmen yang dikelolakan oleh blogger Hunyeda iaitu 



Acikidah Menang Doodle.





Dan.. alhamdulillah… idah telah terpilih menjadi salah seorang dari pemenang GA tu.. :D



21 November, 2013

Kenaikan Cukai Pintu 100% hingga 1000%.

13 ulasan

Assalamualaikum...



Kenaikan Cukai Pintu 100% hingga 1000%
Sumber : Google




Pemilik rumah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur baru-baru ini dikejutkan dengan kenaikan 100 peratus hingga 1000 peratus nilai Cukai Taksiran / Cukai Pintu yang dikenakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) .



Sehubungan dengan itu, jika pemilik rumah tidak bersetuju dengan nilaian yang telah dibuat oleh DBKL tersebut, perlulah membuat bantahan secara bertulis kepada DBKL selewat-lewatnya 17 Disember 2013.



Menurut sumber dalaman daripada pihak DBKL, pemilik yang tidak menghantar surat bantahan rasmi adalah dianggap BERSETUJU dengan penilaian semula yang telah dibuat oleh pihaknya. Semakan semula atau pengurangan hanya akan diberikan kepada akaun pemilik yang membuat bantahan rasmi SAHAJA.


Dibawah adalah contoh surat bantahan yang boleh digunapakai. Pemilik hanya perlu mengisi di bahagian atas surat, tandatangan dan menyerahkannya kepada Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Tingkat 5, Menara TH Perdana (Sebelah maju Junction)



Nama :..............................................................
No. MyKad : ...............................................................
Alamat : ………...........................................................
………………………………………………………..
……………………………………………………......

Nombor Fail : ………………………………………..
Nombor Akaun : ……………………………………..
Nombor Lot : ………………………………………...
Sek/Mukim : …………………………………………

Tarikh : ………………………………………………
______________________________________________________________________________

Puan KAMARIAH BINTI IBRAHIM
Pengarah Penilaian
Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tingkat 5, Bangunan TH Perdana,
1001, Jalan Sultan Ismail,
50250, Kuala Lumpur

Puan,

BANTAHAN RASMI NILAI HARTA TERKINI TERHADAP CADANGAN PENYEMAKKAN DAN PENILAIAN SEMULA NILAI TAHUNAN HARTA

1.                   Surat notis dari Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertarikh 18.11.2013 dan bertajuk NOTIS MENYEMAK SEMULA SENARAI NILAIAN adalah dirujuk.

2.                   Saya selaku pemilik kepada harta seperti alamat diatas MEMBANTAH secara rasmi terhadap cadangan penilaian semula harta yang dikemukakan oleh pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berdasarkan kepada asas yang berikut;

  1. Lonjakan kenaikan nilai tahunan harta didalam cadangan terkini penilaian semula harta milik saya adalah terlalu tinggi dan secara langsung telah menaikkan nilai Cukai Pintu yang wajib saya jelaskan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam tempoh setiap 6 bulan.

  1. Saya arif bahawa kadar Cukai Pintu iaitu sebanyak 6% masih kekal akan tetapi kenaikan kadar tahunan Cukai Pintu harta milik saya melonjak terlalu tinggi akibat daripada aktiviti penilaian semula harta ini yang dilaksanakan secara drastik adalah amat tidak rasional.

  1. Saya memerlukan pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memberikan justifikasi berkenaan lonjakan kenaikan nilai harta tersebut.

  1. Pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur perlu menjelaskan kepada saya selaku pemilik harta berkenaan kaedah yang diguna pakai dalam proses menilai semula harta milik saya tersebut.

  1. Saya memerlukan pengesahan pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkenaan siapakah dan bilakah aktiviti proses penilaian ini dilaksanakan. Ini kerana sepanjang pengetahuan saya tiada sesiapa dari pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang hadir ke premis harta saya untuk melaksanakan proses penilaian semula.

  1. Pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur perlu menjelaskan kepada saya rasional mengapa aktiviti penilaian semula ini dilaksanakan pada tahun ini setelah ianya tidak pernah dilaksanakan pada berberapa tahun yang sebelumnya.

3.                   Oleh yang sedemikian saya memohon keprihatinan pihak Puan agar dapat memberikan penjelasan balas untuk semua persoalan diatas secara bertulis kepada saya sebelum tarikh 17.12.13. Semoga dengan penjelasan daripada pihak Puan kelak akan dapat memberikan saya lebih maklumat dan informasi berkenaan isu penyemakan semula nilai tahunan harta ini.

4.                   Untuk itu saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih kerana keprihatinan yang pihak Puan diberikan.



Yang benar,



..............................................................



S.k.        

YBhg. DATUK SERI HJ. AHMAD PHESAL BIN HJ. TALIB
Datuk Bandar Kuala Lumpur
Pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur,
Tingkat 27, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut, 50350, Kuala Lumpur

YBhg. DATUK HJ. SALLEH BIN YUSUP
Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Pejabat Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
Tingkat 28, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut, 50350, Kuala Lumpur



Sila highlight menggunakan kursor atau mouse dan tekan kekunci Ctrl-C untuk menyalin. Semasa paste kan jangan lupa tukarkan warna font pada microsoft word anda kepada warna hitam kerana font pada blog saya ini menggunakan warna putih.


Harap dapat maklumkan kepada saudara-mara, jiran tetangga dan rakan-rakan ye... sama-sama kita tolong menolong.. :D



Trip Ke Medan - Day 5 ~ Hari Terakhir.

11 ulasan


Assalamualaikum...



Hari ni merupakan hari terakhir idah di Medan... 5 hari 4 malam... tak sabar rasanya nak pulang ke tanah air... rindu dengan segalanya... :D





Breakfast

Minum pagi dulu... menu biasa laa kalau buffet hotel...





Breakfast di CoffeHouse Garuda Plaza Medan

Malam tadi epah tidur di hotel dengan kami... cadangnya sebelum kami pulang idah nak ke rumahnya sekaligus menziarahi keluarganya... :D





Di Lobi Hotel Garuda Plaza Medan

Posing sementara menunggu nak check-out hotel... akak pakai baju batik beli semalam.. hehehe... amacam... macam cewek indon tak? :D... lepas check-out tu sempat idah singgah kedai kek kat depan hotel tu beli buah tangan sikit untuk keluarga epah...





Lepas check-out... ucuk bawa kami terus ke rumah epah... rupa-rupanya rumah dia tak jauh dari hotel pun... hanya dalam 30 minit perjalanan...






Jam la pulak...






Ahha.. akhirnya sampai juga kami... dah nampak tanah perkuburan tu maknanya dah sampai la tue...






Masa kami sampai... tengok ramai budak² menunggu kat depan tu... kami datang je semua dah bangun menuju ke arah kami... rupa²nya... mereka ingat kami nie datang nak ziarah kubur... kebiasaanya bila orang datang ziarah kubur... budak² nie akan mengambil upah membersihkan kubur... jadi dorang akan dapat la duit jajan sikit.. :D






Sekali tengok kak epah laaa yang datang... kesian juga tengok budak² tu... sebelum balik idah bagi juga duit jajan sikit kat dorang... idah suruh kongsi² yaa... :D





Yang duduk tu adik epah... namanya epi dan kanak² yang keliling epi tu anaknya... masa ni epi mengandung tunggu hari untuk melahirkan anak ke 3nya... tapi beberapa hari selepas kami pulang ke malaysia... epah ada call dan mengatakan yang epi dah bersalin... tapi anaknya meninggal... innalillah... al-fatihah untuk baby tu... tempatnya dah tentu di sana....






Masa kami sampai... idah teringat dulu epah pernah bercerita pada idah yang rumahnya didirikan atas tanah wakaf kubur... jadi idah bayangkan ada kawasan yang luas dan di situ hanya ada rumahnya saja... ternyata bayangan idah meleset... :D 






Inilah rumah epah.. dalamnya basic aje... yang tinggal dalam rumah nie selain epah dan epi ada anak epah dan bapanya yang dah tua dan tak berapa sihat... suami epah dah lama meninggal...






Kubur dengan dinding rumah dah bercantum... depan rumah kubur... sidai kain atas kubur... ermm tak lama lagi kat beranda rumah tu penuh tu gamaknya...






Comel adik nie dengan anak patungnya... dikisahkan oleh neneknya... ibu adik nie tinggalkan dia semasa umurnya 3 bulan dengan neneknya... ibunya ke malaysia kerja kilang... sekarang umurnya hampir 6 tahun... ibunya tak pernah pulang... mesti dia tak tau macam mana rupa ibunya kan... ;(





Dirumah epah kami tak la lama sangat... setelah borak² dan berkenalan dengan ahli keluarga dan beberapa orang jirannya... kami pun minta diri untuk bergerak ke airport... dari medan ke Kuala Namu mengambil masa lebih kurang 2 jam juga...





Lapangan Terbang Kuala Namu nie adalah lapangan terbang baru... baru jer dibuka dalam 2 bulan lepas... jadi segalanya nampak baru laa... besar.. dah macam KLIA dah...







Posing menunggu nak naik kapal terbang... kenangan di airport medan... :D






Nak pakai jalan atas bolehhh....






Ikut jalan bawah pun bolehhh... :D






Good Bye Medan....




Alhamdulillah... akhirnya selesai juga cerita jalan-jalan medan idah nie walaupun panjangnya berjela-jela.. dah macam buat journal dah.. hehehe... semuga apa yang telah idah kongsikan ini dapat memberi sedikit guideline, ilmu atau manafaat kepada rakan² sekelian...   (。◕‿◕。)





20 November, 2013

Trip Ke Medan - Day 4 : Medan Mall, Pajak Ikan, Masjid Agung

24 ulasan


Assalamualaikum...



Hari ke 4 di Medan adalah merupakan free and easy... easy kee? ermm tak easy sangat kott... sebab banyak menda nak tengok... nak beli.. tertengok... terbeliii.. hehehe...



Pagi-pagi kami dah bangun... seperti biasa breakfast kat hotel... menu standard buffet laa... janji dengan ucuk ambil pukul 11 pagi... hari nie Medan cuti sempena Awal Muharram so jalan kurang la jamnya...



Al-kisah.... pagi nie kononnya idah plan nak buat surprise kat nuqman... idah call Epah (bekas pembantu rumah) suruh dia datang ke hotel dan bawak kami jalan²... nuqman tak tau... pastu lepas breakfast tetiba rasa sakit perut plak... so we all naik la bilik semula... rupa²nya masa dalam toilet tu... epah dah call hubby kata dia dah sampai... jadinya hubby turun dengan nuqman jumpa epah... pastu epah tunggu kat bawah jer dia tak naik bilik sebab kami dah memang nak keluar dah kan... hubby dengan nuqman naik bilik semula... pastu bila idah keluar dari toilet... nuqman kata... ibu ada makcik epah yee (dengan wajah yang berseri-seri)... idah kata mana ada... (konon nak cover line laa)... pastu hubby kata jom turun ucuk dah sampai... bila idah turun tengok epah dah ada kat lobi hotel... pastu idah pelik.. kenapa nuqman nie rilek jer... sengih jerr... rupa²nyaa..... ermmm.. idah yang kena surprise... dia dah tau.. dia dah jumpa dulu masa idah kat toilet tu... adehhhh.... sabar jer laa... epah kata nuqman menangis peluk dia masa jumpa dia kat lobi tu... :D nuqman.. nuqmann...



Aktiviti hari ini semuanya untuk menghabiskan duit :D... tempat pertama yang ucuk bawa kami adalah Medan Mall... pusat beli belah laa... ucuk tinggalkan kitorang kat situ dan berjanji untuk jumpa semula selepas 2 jam... kitorang masuk kejap dalam medan mall tu... ermm... besar juga... tapi tak menarik perhatian... kitorang keluar dari medan mall tu dan menghala ke bangunan sebelahnya pula... tak tau apa nama bangunan tu... tapi kat situ peniaga jual barangan secara grosir/borong... pakaian dan macam² laa...



Errmmm... masih tak menarik perhatian kitorang... pastu idah tanya epah.. kat medan nie kat mana ada jual jaket kulit... sebab ada orang pesan :) ...ermm epah kata kat satu tempat tu kalau tak silap nama dia Tebing... so kitorang pun keluar dari bangunan borong tu... cari beto (beca motor) dan pergi ke Tebing...





Trip Ke Medan - Day 4 : Medan Mall, Pajak Ikan, Masjid Agung

Sampai di Tebing tu... ermm... baju hujan banyak laa... ada la juga jaket... tapi bukan kulit... macam pvc jerr... ermm.. tak bleh harap si epah nie ;] ... tapi dah terlanjur datang ke situ kitorang pun jalan jer laa...




Trip Ke Medan - Day 4 : Medan Mall, Pajak Ikan, Masjid Agung

Depan deretan kedai² tu... ada bangunan nie... macam menarik jer... pastu hubby ajak singgah tengok bangunan apa tu... kitorang pun jalan kaki masuk ke kawasan bangunan tu...




Trip Ke Medan - Day 4 : Medan Mall, Pajak Ikan, Masjid Agung

Dah sampai kat dalam tu.. hubby pegi la masuk tengok apa ada kat dalam tu... :D errmmm.... takder apa pun... bangunan jer cantik... pastu kitorang pun bergambar la kat depan tu dengan sesuka hatinya... 





Pemuda Pancasila

Nak keluar dari bangunan tu hubby suh ambik gambar dia dengan papan tanda tu... Pancasila bermaksud rukun negara... pastu naik beto menuju pulang ke Medan Mall semula... 




Es Teler 77

Sampai Medan Mall... ternampak signboard Es Teler 77... kitorang pun masuk Medan Mall dan cari kedai tu... kat tingkat 3 kalau tak silap... ermm nak gak rasa es teler kat situ sedap ke... :D




Es Teler 77, Medan Mall

Sambil menunggu masa nak jumpa ucuk semula kitorang lepak kat sini jer... ermmm nasib baik order 1 jer es teller tu... ya rabbi manis nyer tak bleh nak cakap... taruk air mineral dekat sebotol pun tak hilang² rasa manisnya...


Sampai waktu yang dijanjikan dengan ucuk kami pun turun dari Medan Mall dan tengok ucuk dah sedia menunggu... masa nie perut dah lapar sangat² nie... idah minta ucuk bawa kami ke restoran masakan minang yang paling sedap di Kota Medan :D... ucuk senyum... dia kata ada... dekat jer dengan destinasi yang dia nak bawa kami seterusnya iaitu Pasar Ikan Lama... 


Ucuk berhentikan kami didepan restoran yang dikatakan paling sedap tu... katanya dibelakang restoran tu adalah Pasar Ikan Lama... dan berjanji untuk menjemput kami semula 2 jam selepasnya...




Makan Tengahadi Di Restoran Garuda

Restoran Garuda... ada tempat berhawa dingin... kerusinya besar kelass... nie muka orang kelaparan dah nie... :D




Restoran Garuda

Ermm... hambik ko idah... penuh meja.. selagi ada lauk kat dapur tu semua dia nak keluarkan... okay... idah bagi tips kat sini... jika masuk ke restoran minang... tradisinya adalah dia akan letak kesemua lauk yang ada di atas meja kita... so... kita jangan cuak... jangan ingat kita kena bayar semua tu... tak... yang mana kita tak nak makan kita jangan usik... atau kalau penuh sangat meja tu.. suruh je dia ambik balik... sebab dia hanya akan kira yang mana kita makan/usik sahaja... :D ... okay yang ada kat atas meja nie mana yang kitorang dah filter saja... banyak yang dah kena reject dah nie... ermm.. masakan dia tidak menghampakan... sedap juga laa...





Restoran Garuda

Haa.. tengok pelayan dia nie... rasa² idah ada tidak kurang dari 10 mangkuk lauk ditangannya yang dibawa dalam satu² masa... handal kan :D



Ermm lepas makan nasi... dia hantar pulak jelly... belum habis jelly dia hantar pulak buah potong semangkuk penuh... so korang mana yang taknak tu jangan usik laa.... 





Restoran Garuda

Alhamdulillah dah kenyang... jumlah kesemuanya 271,645 rupiah (<> RM76.00)...




Pasar Ikan Lama / Pajak Ikan

Selesai makan kami terus ke Pasar Ikan Lama atau Pajak Ikan :D... mesti rakan² ingat pasar ikan nie jual ikan kan... tak.. disini boleh dikatakan syurga membeli belah la... macam² barangan yang dijual di sini... telekung, tudung, dari kain batik sampai ke baju batik, kain ela, kain baju sulam, suit dan dari yang semurahnya sehingga ke semahalnya... :D kalau fridge magnet dan key chain tu bersepah² orang jual kat kaki lima jer...






Pasar Ikan Lama / Pajak Ikan

Rasanya kalau nak pergi setiap kedai yang ada kat sini... sehari suntuk pun tak boleh habis... 





Pasar Ikan Lama / Pajak Ikan

Beli baju untuk emak dan kakak... :D kat area Pasar Ikan nie kena pandai tawar menawar... ada juga kedai yang dah memang murah harganya tak boleh tawar dah...





Pasar Ikan Lama / Pajak Ikan

Haha.. brader nie masa kami baru datang... lalu kat situ... orang punya la ramai kerumun kat dia nie beli t-shirt... idah pun salah seorang darinya laa :D ... t-shirt dia kain kualiti.. harga bawah RM10... murah... so idah pun beli la untuk anak² dan anak² buah... yang saiz besar skit XL, XXL belasan ringgit je... t-shirt tu bertulis nama² tempat di seluruh Medan...


Fuhh... nasibla waktu yang diperuntukkan untuk berada di situ tak lama... kalau tak.. duit mengalir cam air jerr tak sedar :D... tengok nie nak tu... tengok tu nak nie...


Selesai di Pasar Ikan... idah minta ucuk bawa kami ke Masjid Agung...




Masjid Agung, Medan

Inilah Masjid Agung... masjid nie adalah merupakan masjid yang terbesar di Medan...





Masjid Agung, Medan

Pintu masuk Masjid Agung, Medan...




Bika Ambon Zulaikha

Lepas Masjid Agung... idah minta pula ucuk bawa kami ke Kedai Zulaikha... ermm.. apa yang menarik di sini yee.. :D okay... jika datang ke Medan.. antara makanan yang wajib dibeli untuk dibawa pulang adalah Lapis Legit dan Bingka Ambon... :D





Bika Ambon Zulaikha

Zulaikha adalah kedai kek yang menjual produk halal... selain dari lapis legit dan bingka ambon... ada bermacam² jenis kek lagi yang dijual dimana setiap satu semua boleh dicuba di situ... air perasa pelbagai buah pun ada... kat sini pembeli ramai... tapi pekerja dia juga cukup ramai dan cekap... bungkusannya sangat memudahkan untuk kita yang melancong nie... harganya pun murahhhh...




Lapis Legit

Inilah rupa Lapis Legit... idah beli kek lapis nie jer.. sedapp... idah tak beli Bingka Ambon... bingka ambon rupanya macam kek gula hangus... bersarang di dalamnya... tapi warnanya kuning... ermm... idah tak berasa suka... sebab manis sangat kot... sebenarnya idah pernah rasa kedua² kek nie masa pembantu rumah idah pesan dari saudaranya bawa ke Malaysia dulu... idah memang suka kek lapis nie.. kek lapis zulaikha nie dia lembab tak kering...  sebiji Lapis Legit macam dalam gambar tu harganya 65,000 rupiah (<> RM18.00) idah beli 2 biji... dah balik hotel rasa menyesal pulak tak beli lebih :D... serius... kat depan hotel idah tinggal tu ada kedai kek yang jual kek nie juga.. tapi harganya ya rabbi.. berganda² mahalnya...


Kek lapis dah belii... hari pun dah petang... masa dalam perjalanan balik ke hotel... kitorang sembang pasal Bakso dengan ucuk.. pastu ucuk kata di medan nie ada satu kedai bakso yang famous... namanya Bakso Amat.. :D




Bakso Amat, Medan

Taranggg.. dah sampai di Bakso Amat... hehehe... ermmm.. mungkin ada yang berfikirkan kenapa idah ambik pakej makan hanya untuk 3 hari dengan agen pelancongan... :D sebabnya adalah... dengan agen.. makanannya standard nasi... lauknya semua sudah diaturkan... dan restoran pula tu... jadi kita terhad untuk nak merasa makanan orang tempatan di sesuatu tempat tu... itulah sebabnya hari ke 4 & 5 kami bebas nak makan apa saja... dari restoran mahal hingga ke gerai tepi jalan... :D




Bakso Amat, Medan

Nie sebahagian dari Kedai Bakso Amat nie... ramai juga orang yang makan disini... kedai nie memang famous.. tanya je la kat mana² pemandu beca motor... semua tau kedai nie...





Bakso dan Mee Ayam

Okay.. masa untuk memberi komen :D... kiri adalah Bakso dan kanan adalah Mee Ayam... ermm.. setelah dirasa kedua²nya... untuk bakso tu.. rasanya biasa² aja.. takde yang spesel pun kerana idah pernah rasa bakso yang paling sedap di Malang, Surabaya... untuk Mee Ayam tu pun sama biasa² aja... mee ayam kat pasar malam rumah idah nie lagi sedap... so kiranya bakso dan mee ayam terhebat di medan nie kalah laa... hehehehe...


Dah penat seharian bersoping dan makan²... kami pun pulang ke hotel...


Malamnyaa... seperti biasa waktu untuk kami merayap malam² cari makan... jalan kaki jer dari hotel... banyak gerai² makanan yang menarik...




Sate Padang

Satay minang againn... ermmm.. shedapppnyaa.... satay minang medan memang sedap... nie kedai lain pula kami cuba dari semalam...




Nasi Goreng Medan

Dan Nasi Goreng Medan... sedapp juga...




Hari ke 4 nie memang penuh dengan aktiviti yang mengalirkan duit dengan begitu deras sekali... hehehe... tak per la.. bukan selalu kan... esok adalah hari terakhir kami di Medan... baru 4 hari dah terasa rindu sangat kat semua yang berasa di Malaysia :D... bersambung di entry hari terakhir ye...